Pejabat Pertanian Daerah Dungun

Pejabat Pertanian Daerah Dungun ANDA KAMI UTAMAKAN
(10)

PENGESAHAN DALAM AKTIVITI RANTAIAN BEKALAN & PEMASARAN MAKANANMerujuk kepada perintah kawalan pergerakan dan selaras den...
25/03/2020

PENGESAHAN DALAM AKTIVITI RANTAIAN BEKALAN & PEMASARAN MAKANAN

Merujuk kepada perintah kawalan pergerakan dan selaras dengan pengecualian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkhidmatan 'essential services' yang perlu diteruskan bagi memastikan keperluan asas orang ramai tidak terjejas.

Sehubungan itu, bagi urusan pengesahan dalam rantaian bekalan makanan dan pemasaran makanan bagi Daerah Dungun boleh berurusan di Pejabat Pertanian Daerah Dungun, Pusat Pembangunan Pertanian Dungun dan Pusat Pembangunan Pertanian Jerangau pada hari bekerja bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Perlu diingatkan tuan/puan yang telah mendapat surat pengesahan masih terikat dan perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Pertanian Daerah Dungun di talian 09-848 1304

Waktu operasi 8.30pagi - 3.00ptg.

HASIL PETANI NADI MAKANAN NEGARA

#jabatanpertanianmalaysia
#pejabatpertaniandaerahdungun
#pejabatpertanianterengganu
#ourfoodourfuture

Dr Azman Ibrahim
25/03/2020

Dr Azman Ibrahim

Perlantikan TADC sebagai Agen Pemasaran Hasil Pertanian Terengganu

Mesyuarat Khas Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu telah bersetuju melantik Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) sebagai agen pemasaran bertujuan memasarkan hasil pertanian keluaran petani, penternak dan nelayan Terengganu untuk dipasarkan dengan memanfaatkan kemudahan pasaran sedia ada di 9 Agrobazar Rakyat, 17 Agrobazar Kedai Rakyat, Pasar Tani Kekal Nyior 7 Besut, Pasar Tani Kekal Kerteh Kemaman, My Farm Outlet Chendering dan Agrobazar Online untuk pasaran atas talian di Chendering.

Distribution Center (DC) yang lengkap dengan kemudahan bilik sejuk milik TADC di Telaga Papan Setiu akan berperanan sebagai Pusat Pengumpulan.
TADC juga akan mengambil peranan mencari ruang-ruang pasaran yang ada untuk memasarkan hasil-hasil pertanian Terengganu ke seluruh negara.

Semoga langkah dan tindakan ini dapat menangani sebahagian isu pasaran hasil pertanian yang timbul disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan sekarang. Sila hubungi pengurusan TADC di bawah untuk berurusan.

Pengarah Operasi Azhar : 013 983 2467, Pengurus DC
Haji Mahadi: 017 984 2738, Pengurus Logistik
Razih : 013 948 1717, Pegawai Pemasaran
Hafiz : 014 517 4389, Pegawai Penghantaran
Hazli: 0111 7992 564.

Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
24 Mac 2020

22/03/2020

Perhatian..

Kepada semua petani yang mempunyai masalah menuai hasil dan pemasaran sepanjang COVID 19 mohon berhubung terus dgn pen. pegawai kawasan masing2 melalui whatsap dan lain2.. Insyallah, akan direkodkan dan disalurkan maklumat ini bagi membantu pengeluaran hasil terus dilaksanakan.

HASIL PETANI NADI MAKANAN NEGARA

#jabatanpertanianmalaysia
#pejabatpertaniandaerahdungun
#pejabatpertanianterengganu
#ourfoodourfuture

MaklumanSeperti yang kita maklum, pada 16.3.2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan pelaks...
20/03/2020

Makluman

Seperti yang kita maklum, pada 16.3.2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31.3.2020.
Oleh itu, Arahan Bekerja dari Rumah dan Penutupan Premis Kerajaan telah dikeluarkan.
Atas arahan penutupan premis kerajaan ini, sebarang pertanyaan berkaitan pertanian, PETANI/PENGUSAHA/ORANG RAMAI masih boleh berhubung terus ke talian pejabat dari 8am hingga 5pm di talian 09-8481304 atau melalui emai [email protected].

#jabatanpertanianmalaysia
#pejabatpertaniandaerahdungun
#pejabatpertanianterengganu
#ourfoodourfuture

KURSUS PENDEBUNGAAN DURIAN BELANDA Tarikh : 11 MAC 2020 (RABU) Tempat :Pejabat Pertanian Daerah Dungun Hands On di Kg Pa...
15/03/2020

KURSUS PENDEBUNGAAN DURIAN BELANDA

Tarikh : 11 MAC 2020 (RABU) Tempat :Pejabat Pertanian Daerah Dungun Hands On di Kg Paya Kemudi
Peserta : 25 Orang Tenaga Pengajar : Pn. Zawani bt Ngah (Seksyen Sayuran& Tanman Kontan dan Pn. Norhayati bt Mat Nawi (Seksyen Buahan)
APT Kawasan : En. Mohd Zuhai Rudy bin Hassan
Pengisian : Pengenalan asas tanman Durian Belanda & cara pendebungaan durian belanda secara kaedah pendebungaan berbantu dan teknik gegaran.
Objektif : Memberi pendedahan kepada peserta teknik pendebungaan berbantu dan teknik gegaran

#jabatanpertanianmalaysia
#pejabatpertaniandaerahdungun
#pejabatpertanianterengganu
#ourfoodourfuture

KURSUS PENDEBUNGAAN DURIAN BELANDA

Tarikh : 11 MAC 2020 (RABU) Tempat :Pejabat Pertanian Daerah Dungun Hands On di Kg Paya Kemudi
Peserta : 25 Orang Tenaga Pengajar : Pn. Zawani bt Ngah (Seksyen Sayuran& Tanman Kontan dan Pn. Norhayati bt Mat Nawi (Seksyen Buahan)
APT Kawasan : En. Mohd Zuhai Rudy bin Hassan
Pengisian : Pengenalan asas tanman Durian Belanda & cara pendebungaan durian belanda secara kaedah pendebungaan berbantu dan teknik gegaran.
Objektif : Memberi pendedahan kepada peserta teknik pendebungaan berbantu dan teknik gegaran

#jabatanpertanianmalaysia
#pejabatpertaniandaerahdungun
#pejabatpertanianterengganu
#ourfoodourfuture

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
02/03/2020

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Kepada pemohon yang berminat menyertai *Kursus Fertigasi Cili & Timun*, sila buat permohonan menyertai kursus ini melalui kaedah berikut :-

*1. Permohonan secara manual*

Muat turun borang permohonan *Kursus Fertigasi Cili Dan Timun* dari http://doa.terengganu.gov.my/ atau dapatkan borang ini di Pejabat Pertanian Daerah sekitar Terengganu.

Lengkapkan borang permohonan ini dan hantar kepada Urusetia Bahagian Latihan Teknikal, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu melalui Faks : 09 6235177 atau mana-mana Pejabat Pertanian Daerah berhampiran di Negeri Terengganu.


ATAU

*2. Permohonan secara atas talian*

Klik pada pautan ini https://forms.gle/wYCBPLm2c65VAoFk9. Isikan ruangan pada borang ini sehingga lengkap.

Kemudian klik untuk hantar terus kepada Urusetia Bahagian Latihan Teknikal, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu


*Tarikh tutup permohonan : 01 April 2020*



*Makluman :*

Pihak urusetia akan menghubungi anda sekiranya anda layak untuk menyertai kursus ini.

Keputusan pemilihan adalah hak mutlak Jabatan Pertanian.

*Urusetia*

*Bahagian Latihan Teknikal*

Hebahan untuk semua ๐Ÿค—๐Ÿค—Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti KURSUS FERTIGASI CILI & TIMUN yang dianjurkan oleh Jaba...
25/02/2020

Hebahan untuk semua ๐Ÿค—๐Ÿค—

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti KURSUS FERTIGASI CILI & TIMUN yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Teregganu, boleh dapatkan borang pendaftaran dengan pejabat pertanian daerah masing-masing.

Penyertaan adalah PERCUMA dan TERHAD โ—๏ธโ—๏ธ

Sebarang maklumat / pertanyaan berkenaan dengan kursus boleh hubungi Pejabat kami 09-848 1304

#JabatanPertanianMalaysia
#JabatanPertanianNegeriTerengganu
#myDOA
#OurFoodOurFuture

Hebahan untuk semua ๐Ÿค—๐Ÿค—Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Du...
16/02/2020

Hebahan untuk semua ๐Ÿค—๐Ÿค—

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Dungun bagi tahun 2020,,

Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad seramai 20 ORANG TERAWAL SAHAJA โ—๏ธโ—๏ธ

Sebarang maklumat / pertanyaan berkenaan dengan kursus boleh hubungi Pejabat kami 09-848 1304 (Puan Faizah)

MEH PAKAT MARI KURSUS..BANYAK MANFAAT DAN ILMU YANG DAPAT DIPELAJARI.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

#JabatanPertanianMalaysia
#JabatanPertanianNegeriTerengganu
#myDOA
#OurFoodOurFuture

10/02/2020
Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia

DIY MENARA BOTOL

#PertanianBandar

Demonstrasi Teknologi Siri 2 : DIY MENARA BOTOL

Suatu kaedah penanaman menggunakan bekas terpakai (botol plastik 1.5L) selaras dengan konsep Go Green, kitar semula bahan terpakai.

Banyak tanaman boleh ditanam di suatu kawasan yang tidak luas dan terhad selaras dengan konsep kehidupan di bandar-bandar.

Selamat Mencuba.

- dari Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian

Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Malaysia
10/02/2020

Jabatan Pertanian Malaysia

Esok, 10 Februari 2020 set temujanji anda dengan kami di radio @nasionalfm_malaysia pukul 10 pagi - 11 pagi. Kami bawakan anda Puan Azlini Zuraida dengan topik menarik, "Pertanian Bandar".
. .
#nasionalfm #radioRTM #RTM
#pertanianbandar #urbanfarming
#myDOA #MakananKitaMasaDepanKita #WKB #WKB2030
.
.
YB Datuk Seri @mydsa_official
YB Tuan @sim_tze_tzin
YBrs. Tuan Hj Mohd @Nasir_Warris
.
.
@moamalaysia

13/01/2020

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang terlibat dengan komoditi tembikai yang berminat untuk menyertai Kursus Amalan Baik Pemasaran Ladang Kontrak FAMA Daerah Dungun yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Januari 2020 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Komuniti Desa AMBS, Bandar Al Muktaffi Billah Shah,Dungun

Segala pertanyaan berkaitan kursus boleh hubungi Pejabat Pertanian Daerah Dungun 09-848 1304..

PROMOSI JUALAN ANAK POKOK DURIAN OLEH MARDI JERANGAU โ—๏ธโ—๏ธKepada sesiapa yang berminat untuk membeli pelbagai jenis anak ...
11/12/2019

PROMOSI JUALAN ANAK POKOK DURIAN OLEH MARDI JERANGAU โ—๏ธโ—๏ธ

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli pelbagai jenis anak pokok durian, boleh dapatkan di MARDI Jerangau yang sedang mengadakan promosi jualan anak pokok..

Tuan Puan boleh hubungi sebagaimana nama di bawah ๐Ÿ™‚

Jualan anak pokok durian pelbagai jenis kini dibuka

Waktu urusan hanya hari bekerja

Hari : Ahad - Rabu ( 8.00pg - 4.00 ptg)
Khamis. ( 8.00pg - 12.30 tgh)

1. Mdur 88
2. D 197 ( musang king)
3. D 168 ( hajjah hasmah / ioi)
4. Mdur 79
5. D 99
6. D 145 ( beserah)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung atau whatsapp En Zahier 016-7936517

PERINGATAN PENGHARAMAN RACUN PARAQUAT โ—๏ธโ—๏ธโ›”๏ธBeberapa hari je lagi memasuki tahun 2020. โ›”๏ธPeringatan buat semua berkenaan...
08/12/2019

PERINGATAN PENGHARAMAN RACUN PARAQUAT โ—๏ธโ—๏ธ

โ›”๏ธBeberapa hari je lagi memasuki tahun 2020.

โ›”๏ธPeringatan buat semua berkenaan mengenai
PENGHARAMAN PENGGUNAAN RACUN PARAQUAT.

โ›”๏ธ1 JANUARI 2020 akan dikuatkuasakan pengharaman
paraquat sepenuhnya.

โ›”๏ธ Tuan Puan boleh rujuk SENARAI ALTERNATIF kepada
penggunaan racun paraquat sebagaimana lampiran ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

#JabatanPertanianMalaysia
#JabatanPertanianNegeriTerengganu
#myDOA
#OurFoodOurFuture

arikh : 5 DISEMBER 2019MASA : 10.00 PAGITEMPAT : BILIK MESYUARAT, PEJABAT PERTANIAN DAERAH DUNGUN.Sambutan Majlis Persar...
08/12/2019

arikh : 5 DISEMBER 2019
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PEJABAT PERTANIAN DAERAH DUNGUN.

Sambutan Majlis Persaraan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Operasi En. Mohamad bin Awang


Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan tenaga, ilmu serta kerja keras selama ini bagi sama-sama meningkatkan kemajuan Pejabat Pertanian Daerah Dungun sepanjang berkhidmat di sini. Jasamu tetap kami akan kenang selamanya. Selamat maju jaya.

#PejabatPertanianDaerahDungun

arikh : 5 DISEMBER 2019
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PEJABAT PERTANIAN DAERAH DUNGUN.

Sambutan Majlis Persaraan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Operasi En. Mohamad bin Awang


Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan tenaga, ilmu serta kerja keras selama ini bagi sama-sama meningkatkan kemajuan Pejabat Pertanian Daerah Dungun sepanjang berkhidmat di sini. Jasamu tetap kami akan kenang selamanya. Selamat maju jaya.

#PejabatPertanianDaerahDungun

Pengharaman Racun Paraquat Bermula 1 Jan 2020 | Malaysia Aktif
28/11/2019
Pengharaman Racun Paraquat Bermula 1 Jan 2020 | Malaysia Aktif

Pengharaman Racun Paraquat Bermula 1 Jan 2020 | Malaysia Aktif

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka) DURIAN TUNGGAL, 6 Nov (Malaysiaaktif) - Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan racun paraquat dalam sektor pertanian bermula Januari tahun hadapan. Menurut Pegawai Pertanian Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Nur' Aida Mazlan, racun pa...

28/11/2019
myGAP myOrganic Sektor Tanaman

myGAP myOrganic Sektor Tanaman

myGAP merupakan kunci utama kepada "Food safety"...

Nak tau lebih lanjut... apa kebaikan dan keutamaan kepada pengusaha jika mendapat myGAP..

Sila tonton dan jangan lupa tekan button share.
#foodsafety
#wesupportmyGAP

Perosak dan Penyakit Utama Tanaman Durian ( Durio zibethinus L.)
28/11/2019

Perosak dan Penyakit Utama Tanaman Durian ( Durio zibethinus L.)

Perosak dan Penyakit Utama Tanaman Durian ( Durio zibethinus L.)

Jabatan Pertanian Malaysia
28/11/2019

Jabatan Pertanian Malaysia

๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ! ๐‘บ๐’†๐’“๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ณ๐’‚๐’“๐’—๐’‚ ๐‘ญ๐‘จ๐‘พ!!

๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’Š ๐‘ณ๐’‚๐’“๐’—๐’‚ ๐‘ญ๐‘จ๐‘พ
Larva FAW berwarna kehijauan pada awal instar dan akan semakin gelap apabila semakin matang. Larva mempunyai 3 jalur kuning di belakang dan diikuti jalur hitam di tepi. Pupa FAW berwarna coklat kemerahan dan bersaiz 1.3 โ€“ 1.7cm. Pupa spesies ini dikenalpasti melalui โ€˜cremasterโ€™ yang mempunyai 2 โ€˜spineโ€™ yang tajam dan lebih tebal jika dibandingkan dengan ๐˜š. ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด. Kupu-kupu FAW jantan mempunyai โ€˜reniform spotโ€™ dan โ€˜orbital spotโ€™ pada bahagian sayapnya dan bersaiz kecil berbanding betina.

๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’ƒ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’“๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ญ๐‘จ๐‘พ sangat cepat disebabkan:
โ€ข FAW mampu terbang sehingga 100 km dalam satu malam (kajian terkini (2019) dari negara China, FAW mampu terbang sehingga 10,000 km dalam tempoh 10 hari)
โ€ข FAW betina mampu bertelur sehingga 1000 biji telur sepanjang hayatnya; dan
โ€ข Kitar hidup FAW lebih pendek pada cuaca panas berbanding cuaca suhu rendah. Keadaan ini menyebabkan risiko kemerebakan adalah tinggi dan mampu tersebar dalam masa yang singkat.

๐‘บ๐’Š๐’•๐’–๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฐ๐’๐’Š
Jabatan Pertanian sedang giat menjalankan bancian pengesanan serangan FAW di seluruh Semenanjung Malaysia. Sehingga 30 September 2019, FAW telah menyerang kawasan penanaman jagung manis dan jagung bijian di seluruh Semenanjung Malaysia dan terkini, ia telah ditemui di Sebuyau, daerah Samarahan negeri Sarawak.

Berdasarkan pemerhatian dan maklumat dari FAO, FAW lebih gemar bertelur pada pokok jagung yang masih muda dan mempunyai kitar hidup yang lebih singkat dalam persekitaran cuaca pnas dan bersuhu tinggi. Dijangkakan cuaca panas dan berangin di Malaysia akan meningkatkan lagi risiko kemerebakan FAW ke kawasan baru.

๐‘ป๐’Š๐’๐’…๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚ ๐‘ถ๐’๐’†๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’•๐’‚๐’๐’Š
โ€ข Melaporkan temuan atau serangan FAW kepada Jabatan Pertanian yang berhampiran;
โ€ข Memusnahkan tanaman yang diserang dengan membakar untuk memastikan tiada telur atau larva yang tertinggal; dan
โ€ข Melaksanakan pemantauan dan pengawasan FAW yang kerap pada kawasan tanaman jagung termasuk tanaman lain seperti padi, rumput napier, tebu dan sayur-sayuran.

๐‘ช๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ญ๐‘จ๐‘พ
Jabatan Pertanian mencadangkan langkah-langkah kawalan FAW seperti berikut:
โ€ข Pemantauan secara ๐˜š๐˜ค๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ;
โ€ข Penggunaan perangkap Feromon untuk memastikan populasi FAW dalam keadaan terkawal atau berkurangan;
โ€ข Penggunaan agen biologi;
โ€ข Kawalan secara kultura, fizikal & mekanikal; dan
โ€ข Penggunaan kawalan kimia bagi pokok yang telah berbuah bagi mengurangkan peratus keterukan serangan (๐˜ด๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜บ).

Jabatan Pertanian bersama agensi penyelidikan dan universiti sedang mencari kaedah kawalan yang bersesuaian dengan melaksanakan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM โ€“ ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต) di ladang terlibat. Penggunaan racun kimia secara terkawal di samping penggunaan ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ dan memulihara populasi agen biologi bagi kawalan FAW menjadi kaedah utama pengawalan perosak FAW.

Jabatan Pertanian juga sedang bekerjasama dengan pihak ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ˆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ dan FAO dalam mendapatkan maklumat teknikal dan pembangunan kaedah pengawalan FAW di negara-negara Asia dan Afrika yang terlibat. Pembangunan kajian agen biologi tempatan bagi kawalan FAW juga sedang dijalankan bersama ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ด๐˜ต Universiti Malaya dan MARDI.

#myDOA #OurFoodOurFuture

YB Datuk Seri Salahuddin Ayub
YB Tuan Sim Tze Tzin ๆฒˆๅฟ—ๅ‹ค
YBhg Dato' Mohd Sallehhuddin
YBrs Tuan Haji Mohd Nasir Warris

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Malaysia
28/11/2019

Jabatan Pertanian Malaysia

๐Ÿ“ฃ HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2019 ๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ”ˆ๐Ÿ”ˆ๐Ÿ”ˆSemua Warga MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ jom pakat datang beramai-ramai dan set temujanji anda bersama kami!! ๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰

๐Ÿ—“ 28 November - 1 Disember 2019 (Khamis - Ahad)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Padang A dan Padang B, Angsana Johor Bahru Mall

โ‡Banyak acara menarik dan hadiah istimewa menanti andaโ‡

Jumpa di sana.!! ๐Ÿ˜ƒ
. .
YB Datoโ€™ Seri Salahuddin Ayub
YB Tuan Sim Tze Tzin ๆฒˆๅฟ—ๅ‹ค
YBhg Datoโ€™ Mohd Sallehhuddin
YBrs Tuan Haji Mohd Nasir Warris
YBrs Tuan Eliyas Saad
YBhg Datin Djat Timin

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

#hppnk2019 #lpp #moa #johor #johorbahru #peladangjohor #peladangmuda #plazaangsana #haripeladangpenternakdannelayankebangsaan #haripeladangpenternakdannelayan #malaysia #eusahawan #agroforestry #malaysiaagriculture #agromalaysia #makanankitamasadepankita #ourfoodourfuture #lembagapertubuhanpeladang #bernamatv #bernamaradioofficial #myDOA

Address

Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

098481304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Dungun:

Videos

Nearby government services


Other Public & Government Services in Dungun

Show All

Comments

PEMBIAYAAN PUBLIC BANK ISLAMIC-MCCM untuk Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, PDRM, Telekom, Pos Malaysia , dan Syarikat Air Negeri ===================================== -Staf Kontrak, Tentera dan Swasta tidak tersenarai untuk pakej pinjaman ini- Kelebihan Pembiayaan Peribadi Public Bank Islamic- MCCM โœ… Payout bersih 98% dari jumlah pinjaman โœ… Blacklist PTPTN layak memohon โœ… Tanpa penjamin/cagaran โœ… Boleh overlap pinjaman lama dipayslip โœ… Kadar Faedah TETAP โœ… Maksima loan RM150,000.00 โœ… Kiraan DSR ( komitmen luar) 90% โœ… Potongan melalui Biro Angkasa โœ… INTRANSIT MBSB 8 bulan keatas diterima โœ… Tiada apa-apa cas dikenakan โœ… Sign aggrement di cawangan Public Bank yang berhampiran dengan anda Syarat Kelayakan โœ… Kakitangan Kerajaan persekutuan/negeri termasuk Badan Berkanun โœ… Umur 20 tahun dan ke atas โœ… Pendapatan kasar minima RM1,500 โœ… Berjawatan tetap Dokumen yang diperlukan โœ… IC 3 salinan (disahkan majikan) โœ… Payslip 3 bulan terkini 3 salinan (disahkan โœ… Surat pengesahan majikan Tunggu Apa Lagi!!!!! Hubungi / Whatsapphttp://www.wasap.my/60199607600/Loan
Bakpe jd gini..