Pemuda PAS Dun Rantau Abang

Pemuda PAS Dun Rantau Abang PAGE RASMI PEMUDA PAS DUN RANTAU ABANG

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos menjadi simbol perjuangan, pengorbanan dan semangat cintakan tanah ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos menjadi simbol perjuangan, pengorbanan dan semangat cintakan tanah air. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serta membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah SWT. 🇲🇾❤️

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Ikhlas daripada: Pemuda PAS DUN Rantau Abang






🇲🇾

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙12 Rabiulawal menjadi detik penuh makna untuk kita mengenang kelahiran junjungan b...
25/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

12 Rabiulawal menjadi detik penuh makna untuk kita mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan agung pembawa rahmat buat sekalian alam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

🤍 “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati dan menjadi jalan untuk memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1448H
🌿 Rahmat Bagi Sekalian Alam 🌿

— Pemuda PAS DUN Rantau Abang

Alhamdulillah.Pemuda DUN Rantau Abang meneruskan agenda mendekati anak muda dengan menyampaikan sumbangan barangan sukan...
20/08/2026

Alhamdulillah.

Pemuda DUN Rantau Abang meneruskan agenda mendekati anak muda dengan menyampaikan sumbangan barangan sukan kepada Pemuda Kampung Tok Kah dan Kampung Batu Tiong.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin untuk terus menghidupkan budaya bersukan, mengeratkan ukhuwah serta melahirkan generasi pemuda yang sihat, berakhlak dan sentiasa bersedia berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi amal kebajikan dan dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.

“Pemuda Cakna, Khidmat Berterusan.”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAlhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi M...
16/08/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mengambil kesempatan waktu ini, Pemuda PAS Dun Rantau Abang ingin menzahirkan ucapan tahniah buat kontijen Alam Ria PASTI Dun Rantau Abang diatas kejayaan memenangi acara Alam Ria Pasti peringkat Kawasan Dungun PASTI Kawasan Dungun sehingga berjaya dinobatkan sebagai Juara keseluruhan edisi kali ini tahun 2026.

Kejayaan ini tidak lain kerana semangat juang yang tinggi dari setiap para peserta. Tanpa menidakkan peranan besar para guru yang saban waktu memerah tenaga untuk melatih anak - anak Pasti. Sokongan moral dan modal yang sentiasa dihulurkan oleh para ibubapa juga menjadi salah satu tonggak kejayaan kali ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung Alam Ria Pasti kali ini. Bermula dari anak - anak Pasti, guru - guru, ibubapa dan pihak pengurusan juga penganjur.

TAHNIAH!

Semoga PASTI DUN RANTAU ABANG (PADURA) terus gemilang dan cemerlang, InshaAllah.

Ikhlas daripada :
AJK PPD RANTAU ABANG

🌿 SEMАRAK HIJAU | HARI INI! 🌿Insya-Allah, hari ini, Jumaat 14 Ogos 2026, berlangsungnya Program Semarak Hijau Pemuda PAS...
14/08/2026

🌿 SEMАRAK HIJAU | HARI INI! 🌿

Insya-Allah, hari ini, Jumaat 14 Ogos 2026, berlangsungnya Program Semarak Hijau Pemuda PAS DUN Rantau Abang bertempat di UDM Pinang.

Pelbagai pengisian menarik menanti sepanjang program — daripada ziarah anak muda, santai bersama komuniti, solat berjemaah, pemberian sumbangan sehinggalah BBQ & chit-chat bersama anak muda. 🤝🔥

Jom sama-sama meriahkan program, eratkan ukhwah dan semarakkan gerak kerja Pemuda PAS DUN Rantau Abang. 💚

Jom Sertai! Jom Semarakkan Hijau! 🌿💚




🏆 DETIK PENENTUAN SUDAH TIBA! 🏆Selepas tiga sirkit yang penuh saingan dan aksi mendebarkan, kini tibalah kemuncak Liga B...
24/07/2026

🏆 DETIK PENENTUAN SUDAH TIBA! 🏆

Selepas tiga sirkit yang penuh saingan dan aksi mendebarkan, kini tibalah kemuncak Liga Bola Sepak Takraw DUN Rantau Abang 2026.

Tahniah kepada 24 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pentas Grand Final. Semoga semua pasukan mempamerkan aksi terbaik dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam memburu gelaran juara.

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi
📍 Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Dungun

Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan gelanggang dan berikan sokongan padu kepada semua pasukan yang bertanding. Cabutan bertuah khas menanti anda semua. Kehadiran anda pasti akan menyemarakkan lagi suasana Grand Final.

Jumpa esok di Kompleks Sukan MPD! 🔥🏐

Anjuran bersama DACS & Pemuda PAS DUN Rantau Abang.

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN FINAL PIALA DUNIA 2026 ⚽Alhamdulillah, program Tayangan Big Screen Final Piala Dunia 2026 anjuran ...
20/07/2026

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN FINAL PIALA DUNIA 2026 ⚽

Alhamdulillah, program Tayangan Big Screen Final Piala Dunia 2026 anjuran bersama DACS Kawasan Dungun dan DACS DUN Rantau Abang telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada seluruh masyarakat, anak-anak muda dan para peminat bola sepak yang hadir memeriahkan program ini. Kehadiran anda semua telah mencipta suasana yang cukup meriah, di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua urusetia, sukarelawan serta pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

Insya-Allah, Pemuda Dun Rantau Abang akan terus komited menganjurkan pelbagai program sukan, rekreasi dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga kita bertemu lagi dalam program-program akan datang! 💚🤝

Address

Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Dun Rantau Abang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share