24/08/2026
π¦ππππ π ππ¨ππππ¨π₯ π₯ππ¦π¨π ππ°π°π΄π
Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran insan paling mulia, bahkan menjadi ruang untuk kita bermuhasabah sejauh mana ajaran, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW benar-benar hidup dalam diri dan masyarakat kita.
Baginda SAW diutus sebagai rahmat buat seluruh alam. Baginda membina manusia dengan iman, mendidik umat dengan akhlak, menyatukan masyarakat yang berpecah serta memimpin sebuah negara berteraskan keadilan dan kebenaran.
Dalam realiti dunia hari ini yang sarat dengan krisis kemanusiaan, keruntuhan nilai dan pelbagai cabaran terhadap umat Islam, generasi muda tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Kita memerlukan generasi yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah dalam menentukan arah kehidupan.
Pemuda Islam mesti menjadi generasi yang berani membawa kebenaran, tinggi akhlaknya, luas ilmunya, peduli terhadap penderitaan umat serta bersedia memikul amanah membina masyarakat dan negara.
Cinta kepada Rasulullah SAW juga tidak sewajarnya berhenti pada ungkapan selawat dan sambutan. Cinta itu perlu diterjemahkan dengan menghidupkan sunnah Baginda, meneruskan usaha dakwah serta memperjuangkan nilai keadilan, kasih sayang dan Islam dalam kehidupan.
Firman Allah SWT:
βSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu...β
(Surah al-Ahzab: 21)
Semoga Maulidur Rasul 1448H menjadi titik untuk kita memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah sesama umat dan melahirkan generasi muda yang bersedia menyambung risalah perjuangan Baginda.
Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅Ω ΩΨ³ΩΩ
ΨΉΩΩ Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ―β¨