Felda Palong 10/11

Felda Palong 10/11 Official Page Felda Palong 10/11

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDukacita dimaklumkan Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Ment...
14/04/2025

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia ke 5 telah kembali ke Rahmatullah kira kira jam 7.30 petang tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐏𝐖 𝐆𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐥𝐢𝐚𝐬Alhamdulillah, Majlis Tadarus Al-Quran GPW Gabungan FELDA W...
18/03/2025

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐏𝐖 𝐆𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐥𝐢𝐚𝐬

Alhamdulillah, Majlis Tadarus Al-Quran GPW Gabungan FELDA Wilayah Raja Alias telah selesai dengan penuh keberkatan di Masjid As-Syafie, Gugusan Raja Alias.

Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rafidzan bin Abd Razak, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, FELDA Wilayah Raja Alias. Seterusnya, Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Khairul Anuar Mansor, Pegawai Khas YB Parlimen Jempol.

Turut menyerikan majlis, kehadiran YBrs Encik Mohamad Nazri bin Jamaludin, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Raja Alias, YBrs Puan Hajah Asiah Yasin, Pengerusi GPW Gabungan FELDA Wilayah Raja Alias. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi MBFM Wilayah, Pengerusi Imam As Syafie, FELDA Raja Alias 2 serta tetamu-tetamu yg turut hadir.

Semoga majlis ini menjadi titik penghubung untuk kita semua terus mendalami dan menghayati keindahan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Salam Nuzul Al-Quran"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan..." (Surah Ad-Duk...
17/03/2025

Salam Nuzul Al-Quran

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan..." (Surah Ad-Dukhan: 3)

Sempena hari Nuzul Al-Quran, marilah kita menghayati mukjizat agung ini sebagai panduan hidup dan sumber kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga cahaya Al-Quran terus membimbing kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.


𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐌𝐁𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏𝐒 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀Bermula 1 November 2024, talian baharu aplikasi Whatsapps (Aduan) FEL...
05/11/2024

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐌𝐁𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏𝐒 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀

Bermula 1 November 2024, talian baharu aplikasi Whatsapps (Aduan) FELDA adalah 019-3077071.

Selain daripada talian aplikasi Whatsapps, FELDA turut menyediakan saluran lain bagi sebarang pertanyaan / aduan seperti tertera di dalam poster.

Imbas kod QR untuk terus ke talian aduan FELDA.

Selamat Datang!YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Binti Osman (Pengarah Besar FELDA)Semoga YBhg. Dato’ Dr. terus memimpin...
05/11/2024

Selamat Datang!

YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Binti Osman (Pengarah Besar FELDA)

Semoga YBhg. Dato’ Dr. terus memimpin FELDA bertambah maju dan memartabatkan ekonomi peneroka serta membangunkan komuniti yang lebih sejahtera.

Seluruh Pengurusan dan warga FELDA mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YBhg Dato' Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman atas pelantikan Pengarah Besar FELDA yang baharu berkuat kuasa 5 November 2024.

𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐮𝐝𝐢.Warga FELDA Wilayah Raja Alias Merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato' Am...
15/10/2024

𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐮𝐝𝐢.

Warga FELDA Wilayah Raja Alias Merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato' Amiruddin Abdul Satar atas dedikasi serta jasa yang dicurahkan kepada FELDA.

𝑃𝑜ℎ𝑜𝑛 𝑠𝑖𝑟𝑖ℎ 𝑝𝑜ℎ𝑜𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑠𝑖ℎ,
𝑇𝑢𝑚𝑏𝑢ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑖𝑚𝑏𝑢𝑛 𝑑𝑖 ℎ𝑢𝑗𝑢𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛,
𝐾𝑎𝑙𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑑𝑖 𝑗𝑢𝑛𝑗𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ,
𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛.


𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Seluruh Warga FELDA Wilayah Raja Alias merafak sembah & mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadaKebawa...
03/06/2024

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Seluruh Warga FELDA Wilayah Raja Alias merafak sembah & mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐈𝐁𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku


BANTUAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR 23 Mei 2024 (Khamis), berlaku bencana banjir dibeberapa kawasan FELDA Wilayah Raja Alias...
24/05/2024

BANTUAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR

23 Mei 2024 (Khamis), berlaku bencana banjir dibeberapa kawasan FELDA Wilayah Raja Alias. Antara kawasan yang terlibat banjir adalah Perumahan Generasi Baharu (PGBF) FELDA Pasir Besar sebanyak 32 buah rumah, FELDA Palong 1 sebanyak 3 buah rumah FELDA Palong 9 sebanyak 1 buah rumah dan FELDA Palong 10 sebanyak 1 buah rumah.

Alhamdulillah, Pengurusan FELDA Wilayah Raja Alias turut hadir ke rancangan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat banjir.

SIAP SIAGA FELDA Pelajari bagaimana untuk bersedia, menghindari risiko, dan mendapatkan bantuan ketika diperlukan 🚒📌 Ket...
09/11/2023

SIAP SIAGA FELDA

Pelajari bagaimana untuk bersedia, menghindari risiko, dan mendapatkan bantuan ketika diperlukan 🚒

📌 Ketahui langkah-langkah yang perlu diambil semasa banjir melanda untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda anda

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟓Selamat menyambut Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat khususnya Warga FELDA Wilayah Raja Alia...
19/07/2023

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟓

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat khususnya Warga FELDA Wilayah Raja Alias.

𝐷𝑎𝑟𝑖 𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ 𝑘𝑒 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝑀𝑎𝑑𝑖𝑛𝑎ℎ
𝑈𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ𝑎𝑛
𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝐿𝑎𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑟𝑝𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑢𝑚𝑚𝑎ℎ
𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑡𝑢 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑝𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛

Semoga segala penghijrahan yang kita lakukan mendapat redha Ilahi.


06/07/2023

LEGASI

Sebuah video khas sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023. Terima kasih ayahanda dan bonda. Didikan anda menjadikan kami berjaya sekarang.

Selamat Hari Peneroka FELDA 2023.

Address

Pejabat Felda Palong 10/11
Gemas
73430

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Palong 10/11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felda Palong 10/11:

Share