25/11/2015
Extream
EXTREM (EX) - Signal Awal Trend Mula Berakhir.
Extrem ialah signal awal menunjukkan trend mula berakhir. Tetapi kena jelas belum berakhir. Jadi market boleh teruskan perjalanan lagi, cuma kita tahu dah sampai area nak reverse dah.
Jadi ini boleh digunakan sebagai satu alert untuk kita tidak meneruskan lagi buy kita jika extrem sell dan sell kita jika extrem buy.
CYCLE MARKET
Dalam setiap TF ada cycle market bermula dan complete. Set yang paling jelas untuk anda lihat ialah apabila EXtrem sell berlaku akan bermula lah pergerakan market dalam cycle downtrend.
Dan akan complete sell tersebut apabila ada Extrem buy berlaku.
Jadi extrem sell akan complete (habis) apabila extrem buy berlaku.
Extrem akan dimatikan oleh extrem baru yang berlawanan.
EXTREM BERLAKU DI TIMEFRAME MANA?
Extrem berlaku di semua Timeframe, dari monthly sehingga m1. Semua boleh digunakan.
Cuma bezanya jarak pips sahaja yang beza. Sebagai contoh di TF h1 mungkin 200pips dan di TF m15 mungkin 50pips.
APA ITU EXTREM.
Extrem ialah signal awal trend mula berakhir, apabila Moving Average (MA) Keluar dari Bollinger Band. (BB)
Ini adalah keadaan yang abnormal, dan MA mesti masuk semula ke dalam BB.
Ini adalah ciri extrem yang pertama.
Tetapi pada masa sama, kena jelas price boleh lagi meneruskan perjalanan.
Sebab itu anda kena jelas apa itu ciri Extrem. Ciri ini ialah seperti SOP atau pengesahan Extrem itu sah atau valid dari segi ciri-cirinya.
CIRI EXTREM
1. Moving Average keluar dari Bollinger Band.
2. Ada candle reverse
3. Ada candle retest
CANDLE REVERSE
Candle reverse ini bermaksud candle yang sudah berlawan arah dari candle sebelumnya. Ini bermaksud penerusan perjalanan sudah dimatikan.
Candle reverse tidak semesti candle yang berlawan arah, ia mungkin candle yang sudah hilang volume, badan candle sangat kecil.
CANDLE RETEST
Candle retest ialah candle yang test semua Ma5, ini digunakan sebagai tempat entri di Extrem.
Tapi kena jelas...
Extrem adalah signal awal trend mula berakhir, jika anda nak entri disini WAJIB ANDA TAKE PROFIT di Ma5 Ma10 dan Mid BB.
MOHON LIKE/KOMEN/ SHARE segera di Facebook anda, lagi banyak SHARE, lagi banyak tips akan dikongsikan kerana saya tahu ramai yang belajar.