APM TIMUR LAUT

  • Home
  • APM TIMUR LAUT

APM TIMUR LAUT APM TIMUR LAUT

Pada 18 - 19 Julai 2026  (Sabtu Ahad ) Kursus  Asas Pertahanan Awam Siri 3 Di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut....
20/07/2026

Pada 18 - 19 Julai 2026 (Sabtu Ahad ) Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 3 Di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut.

Kursus di mulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat kursus serta arahan pentadbiran dari Pegawai Pasukan Lt.M (PA) Ng In Heang yang juga merangkap Ketua Jurulatih sepanjang kursus berlangsung.

Selesai sesi pendaftaran dan taklimat, para peserta di latih mengikut matapelajaran asas dalam Pertahanan Awam di antaranya :

✅ Pengenalan Pertahanan Awam dan Hanruh
✅ Asas Kawad Kaki
✅ Asas Pertolongan Cemas
✅ Rawatan dan Balutan pada kecederaan
✅ Teknik- teknik CPR dan pengendalian AED yang betul dan selamat
✅Lawatan Galeri APM
✅Masjlis Penutup

Pelaksanaan kursus ini, adalah tonggak dan peranan utama APM dalam memastikan 5 peratus rakyat Malaysia menerima latihan Pertahanan Awam sekaligus menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara kecemasan atau bencana.

Pengurusan PDPA Timur Laut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus.






JEMPUTAN MENJAYAKAN MINGGU ORENTASI DAN SUAIKENAL PELATIH GIATMARA JELUTONG DAN TANJUNG BAGI SESI JULAI 202613- 14 Julai...
20/07/2026

JEMPUTAN MENJAYAKAN MINGGU ORENTASI DAN SUAIKENAL PELATIH GIATMARA JELUTONG DAN TANJUNG BAGI SESI JULAI 2026

13- 14 Julai 2026 (Isnin -Selasa )

GEORGE TOWN - PDPA Timur Laut dengan kerjasama GiatMara Jelutong Dan Tanjung mengadakan Minggu Orientasi Dan Suaikenal dan melibatkan 04 orang jurulatih dari PDPA Timur Laut.

Program ini berlangsung selama 2 hari bertempat di GiatMara Jelutong Tingkat 7, Bangunan MARA No 33, Pangkalan Weld 10300 Georgetown, Pulau Pinang. Bermula Pada Jam 9:00 Pagi Sehingga 5:00 Petang sepanjang 2 Hari program Ini Dijalankan , para peserta di beri latihan asas Pertahanan Awam mengikut matapelajaran seperti :

✅ Pengenalan Pertahanan Awam dan Hanruh
✅ Asas Pertolongan Cemas, Luka, Kepatahan dan Pendarahan/ Balutan Kecederaan
✅ Tatacara CPR/ Pengendalian AED yang betul dan selamat
✅ Asas Ikatan & Simpulan
✅ Menyelamat Kecemasan
✅ Asas Melawan Kebakaran

Pelaksanaan Minggu Orentasi Dan Suaikenal Pelatih Giatmara ini, adalah tonggak dan peranan utama APM dalam memastikan 5 peratus rakyat Malaysia menerima latihan Pertahanan Awam sekaligus menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara kecemasan atau bencana.

Pengurusan PDPA Timur Laut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan.








Setiap insan mampu menjadi penyelamat. Persoalannya, adakah anda bersedia menyahut panggilan itu?Angkatan Pertahanan Awa...
01/07/2026

Setiap insan mampu menjadi penyelamat. Persoalannya, adakah anda bersedia menyahut panggilan itu?

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Timur Laut membuka peluang kepada individu yang bersemangat, berdisiplin dan prihatin untuk menyertai Kursus Anggota Sukarelawan Siri 3/2026.

📅 Tarikh: 18 & 19 Julai 2026
📍 Tempat: Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut

Sertailah kami untuk mempelajari kemahiran menyelamat, membina jati diri serta menyumbang bakti kepada masyarakat. Di samping memperoleh pengalaman berharga, anda juga akan menikmati pelbagai manfaat termasuk elaun, uniform percuma, sijil kemahiran, perlindungan PERKESO dan insurans berkelompok.

Khidmat anda mampu menyelamatkan nyawa.
Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga APM!
“Sedia. Pantas. Berintegriti.”

Pada 24 Jun 2026 (Rabu) - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut telah dijemput oleh SMK ( P) Sri Mut...
01/07/2026

Pada 24 Jun 2026 (Rabu) - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut telah dijemput oleh SMK ( P) Sri Mutiara Untuk mengadakan Pameran Sempena Karnival Akademik Dan Karnival Stem, Bagi Tahun 2026 Seramai 04 kali Anggota dengan bagi tujuan memperkenalkan badan beruniform kepada pelajar-pelajar.

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1:30 Petang dan tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan serta fungsi APM dalam aspek kesiapsiagaan bencana, bantuan kecemasan dan keselamatan awam. Melalui pameran yang diadakan, para pelajar berpeluang melihat secara lebih dekat peralatan operasi APM, pakaian seragam serta mendapatkan penjelasan daripada anggota bertugas.

Selain itu, pihak APM juga memberi penerangan ringkas mengenai langkah keselamatan asas ketika menghadapi situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai kepentingan pertahanan awam.

APM Timur Laut amat mengalu-alukan program seperti ini diadakan di sekolah-sekolah agar para pelajar sekolah dapat mengenali dengan lebih jelas tentang fungsi dan peranan APM







Program Komuniti Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera 20 Jun 2026 ( Sabtu )10pagi-4ptg 1st Avenue Penang APM dijemput untu...
21/06/2026

Program Komuniti
Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera

20 Jun 2026 ( Sabtu )
10pagi-4ptg
1st Avenue Penang

APM dijemput untuk mengadakan Pameran & Demo CPR - AED..

APM telah berkongsi cara-cara melakukan CPR & menggunakan AED kepada orang awam yang berada di lokasi , bagi meningkatkan pengetahuan & kesedaran tentang CPR & AED, supaya dapat dilakukan semasa terlihat orang yang tiba-tiba tidak sedarkan diri ..














Pada 11 Jun 2026 (Khamis) -Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut telah Menerima Permohonan Mendapatk...
12/06/2026

Pada 11 Jun 2026 (Khamis) -Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut telah Menerima Permohonan Mendapatkan Latihan ``RERFRESHER`` Cara Angkat Mangsa Menggunakan Pengusung Dan Balutan Bantuan Mula Serta Latihan Pratikal Bantuan Kecemasan Membawa Keluar Mangsa Dari Tempat Kejadian, Program Ini Dijalankan Di Tempat Bilik Mutiara Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang. Dan Anggota Yang Terilbat Adalah Sebanyak 04 Kali Dengan LLP. Manakala, AnggotaJumlah Orang Awam Yang Terlibat Adalah 45 Orang Awam.

Program ini bermula dari jam 2:00 Petang hingga 5:00 Petang. Dan tujuan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Orang Awam mengenai peranan serta fungsi APM dalam aspek kesiapsiagaan bencana, bantuan kecemasan dan keselamatan.

Selain itu, pihak APM juga memberi penerangan ringkas mengenai langkah keselamatan asas ketika menghadapi situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan kesedaran Orang Awam mengenai kepentingan pertahanan awam.

APM Timur Laut amat mengalu-alukan program seperti ini diadakan di Di mana - mana agar Orang Awam dapat mengenali dengan lebih jelas tentang fungsi dan peranan APM.















𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut














29 Mei 2026 / JUMAAT KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YAB KETUA MENTERI PULAU PINANGPasukan KIK Angkatan  Pertahanan Awam Malays...
31/05/2026

29 Mei 2026 / JUMAAT

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

Pasukan KIK Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang (X - Savior) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow 曹觀友 bagi mempersembahkan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) APM Negeri Pulau Pinang iaitu X-CD V3.

X-CD V3 merupakan satu inovasi peralatan kecemasan pelbagai fungsi (multi-purpose) yang dibangunkan bagi membantu operasi menyelamat dan pengurusan kecemasan dengan lebih berkesan. Peralatan ini boleh digunakan sebagai Pengantin Splint, L-Splint, Baby Carrier, Portable Canvas Stretcher serta Kendrick Extrication Device (KED).

Produk inovasi ini direka dengan ciri-ciri ringan, tahan lasak, mudah dibawa, menjimatkan ruang penyimpanan serta kos, selain mampu meningkatkan kecekapan anggota dalam mengendalikan pelbagai situasi kecemasan dan menyelamat.

Dalam sesi tersebut, turut diadakan taklimat serta demonstrasi penggunaan X-CD V3 bagi memberi penerangan mengenai fungsi, kelebihan dan keberkesanan inovasi ini dalam membantu operasi di lapangan, khususnya di kawasan mencabar seperti hutan, bukit, sungai, kawasan banjir serta lokasi yang mempunyai akses terhad.

APM Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang atas kesudian menerima kunjungan hormat serta memberi ruang untuk pembentangan projek inovasi X-CD V3.

Sokongan dan perhatian yang diberikan terhadap usaha pembangunan inovasi ini menjadi pemangkin kepada APM Pulau Pinang untuk terus menghasilkan penyelesaian yang lebih efektif, praktikal dan berimpak tinggi dalam memperkasakan operasi menyelamat serta pengurusan bencana.

Semoga inovasi X-CD V3 terus diperkasakan dan berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya demi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan serta keselamatan komuniti secara keseluruhannya.













28 Mei 2026 / Khamis PROGRAM IBADAH KORBAN PDPA TIMUR LAUT Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ibadah Korban anjura...
29/05/2026

28 Mei 2026 / Khamis

PROGRAM IBADAH KORBAN PDPA TIMUR LAUT

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ibadah Korban anjuran PDPA Timur Laut dengan penuh rasa kesyukuran dan semangat kebersamaan.

Pada tahun ini, sebanyak 1 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan sebagai tanda penghayatan ibadah serta memperkukuhkan nilai pengorbanan dan keprihatinan dalam kalangan warga APM.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Lim Siew Khim yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyantuni warga APM serta memeriahkan majlis tersebut.

Daging korban telah diagihkan kepada anggota dan telah masak secara bergotong royong untuk jamuan makan tengahari.

Semoga ibadah korban ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan













Kursus Asas Pertahanan Awam Pasukan Kor SISPA Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) telah berlangsung pa...
29/05/2026

Kursus Asas Pertahanan Awam Pasukan Kor SISPA Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) telah berlangsung pada 22 Mei 2026 hingga 24 Mei 2026 (Jumaat hingga Ahad) dengan penglibatan 43 pelatih SISPA dalam pelbagai modul latihan asas pertahanan awam.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan asas pertolongan cemas, menyelamat kecemasan, kecergasan asas, kawad kaki serta pembentukan disiplin dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelatih.

Majlis penutupan kursus turut dirasmikan oleh, YS Kol. (PA) Lokman Hakim Bin Abd Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang serta Cik Sarawaty Binti Ramli bagi pihak Guru Penyelaras IPGK PP dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan anggota SISPA yang berdisiplin, berpengetahuan serta bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara.













Address

No 15, Lebuhraya Peel,10350 George Town

Telephone

+6042189341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM TIMUR LAUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share