ATC Penang - Alternative Trekking Club

ATC Penang - Alternative Trekking Club

Assalamualaikum.Mengikuti perkembangan seorang sahabat hiking yang meninggal dunia di gunung Liang baru2 ni.Kita bagi pi...
18/10/2025

Assalamualaikum.
Mengikuti perkembangan seorang sahabat hiking yang meninggal dunia di gunung Liang baru2 ni.
Kita bagi pihak ATC berasa sangat sedih dan dukacita diatas perkara yang menimpa mangsa. ATC juga mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa.
Segala kemungkinan boleh berlaku apabila melakukan aktiviti hiking dan berasa sangat kesal dengan apa yang terjadi kepada mangsa kerana tiada sesiapa yang menemani mangsa sehingga ditinggalkan sendirian di puncak. Kadangkala ada juga pendaki yang tidak mahu menyusahkan kawan dengan mengarahkan sahabat lain tinggal beliau dan beliau akan menyusul kemudian, tapi bagi kita ( ATC) tidak akan meninggalkan kawan pendaki sendirian. Kita akan menemani Sahabat yang terakhir.
Sebelum mendaki kita dah buat brainwash dan taklimat siapa di depan di tengah dan di belakang sekali.( sweeper). Kita juga ada membuat persedian alat perhubungan di dalam hutan jika kita melakukan aktiviti hiking memakan masa lebih daripada sehari dan ke atas.

Rumusan
1)Kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa dalam aktiviti extreme kita kena ada kawan dan peneman yang boleh membantu apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak terduga.
2) alat komunikasi di dalam hutan adalah penting
3) Tugas Guide atau Malim Gunung adalah kena bertanggung jawab sepenunnya bagi memastikan semua peserta Selamat pergi dan kembali.
4) Rakan2 kena sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan perlu lapor kepada ketua dalam aktiviti itu jika ada yang tidak kena .

Sekian sedikit ulasan daripada saya selaku pengarah ATC Penang(Abg Zan)

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Pihak Alternative Trekking Club merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada kelu...
18/10/2025

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Pihak Alternative Trekking Club merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Mustaqeem Bin Mansor peserta hiking yang telah kembali ke rahmatullah ketika berada di puncak Gunung Liang.

Sesungguhnya, kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh komuniti pendaki. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal kebajikannya, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Moga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah buat arwah.

“Setiap pendakian mengajar erti perjuangan, dan setiap perjuangan pasti ada pengakhirannya. Semoga rehatmu di sisi Allah SWT adalah puncak tertinggi yang abadi.”

Ikhlas Daripada
_Alternative Trekking Club Penang

29/09/2025

Alhamdulillah... Selesai program ATC Penang hiking dan camping di Taman Negara Teluk Bahang

Hiking dan camping di Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang pada 27-28/9/2025 💪👍
29/09/2025

Hiking dan camping di Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang pada 27-28/9/2025 💪👍

07/07/2025

Hari ini 7.7.2025... Geng ATC Penang kembali menawan puncak Western Hill 💪

10/02/2025
10/02/2025
SAMBUTAN MINGGU ALQUDS SEDUNIA 2025
10/02/2025

SAMBUTAN MINGGU ALQUDS SEDUNIA 2025

46 likes, 2 comments. “Sambutan Hari Al Quds Sedunia 2025 Dayhike Gunung Bintang Kedah 26 January 2025 dan Trans Ulu Selama Perak 1-3 February 2025.”

15/01/2024


14/11/2023

Penutupan Sementara Semua Taman Eko - Rimba, Hutan Taman Negeri & Kawasan Pendakian Di Hutan Simpanan Kekal Negeri Kedah.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Reverse Trans 10 Peak Pulau Betong29/10/2023 ( AHAD)730AM Berkumpul pintu Masuk Bukit Genting ,Teluk KumbarDay Hike (2 b...
24/10/2023

Reverse Trans 10 Peak Pulau Betong
29/10/2023 ( AHAD)
730AM Berkumpul pintu Masuk Bukit Genting ,Teluk Kumbar
Day Hike (2 botol mineral)
Rm5 untuk Grab balik Starting point.

Address

George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ATC Penang - Alternative Trekking Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share