Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang

Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang, Public & Government Service, Level 47, KOMTAR, Georgetown.

Dasar Keterangkuman Gender atau DKG adalah dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan akses secara inklusif kepada perancangan program, pelaksanaan dan penyediaan kemudahan-kemudahan untuk mencapai kesaksamaan gender.

Pihak Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melalui Bahagian Keterangkuman Gender buat julung kalinya telah ...
31/10/2023

Pihak Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melalui Bahagian Keterangkuman Gender buat julung kalinya telah melakukan Lawatan Pemantauan DKG (Dasar Keterangkuman Gender) di Jabatan Taman Botani Pulau Pinang yang disertai oleh Pengarah Jabatan Taman Botani Pulau Pinang, Puan Nur Syazwani binti Ismail.

Terdapat banyak perkara yang dibincangkan berkenaan dengan Dasar Keterangkuman Gender (DKG) untuk masa akan datang.

Semoga pertemuan ini dapat mengarusperdanakan lagi Dasar Keterangkuman Gender (DKG) di peringkat Jabatan Taman Botani Pulau Pinang.

Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang Penang Women's Development Corporation-PWDC  buat julung kalinya telah mengan...
31/07/2023

Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang Penang Women's Development Corporation-PWDC buat julung kalinya telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Dasar Keterangkuman Gender (DKG) Siri 1: Gender dari Perspektif Agama pada 25 Julai 2023 (Selasa) bertempat di The Light Hotel, Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, M***i Pulau Pinang.

Perbincangan Meja Bulat ini disertai oleh ahli-ahli yang pakar dari segi agama dan gender di Pulau Pinang termasuk wakil-wakil dari Yayasan Islam Pulau Pinang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, KANITA USM dan Pejabat-pejabat Agama Daerah.

PWDC turut menjemput jemputan dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan tempatan yang terlibat dengan pelaksanaan DKG seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang; bahagian dan unit dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang, Perbadananan Bukit Bendera, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli dan jemputan yang terlibat secara aktif dalam memberi pandangan dalam Perbincangan Meja Bulat yang merangkumi tiga aspek utama iaitu mengupas definisi gender dari Islam, merungkai dilema masyarakat Islam berkenaan dengan gender serta usaha memurnikan konsep keterangkuman gender dalam konteks Pulau Pinang.

Semoga perbincangan ini akan menjadi titik mula bagi memperkasakan lagi Dasar Keterangkuman Gender di negeri Pulau Pinang pada masa hadapan.

Penang Women's Development Corporation-PWDC selaku agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang (DKG) telah ...
08/02/2023

Penang Women's Development Corporation-PWDC selaku agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang (DKG) telah mengadakan sesi taklimat untuk Pegawai focal point (DKG) jabatan/agensi negeri pulau pinang. Ini merupakan Siri pertama bagi tahun 2023 telah diadakan pada 7 februari 2023 dan melibatkan 17 buah jabatan/agensi Negeri Pulau Pinang yang terlibat. Seramai 22 orang pegawai dan penolong pegawai focal point (9 Lelaki, 13 Perempuan) telah hadir ke sesi taklimat ini.

Sesi Taklimat ini dijalankan bertujuan memberi input-input terbaru berkaitan dasar kepada pegawai-pegawai focal point jabatan dan agensi yang dilantik dan membuka ruang diskusi antara jabatan bagi memastikan dasar ini dapat diintegrasikan di peringkat pelaksanaan. Penyerahan Fail Meja dan Komik Anak Penang juga dibuat kepada semua pegawai dan penolong pegawai DKG.

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang
Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang
Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang
Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang
pejabat daerah dan tanah daerah timur laut,komtar
Bahagian teknologi maklumat dan komunikasi pulau pinang
Unit perbadanan ketua menteri pulau pinang
Bahagian kerajaan tempatan
Unit Audit Dalam
Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri
Bahagian Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia
Bahagian Kawal Selia Air
Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol
Bahagian DUN

31/10/2022
Sesi Taklimat Dasar Keterangkuman Gender bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pulau Pinang bagi tahun 2022 t...
31/10/2022

Sesi Taklimat Dasar Keterangkuman Gender bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pulau Pinang bagi tahun 2022 telah dijalankan pada 23 September 2022 (Jumaat) jam 10 pagi dan telah melibatkan 12 orang kakitangan (5 lelaki & 7 Perempuan). Sesi penuh interaksi ini dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha Bahagian BPEN, Encik Zuhair bin Jamaludin dan diteruskan dengan taklimat oleh Puan Ong Bee Leng daripada Penang Women's Development Corporation-PWDC. Dasar ini merupakan dasar di bawah BPEN dan PWDC sebagai agensi pelaksana bersama sama kesemua 35 jabatan/agensi kerajaan negeri lain untuk menyokong aspirasi melalui Dasar keterangkuman Gender.

Sesi Perbincangan bersama Focal Point Dasar Keterangkuman Gender dari Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Tujuan uta...
09/09/2022

Sesi Perbincangan bersama Focal Point Dasar Keterangkuman Gender dari Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Tujuan utama sesi perbincangan ini dilaksanakan adalah bagi membincangan pelaksanaan GRPB BootcampX Jabatan Perhutanan pada bulan Oktober 2022.

Sesi Taklimat Dasar Keterangkuman Gender bersama Unit Komunikasi Korporat dan Innovasi (UKKI) Negeri Pulau Pinang bagi t...
08/09/2022

Sesi Taklimat Dasar Keterangkuman Gender bersama Unit Komunikasi Korporat dan Innovasi (UKKI) Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022 telah dijalankan pada 8 September 2022 (Khamis) jam 10 pagi yang telah melibatkan 17 orang kakitangan (5 lelaki & 12 Perempuan). Sesi penuh interaksi ini telah disampaikan oleh Puan Ong Bee Leng daripada Penang Women's Development Corporation-PWDC . UKKI menyahut seruan pelaksanaan dasar ini bersama sama kesemua 35 jabatan/agensi kerajaan negeri lain untuk menyokong aspirasi kerajaan melalui Dasar keterangkuman Gender.

Penang Women's Development Corporation-PWDC selaku agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender (DKG) telah mengadakan sa...
08/09/2022

Penang Women's Development Corporation-PWDC selaku agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender (DKG) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai focal point daripada PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG (PTG) pada 7 september 2022 bagi membincangkan gerak kerja pelaksanaan taklimat DKG siri 2 kepada 150 orang kakitangan PTG dan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan DKG di peringkat jabatan PTG Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan pada Oktober 2022

Penang Women's Development Corporation-PWDC sebagai agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender (DKG)  telah mengadakan ...
17/08/2022

Penang Women's Development Corporation-PWDC sebagai agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender (DKG) telah mengadakan Sanggar kerja atau ‘bengkel’ untuk Pegawai Focal Point (PFP) dan Penolong PFP Dasar Keterangkuman Gender (DKG) Negeri Pulau Pinang yang bertujuan memberikan input-input terbaru berkaitan dasar kepada pegawai-pegawai focal point daripada 35 jabatan dan agensi yang telah dilantik dan membuka ruang diskusi antara jabatan bagi memastikan dasar dapat diintegrasikan di peringkat pelaksanaan.

Pihak PWDC juga telah memperkenalkan sistem Fail Meja Focal Point DKG bagi merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja serta memastikan panduan terperinci dapat diberikan kepada focal point yang menggalas tanggungjawab biarpun terdapatnya pertukaran pegawai.

Tahniah dan syabas kepada kesemua Focal Point yang telah terlibat!







REPRESENTATIVES from various state agencies participated in the ‘Penang Gender Inclusiveness Policy’ dialogue session organised by the Penang Women’s Development Corporation (PWDC) at the Penang Harmony Centre today.   State executive councillor for Non-Islamic Religious Affairs and Social De...

Address

Level 47, KOMTAR
Georgetown
10503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6042612835

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang:

Share