DPP Kawasan Gerik Official

DPP Kawasan Gerik Official Dewan Pemuda PAS Kawasan Gerik.

๐Ÿ”ฅ 4 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅPELANCARAN JENTERA PAS DUN PENGKALAN HULU๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)๐Ÿ“ Markaz PAS Kuak Hulu๐Ÿ•Œ Bermula selepas As...
19/08/2026

๐Ÿ”ฅ 4 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅ

PELANCARAN JENTERA PAS DUN PENGKALAN HULU

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Markaz PAS Kuak Hulu
๐Ÿ•Œ Bermula selepas Asar berjemaah

Dirasmikan oleh:

YB Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden
Ketua Pemuda PAS Pusat

๐Ÿšฉ Ayuh bersama-sama hadir dan semarakkan pelancaran!

DUN Pengkalan Hulu โ€” kita gerakkan bersama!

08/08/2026

15 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅ
Masa untuk kita satukan tenaga, kukuhkan gerak kerja dan terus melangkah bersama.

๐Ÿšฉ PELANJARAN JENTERA PAS DUN PENGKALAN HULU

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026
โฐ 5.00 petang
๐Ÿ“ Pengkalan Hulu
๐ŸŽค Dirasmikan oleh YB Afnan Hamimi bin Datoโ€™ Haji Taib Azamudden

Satu kreasi โ€ข Satu semangat โ€ข Satu tujuan
๐Ÿ’š Untuk Pengkalan Hulu yang lebih baik.

04/08/2026
๐ŸŸข LIQA FIKRI PAS KAWASAN GERIK ๐ŸŸขSeluruh ahli PAS dijemput hadir mendalam ilmu dalam  Liqa Fikri PAS Kawasan Gerik yang a...
04/08/2026

๐ŸŸข LIQA FIKRI PAS KAWASAN GERIK ๐ŸŸข

Seluruh ahli PAS dijemput hadir mendalam ilmu dalam Liqa Fikri PAS Kawasan Gerik yang akan berlangsung pada malam ini!

Mari bersama-sama kita menimba ilmu, menguatkan kefahaman, dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

๐Ÿ“Œ Maklumat Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa / Malam Ini)
โฐ Masa: Bermula 7.00 Malam
๐ŸŽ™๏ธ Disampaikan oleh: Tuan Guru Sidek Noor
๐Ÿ“ Kompleks PAS Kawasan Gerik
๐Ÿฝ๏ธ Selain santapan rohani, santapan jasmani turut disediakan untuk para hadirin!*



PEMUDA PAS PERAK GEGAR KOMPLEKS TARBIYYAH PAS GERIK GERIK - SABTU, 1 Ogos - Parlimen Gerik hari ini disinari cahaya remb...
04/08/2026

PEMUDA PAS PERAK GEGAR KOMPLEKS TARBIYYAH PAS GERIK

GERIK - SABTU, 1 Ogos - Parlimen Gerik hari ini disinari cahaya rembulan di siang hari tatkala menerima kunjungan Pemuda PAS dari segenap kawasan di negeri Perak sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bertempat di Kompleks Tarbiyyah PAS kawasan Gerik, Kampung Kerunai, Gerik.

Delegasi dari 24 parlimen di seluruh negeri Perak memenuhi kompleks seawal jam 8:00 pagi bagi bersedia mendengar Ucaptama daripada Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan ADUN Manjoi, YB Ustaz Hafez Sabri.

Majlis Perasmian turut dibanjiri oleh segenap ahli PAS Kawasan Gerik serta sekitarnya bagi mendengar Ucapan Perasmian daripada Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Kehadiran YAB Dato Seri lincah bermotosikal bersama konvoi bermotosikal yang disertai tidak kurang dari 200 buah motosikal disambut oleh para hadirin dengan penuh kemeriahan.

Sabda Nabi SAW :

ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุขุฎูุฑู ููŽู„ูŽุง ูŠูุคู’ุฐู ุฌูŽุงุฑูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุขุฎูุฑู ููŽู„ู’ูŠููƒู’ุฑูู…ู’ ุถูŽูŠู’ููŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุขุฎูุฑู ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ู„ููŠูŽุตู’ู…ูุชู’

Maksudnya :โ€ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat makan jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.โ€ Riwayat Al-Bukhari (6136).

Sunnah melayani tetamu merupakan satu sunnah yang amat digalakkan oleh Islam. Sebelum memulakan agenda muktamar seusai berlabuhnya Majlis Perasmian, para muktamirin dipersilakan menjamu santapan makan tengahari. Lebih istimewa, bagi meraikan para tetamu kehormat yang hadir, Pas Gerik turut menghidangkan santapan tengahari di dalam sungai kepada para tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan Muktamar Pemuda PAS Perak yang dipengerusikan oleh al-Fadhil YB Ustaz Zulfadli Hj Zainal , Timbalan Pengerusi Tetap merangkap ADUN Slim disusuli dengan al-Fadhil YB Ustaz Akmal Haji Kamarudin, Pengerusi Tetap merangkap ADUN Selama.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Shahrul Nizam Abd Ali , Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Gerik atas ucapan perbahasan yang menjentik hati dan jiwa para muktamirin sehingga telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pada tahun ini. Semoga ucapan para pembahas daripada segenap kawasan memberikan kekuatan untuk memartabatkan syiar Islam di bumi Perak ini.

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gerik mewakili PAS Kawasan Gerik mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Pemuda PAS Perak untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Semoga program tahunan ini bukanlah sekadar memenuhi tuntutan perundangan ROS tetapi menjadi penyegar dan penyuntik semangat buat para pemuda Islam di segenap pelusuk negeri Perak.




Pemuda PAS Gerik mengalu-alukan kehadiran seluruh Pemuda PAS Kawasan-kawasan Negeri Perak ke bumi Gerik.Selamat datang k...
22/07/2026

Pemuda PAS Gerik mengalu-alukan kehadiran seluruh Pemuda PAS Kawasan-kawasan Negeri Perak ke bumi Gerik.

Selamat datang ke Gerik. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah perjuangan kita.


Berbaki kurang dua minggu lagi sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Kali Ke-43.

Insya-Allah, seluruh perwakilan Pemuda PAS daripada 24 kawasan di seluruh negeri Perak akan berhimpun di bumi Gerik.

Muktamar ini bukan sekadar medan menghimpunkan para perwakilan, bahkan menjadi ruang muhasabah, mempertaut ukhuwah, memperkukuh saf perjuangan dan menyusun langkah menghadapi cabaran.

Insya-Allah, majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Kedah.

Semoga Allah SWT memberkati perjalanan muktamar ini dan mengurniakan keputusan yang terbaik buat perjuangan.

Jumpa anda semua di Gerik. Insya-Allah.




๐Ÿค— PESANAN KHAS BUAT PARA PEMINAT BOLA SEPAK๐Ÿค—Alhamdulillah, dapat juga kita sama-sama bangun awal pagi ini untuk saksikan...
19/07/2026

๐Ÿค— PESANAN KHAS BUAT PARA PEMINAT BOLA SEPAK๐Ÿค—

Alhamdulillah, dapat juga kita sama-sama bangun awal pagi ini untuk saksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol. Memang berdebar, memang semangat lain macam, kan?

Tapi, alang-alang kita dah terjaga awal, alang-alang kita dah standby depan TV, malah bagi rakan-rakan di Pengkalan Hulu yang akan berkumpul di tapak tayangan skrin besar nanti, kami nak ajak anda semua ambil peluang "emas" ini. Kita orang Islam, rugi sangat kalau masa-masa begini kita biarkan berlalu kosong begitu sahaja.

Sementara nak tunggu wisel perlawanan bermula, atau sementara tunggu masa rehat (half-time), apa kata kita try buat perkara ini:

1. Rebut 'Waktu Mustajab' (Qiamullail): ๐Ÿคฒ
Kalau dah terjaga pukul 3 pagi, ini waktu yang sangat hampir dengan waktu mustajab doa. Sebelum bola bergolek, sempatkan diri buat dua rakaat solat sunat Tahajud atau solat Hajat. Mohon pada Allah apa sahaja hajat kita. Allah s**a hamba-Nya yang bangun di saat orang lain sedang nyenyak tidur.

2. Istighfar & Selawat: ๐Ÿ“ฟ
Sambil mata melayan suasana, mulut tu basahkan dengan istighfar. Kita ni banyak dosa, waktu-waktu macam ni masa terbaik untuk kita "cuci" hati sikit.

3. Pesanan buat yang ke 'Big Screen' di Pengkalan Hulu:
Buat sahabat-sahabat yang berkumpul beramai-ramai di skrin besar nanti:

Jaga Akhlak ๐Ÿซ‚: Kita di tempat awam, jagalah adab. Jangan sampai jeritan atau sorakan kita mengganggu ketenteraman jiran tetangga di sekitar kawasan tayangan.

Jaga Kebersihan๐Ÿšฎ: Tempat tu nanti jadi 'rumah' kita sementara. Pastikan sampah dibuang ke tong sampah. Orang Islam itu pembersih, jangan tinggalkan tapak tayangan dalam keadaan kotor.

Ikhtilat: Walaupun suasana meriah, jagalah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Biarlah kita jadi contoh peminat bola yang matang dan berdisiplin.

4. Jaga Adab & Tutur Kata๐Ÿ™Š:
Bola tu memang seronok, tapi jangan sampai dek kerana 'tahan' atau 'geram' pada keputusan pengadil, terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya. Ingat, mulut kita mencerminkan iman kita.

5. Jangan Tinggalkan Subuh๐Ÿ•Œ:
Ini yang paling penting. Jangan sebab terlalu leka atau mengantuk lepas habis perlawanan, kita terlepas solat Subuh berjemaah. Itu tiang agama kita. Bola boleh menang atau kalah, tapi solat Subuh jangan sesekali kalah.

Tuan-tuan, hiburan tu hiburan juga, tapi jangan sampai lalai daripada mengingati Tuhan. Kita seronok tengok bola, tapi biarlah keseronokan itu tidak membuatkan kita rugi di akhirat nanti.

Selamat menonton semua! Moga Allah berkati masa dan ukhuwah kita pagi ini.

DPP Kawasan Gerik Official



โšฝ TAYANGAN PERDANA SKRIN BESARPERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA FIFA 2026๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ SEPANYOL ๐Ÿ†š ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ท ARGENTINA๐Ÿ”ฅ Jom sama-sama rasai deba...
18/07/2026

โšฝ TAYANGAN PERDANA SKRIN BESAR

PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA FIFA 2026

๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ SEPANYOL ๐Ÿ†š ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ท ARGENTINA

๐Ÿ”ฅ Jom sama-sama rasai debaran Final Piala Dunia 2026 di skrin besar!

๐Ÿ—“ Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Laman Selera Dโ€™Kroh
(Gerai Makan Aisyah, Hadapan Petronas Pengkalan Hulu)

๐ŸŽ Cabutan Bertuah menanti pengunjung!

๐Ÿ“ฃ Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan. Sama-sama kita meriahkan suasana menyokong pas**an pilihan!

Semua Dijemput Hadir!





Address

Gerik

Telephone

+60165215620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DPP Kawasan Gerik Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DPP Kawasan Gerik Official:

Shortcuts

Share