Ameerah Gombak

Ameerah Gombak Organisasi di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menghimpunkan wanita muda Parlimen Gombak merangkumi Dun Sungai Tua, Gombak Setia & Hulu Klang.

19/08/2026
Wanita bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina keluarga, komuniti dan neg...
19/08/2026

Wanita bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina keluarga, komuniti dan negara.

Dengan ilmu, akhlak, amanah dan kepedulian, setiap wanita mampu menjadi pencetus perubahan positif untuk Malaysia yang lebih baik.

Semarakkan jiwa merdeka dengan peranan yang bermakna.



10/08/2026
โ€œ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™˜๐™–๐™ ๐™–๐™ฅ ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™ช๐™™๐™–๐™, ๐™ฉ๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ ๐™จ๐™ช๐™™ ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™ ๐™š๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™จ๐™š๐™ฃ๐™ž.โ€Alhamdulillah, Ameerah Gombak berkesem...
10/08/2026

โ€œ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™˜๐™–๐™ ๐™–๐™ฅ ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™ช๐™™๐™–๐™, ๐™ฉ๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ ๐™จ๐™ช๐™™ ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™ ๐™š๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™จ๐™š๐™ฃ๐™ž.โ€

Alhamdulillah, Ameerah Gombak berkesempatan menyertai Bengkel Kepimpinan Siri 3 anjuran Unit Latihan & Kepimpinan Ameerah Selangor yang berlangsung pada Ahad lalu, bersama-sama Ameerah kawasan dari seluruh Selangor.

Slot 1 bersama Puan Norazlin, memfokuskan kepada teknik bercakap dan memberi ucapan.

Slot yang cukup bertenaga! Hampir tiada ruang untuk mengantuk kerana peserta bukan sahaja menerima perkongsian, malah turut diberikan pelbagai tips dan latihan praktikal bagaimana untuk bercakap di hadapan orang ramai, mengawal rasa gemuruh, menyusun penyampaian dan memastikan mesej yang ingin disampaikan benar-benar sampai kepada pendengar.

Slot 2 bersama Ustaz Nushi Mahfodz, ADN Semenyih p**a membawa peserta memahami seni komunikasi antara kawan dan lawan.

Perkongsian berdasarkan pengalaman beliau dalam berhadapan dengan pelbagai situasi membuka perspektif bahawa cara kita berkomunikasi perlu disesuaikan mengikut siapa yang kita hadapi. Banyak tips dan panduan yang menarik untuk dipraktikkan dalam gerak kerja Ameerah.

Alhamdulillah, bengkel ini juga merupakan siri terakhir daripada 3 siri Bengkel Kepimpinan Ameerah Selangor yang telah disertai oleh Ameerah Gombak. Setiap siri membawa pengisian dan kemahiran yang berbeza, namun semuanya sangat bermanfaat dalam membentuk keyakinan dan kemahiran kepimpinan wanita muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ameerah Selangor atas penganjuran 3 siri bengkel yang sangat bermakna ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh bukan sekadar menjadi catatan, tetapi dapat diterjemahkan dalam gerak kerja, dakwah dan khidmat kepada masyarakat.

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ, ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต, ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐”๐ง๐๐ข, ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐›Esok, 1 Ogos 2026, rakyat Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi...
31/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐”๐ง๐๐ข, ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐›

Esok, 1 Ogos 2026, rakyat Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Selamat mengundi buat seluruh Oghang Nogori. Gunakan hak anda dengan penuh amanah, berhemah dan bertanggungjawab. Setiap undi yang diberikan adalah suara untuk menentukan masa depan negeri.

Semoga proses pengundian berjalan lancar, aman dan dipermudahkan buat semua.

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐”๐ง๐๐ข, ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐›.

Sihat Itu Sunnah, Cergas Itu Ibadah.Tak perlu sempurna, yang penting bermula!๐Ÿƒ Bergerak lebih. ๐Ÿฅ— Makan secara sederhana....
30/07/2026

Sihat Itu Sunnah, Cergas Itu Ibadah.

Tak perlu sempurna, yang penting bermula!

๐Ÿƒ Bergerak lebih.
๐Ÿฅ— Makan secara sederhana.
๐Ÿ’ง Minum air secukupnya.
๐Ÿ˜ด Rehat yang mencukupi.

Kerana tubuh yang sihat adalah amanah daripada Allah.



!

Jom semua malam ni!
30/07/2026

Jom semua malam ni!

๐Ÿ—ณ๏ธ ๐๐‘๐ ๐๐Ÿ—: ๐Œ๐€๐‚๐€๐Œ ๐Œ๐€๐๐€ ๐๐€๐Š ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡?

Bila tiba musim pilihan raya,
macam-macam cerita kita dengar.
Macam-macam janji kita baca.
Macam-macam persoalan bermain di fikiran.

Jadiโ€ฆ macam mana sebenarnya nak buat pilihan yang bijak?

Jom sertai ๐€๐Š๐–๐€๐Œ ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐š๐ฅ bersama Ameerah Selangor untuk kita sembang santai, kupas isu semasa dan memahami beberapa panduan penting sebelum membuat pilihan.

๐ŸŽ™ ๐‘จ๐‘ฒ๐‘พ๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’: ๐‘ท๐‘น๐‘ต ๐‘ต9 โ€“ ๐‘ด๐’‚๐’„๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ต๐’‚๐’Œ ๐‘ท๐’Š๐’๐’Š๐’‰?

๐Ÿ‘ค ๐๐š๐ง๐ž๐ฅ: Nursyamimi Shahifudin
(Timbalan Pengarah I Ameerah Negeri Sembilan)

๐ŸŽค ๐‡๐จ๐ฌ: Tasneem Zainol & Norzafina Zahar

๐Ÿ“… ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
โฐ ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Ÿ“ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐๐ข ๐“๐ข๐ค๐“๐จ๐ค ๐€๐ฆ๐ž๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ

Jangan sekadar ikut trend.
Jangan sekadar ikut orang.
Mari jadi wanita muda yang cakna, berfikir dan membuat pilihan berasaskan ilmu.

Set reminder dan jumpa kami esok malam!

๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฌ | ๐‘บ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฌ | ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต





30/07/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ, ๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ผ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ผ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ...
18/07/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ, ๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ผ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ผ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜€๐—ผ๐—ฎ๐—น ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ.

Dalam memilih pemimpin, jangan hanya melihat pada pop**ariti, janji manis atau kepetahan berbicara.

Lihatlah pada akhlaknya, integritinya, rekod perkhidmatannya dan kesungguhannya dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Pemimpin yang baik bukan sekadar menang di medan pilihan raya, tetapi mampu memikul amanah dan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Undi adalah satu amanah.

Fikir dengan matang. Nilai dengan bijaksana. Pilih dengan penuh tanggungjawab.

Address

Gombak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share