07/06/2026
DIILARANG TAKUT ! TIADA RAHSIA ANTARA KITA...
KONGSIKAN LOKASI ANDA BERSAMA YANG TERSAYANG
PerhatianβΌ π
οΈAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyeru orang ramai khususnya mereka yang sering melakukan aktiviti rekreasi, pendakian dan perkhemahan di kawasan hutan, bukit dan gunung agar dapat mengaktifkan aplikasi penjejakan lokasi seperti Life360, GPS Tracker, FindMy dan Kad GPS.
Langkah ini dapat membantu ahli keluarga dan pasukan penyelamat mengesan lokasi anda dengan lebih cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kehilangan arah atau kejadian yang tidak diingini.
Orang ramai juga disarankan memaklumkan lokasi perjalanan anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan serta memastikan telefon bimbit berada dalam keadaan bateri yang mencukupi sebelum memulakan aktiviti tersebut.
Jabatan Perdana Menteri
*