12/07/2026
MUDA AKAN TERUS BEKERJA KERAS
Apabila MUDA melangkah masuk ke pilihanraya ini, iltizam MUDA adalah untuk mengangkat suara rakyat Johor dengan politik khidmat dan dasar. Setiap ucapan dan isu yang diangkat calon-calon MUDA sepanjang dua minggu berkempen adalah dasar-dasar yang penting untuk rakyat negeri ini termasuklah hal perubahan iklim, ekonomi rakyat serta reformasi dalam Dewan Undangan Negeri Johor.
Saya percaya calon-calon MUDA telah lakukan sehabis baik dan saya zahirkan ucapan terima kasih atas setiap usaha itu.
MUDA mahu menjadi cerminan bahawa usaha dan kerja baik boleh mengatasi politik ketakutan “fear-mongering” yang selalu dimainkan oleh parti-parti politik lama.
Namun perjalanan itu masih lagi menuntut kerja keras setiap satu ahli dan pimpinan MUDA.
Ada beberapa rumusan awal boleh dibuat saya dari keputusan pada malam ini ;