Perpustakaan Desa Titi Tinggi Hulu Perlis

Perpustakaan Desa Titi Tinggi Hulu Perlis kami menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan, kemudahan internet percuma, dan program galakan membaca

26/05/2026

Balik kampung biar penuh gembira, bukan duka di jalan raya ๐Ÿกโœจ

Musim perayaan ini, pandu dan tunggang dengan penuh tanggungjawab. Patuhi had laju, pakai topi keledar dengan betul, serta pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan terbaik. Elakkan sikap agresif, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, dan ingatโ€ฆ yang tersayang sedang menunggu anda p**ang ๐Ÿ’›

๐Ÿ”Ž Pesanan keselamatan untuk semua:
โœ”๏ธ Periksa kenderaan sebelum perjalanan
โœ”๏ธ Fokus sepenuhnya, elak bermain telefon
โœ”๏ธ Pandu & tunggang secara berhemah
โœ”๏ธ Pakai topi keledar dengan betul
โœ”๏ธ Sentiasa peka dengan kenderaan lain
โœ”๏ธ Jaga jarak dengan kenderaan lain
โœ”๏ธ Patuhi had laju
โœ”๏ธ Jangan memotong secara berbahaya
โœ”๏ธ Jika penat atau letih, berhenti rehat.

โœจ Ingat: Lebih baik lambat, asalkan selamat.

Utamakan keselamatan supaya setiap perjalanan berakhir dengan senyuman di pagi raya ๐ŸŒ™๐ŸŒธ

26/05/2026

NOTA KORBAN : BOLEH KE BAGI DAGING KORBAN KAT ORANG BUKAN ISLAM?

Soalan pop**ar setiap kali nak datang musim korban,

โ€œUstaz, boleh tak kita bagi daging korban kat jiran non-Muslim sebelah rumah saya ni? Dia baik sangat. Tiap kali raya bagi limau sekotak, maruku 3 bungkus.โ€

Jom kita santai-santai fahamkan isu ni..

Apa kata Al-Quran?

Allah SWT dah siap bagi guideline dalam Surah Al-Hajj ayat 36:

โ€œMaka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang memintaโ€ฆโ€

(Surah Al-Hajj: 36)

Maknanya, korban ni bukan untuk kita seorang buat rendang seminggu je. Ada bahagian untuk kita kongsi, yang pemalu tak minta, dan yang โ€˜sportingโ€™ datang rumah bawa Tupperware.

Ulama cakap apa p**a?

Ulama ni ibarat panel penasihat syariah. Cuma, mereka kadang-kadang berbeza pendapat.

๐Ÿ“Œ Mazhab Hanafi : OK je nak bagi kat bukan Islam yang miskin.

๐Ÿ“Œ Mazhab Maliki : Hmmโ€ฆ makruh, tak digalakkan.

๐Ÿ“Œ Mazhab Hanbali : Boleh, tapi untuk korban sunat je. Yang wajib? Simpan kat geng Islam dulu.

๐Ÿ“Œ Mazhab Syafiโ€™e : Lebih berhati-hati sikit. Tak dibenarkan bagi kat bukan Islam, sebab korban ni ibadah nak rapat dengan Allah.

Jadi, apa pendapat yang rileks tapi berpijak di bumi nyata?

Kita kata: "Tengok situasi."

Kalau kat kawasan tu orang Islam semua dah kenyang makan sup tulang, dan jiran non-Muslim sebelah rumah tolong jaga rumah masa kita balik raya, apa salahnya hulur sikit daging korban tu.

Tapi kalau daging tu cukup-cukup je nak bagi kat pakcik-pakcik masjid yang susah, utamakan mereka dulu.

atau

Katakan dalam kampung orang asli, yang datang bantu lapah daging bukan orang Islam sahaja, satu kampung termasuk yang non-muslim turut sama bantu. Dalam situasi ni, lebih rahmah jika dikongsikan bersama daging korban tersebut.

Islam ni ajar kita adil dan penuh hikmah.

Ada dalil lain? Confirm halal ke ni?

Yes. Allah sendiri kata dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8:

โ€œAllah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama..โ€

Maksudnya, selama mana jiran kita bukan geng yang benci Islam, kita boleh buat baik. Dan bagi daging korban ni pun termasuk dalam โ€˜buat baikโ€™.

Rasulullah pun concern dengan jiran bukan Islam

Ada kisah Abdullah bin Amru RA, dia sembelih kambing, Baginda SAW terus tanya (sebanyak 2 kali):

โ€œKamu dah hadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita si Yahudi tu? โ€

Lepas tu Rasulullah SAW telah bersabda:

ู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ูŽ ุฌูุจู’ุฑููŠู„ู ูŠููˆุตููŠู†ููŠ ุจูุงู„ู’ุฌูŽุงุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุธูŽู†ูŽู†ู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽูŠููˆูŽุฑู‘ูุซูู‡

Maksudnya: โ€œSentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa mereka seolah-olah waris.โ€

(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Kesimp**an:

Kalau jiran bukan Islam tu baik, dan kita ada lebihan daging korban, boleh bagi.

Tapi kalau daging tu cukup-cukup je untuk orang Islam yang lebih memerlukan, utamakan orang Islam dulu.

Islam ni bukan rigid. Tapi fleksibel, berasaskan kasih sayang, akhlak dan hikmah.

Selamat berkorban semua!

Ingat, daging bukan sekadar untuk perut, tapi juga untuk mendekatkan hati.

Wallahu aโ€™lam.





26/05/2026

Esok... jutaan hamba rebah menyerah diri di Arafah. Walau jasad kita jauh, biarlah hati kita ikut menangis memohon keampunan. Banyakkan doa dan zikir, moga air mata kita menjadi saksi. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“– WUQUF DARI SUDUT BAHASA

Perkataan โ€œWuqufโ€ berasal daripada bahasa Arab:

ูˆูŽู‚ูŽููŽ โ€” ูŠูŽู‚ููู โ€” ูˆูู‚ููˆูู‹ุง

yang membawa maksud:

-Berhenti
-Berdiri
-Berada di sesuatu tempat

๐Ÿ•Œ WUQUF DARI SUDUT ISTILAH SYARAK

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun hanya seketika dalam waktu yang ditetapkan bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah dengan niat menunaikan ibadah haji.

Wuquf ialah rukun haji yang paling utama dan menjadi kemuncak seluruh perjalanan ibadah haji.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉู

Maksudnya: โ€œHaji itu adalah Arafah.โ€

(HR al-Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak sempat wuquf di Arafah, maka hajinya tidak sah.

๐ŸŒฟ HAKIKAT WUQUF YANG SEBENAR

Hakikat wuquf bukan sekadar hadir di Padang Arafah dengan tubuh badan, tetapi hadir dengan:
๐Ÿค hati yang tunduk kepada Allah SWT
๐Ÿค jiwa yang penuh penyesalan
๐Ÿค taubat yang bersungguh-sungguh
๐Ÿค pengharapan kepada rahmat Allah SWT

Di Arafah:

- manusia datang membawa dosa
- manusia menangis memohon keampunan
- manusia merendahkan ego dan kemuliaan dunia
- manusia kembali bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT

โ˜€๏ธ WUQUF DAN GAMBARAN PADANG MAHSYAR

Ramai ulama menyebut bahawa wuquf di Arafah sangat mengingatkan manusia kepada suasana Padang Mahsyar.

Jutaan manusia berhimpun:

- Memakai pakaian ihram
- Berdiri di bawah panas matahari
- Penuh harapan menunggu rahmat Allah SWT

Tiada lagi beza:

- Kaya atau miskin
- Berpangkat atau tidak
- Terkenal atau biasa

Semuanya berdiri sebagai hamba Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฌูุฆู’ุชูู…ููˆู†ูŽุง ููุฑูŽุงุฏูŽู‰ูฐ ูƒูŽู…ูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุงูƒูู…ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali pertama.โ€

(Surah al-Anโ€˜am: 94)

๐ŸŒง๏ธ HARI PALING BESAR KEAMPUNAN

Hari Arafah ialah antara hari paling besar dalam Islam.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œTiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.โ€

(HR Muslim)

Betapa luasnya rahmat Allah SWT pada hari tersebut sehingga para ulama menyebut bahawa Hari Arafah ialah hari paling besar pengharapan seorang hamba kepada keampunan Allah SWT.

๐Ÿคฒ SEBAIK-BAIK DOA IALAH DOA PADA HARI ARAFAH

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.โ€

(HR al-Tirmizi)

Kerana itu para ulama sangat menganjurkan agar Hari Arafah dipenuhi dengan:

1. Doa
2. Istighfar
3. Zikir
4. Selawat
5. Membaca al-Quran
6. Taubat kepada Allah SWT

Antara zikir yang sangat dianjurkan:

Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu."
(HR Tirmizi, hadis hasan)

โœจ PENGAJARAN DARIPADA WUQUF

Wuquf mendidik manusia:
๐ŸŒฟ supaya merendahkan ego
๐ŸŒฟ menginsafi dosa
๐ŸŒฟ belajar sabar
๐ŸŒฟ menjaga hati dan lisan
๐ŸŒฟ mengingati akhirat
๐ŸŒฟ berharap hanya kepada rahmat Allah SWT

Kadangkala di Arafah, air mata yang jatuh kerana taubat lebih bernilai daripada panjangnya kata-kata.

๐ŸŒ™ PENUTUP

Wuquf di Arafah bukan sekadar perhimpunan manusia di sebuah padang, tetapi perhimpunan hati-hati yang kembali mencari Allah SWT.

Di bumi Arafah, manusia belajar bahawa sebesar mana pun dosa seorang hamba, rahmat Allah SWT sentiasa lebih luas untuk mereka yang ingin kembali kepada-Nya.

Semoga Allah SWT menerima wuquf para jemaah haji, mengampunkan dosa-dosa mereka dan mengurniakan kepada kita semua keampunan serta rahmat-Nya.

Wallahuaโ€˜lam

โœ๏ธUstazah Asmaโ€™ Harun
Pembimbing Rohani
Ibadah Haji In Saff Travel & Tours Sdn Bhd


26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin




26/05/2026

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijah sehingga waktu Asar 13 Zulhijah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

25/05/2026

Tahukah anda daun kaduk yang sering dijadikan ulam tradisional sebenarnya mempunyai potensi besar sebagai herba bernilai tinggi dalam industri makanan kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik semula jadi?
Tanaman kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum Roxb. merupakan tumbuhan herba tropika daripada famili Piperaceae, iaitu keluarga yang sama dengan sireh dan lada hitam.
Tumbuhan ini hidup subur di kawasan lembap dan teduh serta mudah ditemui di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Di Malaysia, daun kaduk cukup sinonim dalam masakan tradisional seperti nasi ulam, kerabu kaduk, tempoyak dan otak-otak kerana aromanya yang unik serta rasa sedikit pedas.
Selain menjadi bahan masakan, kaduk turut digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Melayu dan Thai.
Air rebusan daun kaduk dipercayai membantu melegakan batuk, selesema dan demam ringan, selain digunakan bagi mengurangkan sakit sendi dan masalah keradangan kulit.
Dari sudut botani, kaduk ialah tumbuhan menjalar dengan daun berbentuk hati berwarna hijau tua berkilat.
Apabila diramas, daunnya mengeluarkan aroma seperti lada hasil kandungan minyak pati dan sebatian amida semula jadi.
Kajian moden mendapati daun kaduk kaya dengan sebatian bioaktif seperti flavonoid, polifenol, alkaloid, vitamin C dan vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antimikrob.
Penyelidikan makmal turut menunjukkan ekstrak daun kaduk berpotensi digunakan dalam pembangunan produk makanan kesihatan dan farmaseutikal semula jadi berikutan kemampuannya membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh.
Selain nilai kesihatan, kaduk juga mempunyai fungsi penting dalam alam sekitar.
Tumbuhan ini mampu bertindak sebagai penutup bumi semula jadi yang membantu mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kelembapan kawasan tanaman.
Potensi besar tanaman kaduk membuktikan bahawa herba tempatan bukan sahaja penting dalam warisan makanan masyarakat, malah mampu menjadi sumber ekonomi baharu sekiranya dibangunkan secara komersial dan lestari.
Rujuk infografik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan dan khasiat tanaman kaduk.

25/05/2026
25/05/2026

Sepuluh hari terawal bulan Zulhijah merupakan hari-hari yang sangat istimewa dan penuh kelebihan di sisi Allah SWT.

Marilah kita memperbanyakkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan menghidupkan solat-solat sunat.

Semoga amalan yang dilaksanakan sepanjang 10 hari terawal Zulhijah ini menjadi asbab peningkatan iman dan takwa serta meraih ganjaran dan keredaan Allah SWT.





25/05/2026

๐Ÿ•‹ PERJALANAN HAJI IFRAD ๐Ÿ•‹

Haji Ifrad merupakan pelaksanaan ibadah haji dengan mendahulukan ibadah haji sebelum umrah. Setiap rukun dan wajib haji yang dilaksanakan mengandungi hikmah, pengorbanan serta pengabdian yang tinggi kepada Allah SWT.

Semoga setiap langkah para dhuyufurrahman diterima sebagai amal soleh dan dikurniakan haji yang mabrur serta kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT.





Address

Kampung T**i Tinggi Hulu
Hulu
02100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00

Telephone

+6049456037

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Titi Tinggi Hulu Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category