Mohamad Norriduan Mohamed Idrus

Mohamad Norriduan Mohamed Idrus Setiausaha Politik Kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Ipoh Timor | Setiausaha DAP Caw Sri Kinta | Pengerusi JPKK Kg Pasir Puteh Ipoh

03/09/2026

Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timor dan Dun Tebing Tinggi telah menerima berita mengenai sebuah keluarga di Flat Conolly telah kehilangan ketua keluarga iaitu suami yang menyara kehidupan bagi keluarga ini.

Isteri kepada mendiang kini tidak dapat menguruskan dirinya akibat faktor usia serta mengalami masalah kesihatan, begitu juga dengan anaknya yang juga berkeadaan serupa dan seorang lagi anak mereka yang berkelainan upaya telah meninggal dunia.

Kunjungan kami bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bagi menyelaraskan bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini dan segala butiran berkaitan keluarga ini telah diambil dan pihak kami akan membantu dari segi dokumentasi serta mengaturkan segala bantuan yang boleh diberikan untuk keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka.

Hadir sama ialah pihak pengurusan Grace Methodist Church yang mana sebelum ini bagi urusan pengkebumian mendiang telah diuruskan oleh pihak mereka melalui khidmat sosial mereka serta membantu dalam urusan berkaitan kebajikan keluarga ini.

Turut serta dalam ziarah ini adalah wakil daripada persatuan penduduk disini yang sebelum ini turut sama membantu keluarga ini.

Semoga keluarga ini kuat serta tabah dalam mengharungi ujian ini.






Lawatan daripada Jabatan Landskap Negara KPKT Malaysia ke Kg Pasir Puteh bagi melawat ke beberapa kawasan yang dicadangk...
02/09/2026

Lawatan daripada Jabatan Landskap Negara KPKT Malaysia ke Kg Pasir Puteh bagi melawat ke beberapa kawasan yang dicadangkan untuk dipulihara kembali bagi menjadi antara mercu sejarah di Kg Pasir Puteh.

Turut serta dalam ialah pegawai daripada Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh, Tn Clr Basri Lamborian's Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh serta En Selahudin dan Pn Arliya dari JPKK Kampung Pasir Puteh, Ipoh.

Dalam lawatan tersebut beberapa tempat telah dikenalpasti bagi tujuan pemuliharaan agar ianya dapat dikembalikan sejarah warisan kampung tradisi yang boleh dilihat untuk generasi akan datang.

Semoga ianya dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bagi warga Kampung Pasir Puteh yang ada menyimpan gambar-gambar lama keadaan kampung pada masa dahulu bolehlah berkongsi kepada kami untuk disimpan serta direkodkan bagi rujukan dan tatapan generasi akan datang.

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐“๐„๐Œ๐” ๐‰๐€๐๐‰๐ˆ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐๐ˆ๐๐‰๐ˆ๐Ÿ“… ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐Ÿ๐‡๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Klinik Kesihatan Pasir Pinji akan mela...
01/09/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐“๐„๐Œ๐” ๐‰๐€๐๐‰๐ˆ
๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐๐ˆ๐๐‰๐ˆ

๐Ÿ“… ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐Ÿ๐‡๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Klinik Kesihatan Pasir Pinji akan melaksanakan
๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐“๐ž๐ฆ๐ฎ ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ

โฐ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š :
Sila hadir dan mendaftar ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข anda bagi memastikan kelancaran alir kerja perkhidmatan.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama anda.

๐Ÿ’š Kesihatan Anda, Keutamaan Kami ๐Ÿ’š

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

๐Ÿ“ข ๆ€กไฟๅ…ตๅฆ‚ๆธฏๆ”ฟๅบœ่ฏŠๆ‰€้ข„็บฆ็ณป็ปŸ้€šๅ‘Š

๐Ÿ“… ่‡ช 2026 ๅนด 10 ๆœˆ 1 ๆ—ฅ่ตท
ๅ…ตๅฆ‚ๆธฏๅฅๅบท่ฏŠๆ‰€ๅฐ†ๅ…จ้ขๅฎžๆ–ฝ ๅˆ†ๆฎต้ข„็บฆ็ณป็ปŸ
๏ผˆ Sistem Temu Janji Berperingkat ๏ผ‰ใ€‚

โฐ ๆธฉ้ฆจๆ้†’ ๏ผš
่ฏทไบŽ ้ข„็บฆๆ—ถ้—ด็š„ 30 ๅˆ†้’Ÿๅ‰ ๅˆฐๅœบๅŠž็†็™ป่ฎฐ๏ผŒไปฅ็กฎไฟ่ฏŠๆ‰€็œ‹่ฏŠๆต็จ‹้กบ็•…ใ€‚

ๆ„Ÿ่ฐขๆ‚จ็š„้…ๅˆไธŽไฝ“่ฐ…ใ€‚

๐Ÿ’š ๅ…ณ็ˆฑๅฅๅบท๏ผŒ่ดดๅฟƒไธบๆ‚จ ๐Ÿ’š

Dua program serentak di Ipoh Timor dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia bagi tahun 2026.U...
31/08/2026

Dua program serentak di Ipoh Timor dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia bagi tahun 2026.

Untuk sambutan Hari Malaysia nanti, akan ada lagi program yang akan dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timor dengan kerjasama JPKK Kg terlibat serta Persatuan KRT kawasan terlibat.

Kome nantikan!!!

Semarak kemerdekaan peringkat Parlimen Ipoh Timor. Program Funwalk bersama PEMADAM Negeri Perak di Dewan Kg Temiang deng...
31/08/2026

Semarak kemerdekaan peringkat Parlimen Ipoh Timor. Program Funwalk bersama PEMADAM Negeri Perak di Dewan Kg Temiang dengan kerjasama Komuniti MADANI Ipoh Timor, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta, Jabatan Penerangan Daerah Kinta, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh Zon 16, JPKK Kg Temiang, JPKK Sri Kinta serta JPKK Kg Pasir Puteh.

Terima kasih pada semua yang hadir menjayakan program yang julung kali diadakan ini dengan penyertaan yang agak memberangsangkan. Insya-Allah tahun depan kita cuba aturkan lagi program sebegini yang mana bukan hanya dapat menyatukan kita, tetapi dapat mengeratkan lagi ukhwah serta silaturahim kita bersama.

link gambar boleh kome tengok pada pautan dibawah
- krdedit pada jurugambar Muhammad Al Hafiz-

https://drive.google.com/drive/folders/172eGpDuzSIvqoXwP-ea4KvfVcFyrUJPY

Terima kasih semua






Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang am...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menghargai perjuangan para pejuang terdahulu dan terus menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30/08/2026
Berkesempatan bersama dengan jemaah Surau Aziziah Kg Pasir Puteh Tambahan dalam Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Ras...
30/08/2026

Berkesempatan bersama dengan jemaah Surau Aziziah Kg Pasir Puteh Tambahan dalam Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Aziziah Kampung Pasir Puteh, Ipoh.

Memandangkan sebelah pagi saya bersama dengan peserta bagi program FunWalk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia - PEMADAM Negeri Perak makanya tak dapatlah untuk bersama jemaah disini berarak sekitar surau sambil berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, namun tetap hadir bagi sama-sama meraikan majlis ini.

Tahniah kepada Tn Hj Mohamad Bin Desa serta Pn Hjh Khadijah Binti Talib atas pengiktirafan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Surau Aziziah Kg Pasir Puteh Tambahan. Tahniah pada jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program ini.

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan yang akan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini. Masjid Al-Abidi...
30/08/2026

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan yang akan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini. Masjid Al-Abidin Kg Pasir Puteh dengan kerjasama JPKK Kampung Pasir Puteh, Ipoh telah menganjurkan โ€œProgram Semarak Kemerdekaan Malaysia Ke-69โ€ bertempat di perkarangan masjid.

Program dimulakan dengan perarakan kenderaan mengelilingi kampung sambil diserikan lagi dengan lagu-lagu patriotik. Kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu melalui ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari buat semua peserta.

Syabas dan tahniah buat jawatankuasa Masjid Al-Abidin Kg Pasir Puteh bersama JPKK Kampung Pasir Puteh atas penganjuran program yang menyatukan kita semua, mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan menyuburkan semangat patriotisme kita kepada negara kita Malaysia yang dicintai.

Address

No. 4, Jalan Pengkalan Putra 1, Pusat Perniagaan Pengkalan Putra
Ipoh
31650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohamad Norriduan Mohamed Idrus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share