Sebbuku

Sebbuku Kolektif, perpustakaan, kedai buku, art space dan ruang fleksibel di Super Kinta (Pasar Besar) Ipoh. ZSM boleh dihubungi melalui email; [email protected].

Zine Satu Malam (ZSM) merupakan sebuah kolektif pengkarya dan penggerak seni yang terdiri daripada penulis, pemuzik, penyajak, pelukis, pembikin filem, designer, fotografer, aktivis teater, traveler, komedian dan lain-lain. Nama ZSM diambil daripada sifat kolektif ini sewaktu diawal penubuhannya yang aktif menerbitkan zine dalam bentuk digital dalam masa satu malam. Zine (baca: zin) berasal daripa

da perkataan fanzine atau magazine yang membawa maksud buku/booklet/majalah yang dicetak atau diterbitkan sendiri, biasanya dalam skala yang kecil. Selain menerbitkan zine versi digital, ZSM juga menerbitkan zine & buku versi cetak selain daripada bergerak aktif di seluruh negara mengadakan sesi baca/deklamasi puisi secara santai. Pernah mengadakan beberapa acara seni seperti Puisi Satu Petang, TaraKuChaCha, Borak Sajak, dan berkolaborasi bersama Frinjan dalam banyak acara seperti Festival Belia Putrajaya, Big Bad Woof dan banyak lagi. "Yang indah memang bisa menghibur selama-lamanya, membubuhkan luka selama-lamanya, meskipun puisi dan benda seni bisa lenyap. Ia seakan-akan roh yang hadir dan pergi ketika kata dilupakan dan benda jadi haus. Tapi apa arti roh tanpa tubuh yang buncah dan terbelah? Keindahan tak bisa jadi total. Ketika ia merangkum total, ia abstrak, dan manusia dan dunia tak akan saling menyapa lagi."

- Geonawan Mohamad, Tuhan & Hal Hal Yang Tak Selesai.

exhibits of the zinesters works πŸ€βœ‚οΈπŸ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ¨πŸ–οΈπŸŽ¨
27/06/2026

exhibits of the zinesters works πŸ€βœ‚οΈπŸ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ¨πŸ–οΈπŸŽ¨

27/06/2026

tangan-tangan yang sedia berproses
dan mata-mata yang sudi melihat pelbagai warna
mengisi masa, meski kita tak pernah tahu apa dihujungnya.

bengkel zine by sebbuku for RIUH
RIUH pi Hawana
210626

sekitar persediaan kami untuk bengkel zine @ RIUH PI HAWANA beli barang-barang stationarypaneh ghelit na peniangbayaq di...
24/06/2026

sekitar persediaan kami untuk bengkel zine @ RIUH PI HAWANA

beli barang-barang stationary

paneh ghelit na peniang

bayaq di kauntiaq

berbinciaq

cariq bukuq lamaq di Chowrastiaq

kami susun- susun barang sambil tunggu hampa

mana hampa dok sampai lagi

kalau hampa takda marka,
jgn risau kami ada marka pen

maya susun barangiaq

panaih sunggoh la ahad

time ni kami tak sabaq nk start dah.

mengucapkan banyak-banyak thank you kepada RIUH atas kepercayaan kami menganjurkan bengkel zine.also terima kasih sayang...
22/06/2026

mengucapkan banyak-banyak thank you kepada RIUH atas kepercayaan kami menganjurkan bengkel zine.
also terima kasih sayang kami untok semua zinester yang datang berseronok-ronok buat zine!!

more post incoming!!!

yang ada di gambar, komen sikitt mintak tag!!

Mari berzine! Takyah tunggu jadi buku. Takyah tunggu viral. Takyah tunggu idea dilamar penerbit. DIY saja, kita buat dia...
18/06/2026

Mari berzine!

Takyah tunggu jadi buku. Takyah tunggu viral. Takyah tunggu idea dilamar penerbit. DIY saja, kita buat dia.

Cukup sekeping kertas, gunting, gam, mesin fotostat, dan sedikit keberanian. Zine lahir dari mereka yang penat menunggu ruang. Kita buat ruang sendiri!

Ada cerita, kemarahan, kenangan, puisi, lukisan, manifesto, jenaka bodoh, atau apa-apa yang tak lagi muat dalam dunia yang chaotic, jom la kita buat zine sama-sama.

Jumpa nanti di:
Riuh Pi Hawana
PICCA, Butterworth
5PM
21 Jun (Ahad) 2026

Boleh scan QR, atau klik link bio, atau boleh walk in saja jika kamu adventurous orangnya.

Bye Bye Super Kinta.Selepas beberapa tahun, Sebbuku menutup ruang fizikalnya di Super Kinta.Bila mula membuka ruang ini,...
17/06/2026

Bye Bye Super Kinta.

Selepas beberapa tahun, Sebbuku menutup ruang fizikalnya di Super Kinta.

Bila mula membuka ruang ini, kami membayangkan sebuah perpustakaan kecil, ruang acara dan sarang idea. Tapi sepanjang beberapa tahun di sini, kami akhirnya belajar bahawa ruang bukan sekadar dinding dan rak buku. Ia juga manusia. Dan manusia selalu datang bersama harapan, perbezaan, perselisihan, persahabatan dan pelbagai cerita yang tak pernah dirancang.

Ada hari yang buat kami percaya semuanya mungkin. Ada hari yang buat kami tertanya-tanya kenapa kami masih mencuba. Ada masa kami rasa disokong. Ada masa kami rasa keseorangan.

Ada yang datang membaca buku. Ada yang datang berbual. Ada yang datang bermain catur. Ada yang datang membantu. Ada yang datang menghalang. Semuanya mengajar kami sesuatu tentang dunia, walaupun bukan dengan cara yang menyenangkan.

Dan mungkin itu hadiah terbesar tempat ini.
Super Kinta tak sentiasa menjadi ruang yang mudah untuk kami. Tetapi ia sentiasa menjadi ruang yang buat kami belajar. Belajar bahawa membina komuniti lebih sukar daripada menyusun buku. Belajar bahawa tidak semua orang akan memahami apa yang kita cuba lakukan. Belajar bahawa prinsip kadang-kadang datang dengan harga yang perlu dibayar. Dan walaupun kecewa, kita masih boleh memilih untuk terus percaya kepada manusia.

Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kami membawa bersama buku-buku, kenangan, kemenangan kecil, perbualan panjang, dan semua pelajaran yang kami kutip sepanjang berada di sini.

Sebbuku tidak mati dalam seppuku.

Yang berakhir hanyalah alamatnya di Super Kinta. Manakala kerja membina ruang membaca, ruang berfikir, dan ruang untuk kita selesa menjadi diri sendiri akan diteruskan di tempat lain (nantikan pengumumannya, uhuk uhuk Station 18).

Jangan salah anggap penutupan ini sebagai pengakhiran. Sebbuku tidak berundur, kami cuma sedang bergerak. Bentuknya mungkin berubah, alamatnya mungkin bertukar, tetapi perjuangannya ialah sebuah jalan yang tak ada ujung.

Terima kasih banyak-banyak dan jumpa lagi di halaman yang seterusnya!

Address

B-043, Jalan Laxamana, Super Kinta
Ipoh
30300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sebbuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sebbuku:

Shortcuts

Share

Category