21/07/2026
πππππππ ππππππ ππππππππ πππππ ππππππ πππππ ππ ππππ ππ ππππβ πππππππππ ππππππππππ (ππππ πππππππππ ππππππ πππππ)
21 Julai 2026 (Selasa)
Dr. Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Datoβ Sivanesan Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Jabatan dan Kerajaan Negeri.
Melalui pertemuan ini, pelbagai perkara dibincangkan bersama berkaitan agenda memperkasa perpaduan masyarakat, pelaksanaan program dan aktiviti perpaduan melalui kerjasama antara kedua-dua pihak.
Turut hadir bersama ialah Puan Hajar binti Ahamed, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Perak dan Puan Anis Suhana Binti Shuib, Penolong Pengarah JPNIN Negeri Perak.