16/08/2026
ππ ππππ πππππππππ ππ ππππ πππ πππππ πππ πππππππππ πππππππ
IPOH, 16 Ogos 2026 - JPJ Perak terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seramai 20 orang anggota telah ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan dan hasilnya pasukan berjaya menahan dan memeriksa motosikal secara rawak yang melakukan pengubahsuaian secara 'ekstrem' semasa berada di atas jalan raya sekitar Ipoh. Antara kesalahan yang dikesan ialah :
β‘οΈ Tiada Lesen Memandu
β‘οΈ Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh
β‘οΈ Tiada Perlindungan Insurans
β‘οΈ Tiada Cermin Sisi
β‘οΈ Tidak Pamer Nombor Pendaftaran
β‘οΈ Mempamer Nombor Pendaftaran Tidak Mengikut Spesifikasi
β‘οΈ Menggunakan Tayar Yang Tidak Mengikut Spesifikasi
β‘οΈ Tiada Brek Belakang
β‘οΈ Ubahsuai Ekzos Motosikal
Sebanyak 11 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Ipoh bagi tujuan tindakan selanjutnya.
JPJ Perak akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.
βπ» oleh : PRO
πΈ oleh : Bhg. Penguatkuasa JPJ Negeri Perak