10/08/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐๐ฃ๐ข๐
๐ฌ๐ณ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐) Selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat, perhimpunan bulanan telah dimulakan dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Cik Lingeswari a/p K. Somasundram dengan penuh bertenaga.
Majlis diteruskan oleh Puan Marinah binti Isa selaku pengacara majlis, diikuti nyanyian lagu-lagu rasmi oleh Kumpulan Koir MKA Ipoh bersama semua anggota, yang menaikkan semangat patriotik di Jabatan ini.
Seterusnya bacaan doa disempurnakan oleh Encik Meor Zahirin bin Mustafa, manakala Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Encik Shaifol Sha bin Mohd Said sebagai simbol komitmen warga MKA Ipoh terhadap nilai patriotisme, integriti dan profesionalisme.
Slot renungan pagi bertajuk โErti Syukur dan Kemerdekaanโ disampaikan oleh Puan Nurlinda binti Yaacob turut memberikan suntikan motivasi sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Dalam sesi ucapan Pengarah MKA Ipoh, Dr. Norita binti Shamsudin, intipatinya menyentuh berkenaan:
* Penyiapan MyPerformance & MyPortfolio sebelum 31 Ogos 2026
* Persediaan audit Penarafan Star Rating pada 7โ8 September 2026
* Kepentingan komunikasi yang berkesan dan berhemah sesama anggota Jabatan
* Perkembangan kerja-kerja modenisasi lif dan pembinaan makmal kabin molekular
* Penstrukturan semula Carta Organisasi MKA Ipoh
* Pelantikan rasmi Jawatankuasa Nilai-nilai Murni
* Galakan anggota kreatif untuk penghasilan lagu rasmi MKA Ipoh
* Seruan agar semua warga MKAI terus komited dan bekerja sebagai satu pasukan.
Majlis diteruskan lagi oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi yang menyampaikan salam takziah dan sumbangan kepada Encik Aznor atas pemergian isteri beliau, serta cenderahati kepada Puan Noorazlin (Edgenta Helpdesk Assistant) yang telah bertukar ke tempat kerja baharu.
Majlis dengan sukacitanya menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Januari sehingga Jun 2026 kepada:
* Puan Zawiyah binti Ali dari Bahagian Pengurusan
* Puan Mardiah bt. Abd Manaf dari Bahagian Penyakit
* Puan Ayu Mashani binti Ahmad Saibi dari Bahagian Makanan
* En. Mannapillay a/l Rajagopal dari Edgenta Mediserve
Akhir sekali , majlis diakhiri dengan pengumuman pemenang-pemenang Cabaran Langkah Sihat Itu Saya antara Jabatan Kesihatan Negeri melibatkan kumpulan PR7 MKAI dan PR8 MKAI.
Tahniah kepada semua pemenang atas komitmen dan pencapaian yang membanggakan. ๐๐