Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Platform rasmi bagi Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Sumber utama maklumat, kenyataan rasmi, dan panduan kesihatan dari fasiliti-fasiliti kesihatan di seluruh Negeri Perak.

07/09/2026
Tidak semua darah mudah dicari. Namun, setiap pesakit tetap berhak mendapat darah yang tepat pada waktunya. ๐ŸฉธDi sinilah ...
07/09/2026

Tidak semua darah mudah dicari.

Namun, setiap pesakit tetap berhak mendapat darah yang tepat pada waktunya. ๐Ÿฉธ

Di sinilah pentingnya pengurusan, kepakaran dan kerjasama dalam memastikan darah jarang jumpa dapat dikenal pasti, dipadankan dan tersedia apabila diperlukan.

Jarak tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kesihatan.Teruskan usaha memastikan setiap komuniti, walau di mana mere...
07/09/2026

Jarak tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kesihatan.

Teruskan usaha memastikan setiap komuniti, walau di mana mereka berada, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan.

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ 7 SEPTEMBER 2026Dalam kesihatan awam, ada kejayaan yang paling bermakna apabila ...
07/09/2026

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
7 SEPTEMBER 2026

Dalam kesihatan awam, ada kejayaan yang paling bermakna apabila masyarakat tidak pernah mengetahui betapa hampirnya sesuatu ancaman.

Epidemiologi lapangan bermula dengan satu isyarat kecil - peningkatan kes, pola yang luar biasa atau laporan dari lapangan. Daripada maklumat itu, pas**an perlu menyiasat, memahami punca, menilai risiko dan bertindak sebelum masalah menjadi lebih besar.

Kerja ini tidak dilakukan secara bersendirian. Ia melibatkan pegawai epidemiologi, pas**an kesihatan persekitaran, makmal, fasiliti kesihatan, pelbagai agensi dan komuniti.

Tema tahun ini, โ€œ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด: ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜Œ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บโ€, menggambarkan kerja yang jarang dilihat tetapi sentiasa diperlukan.

Kejayaannya bukan hanya diukur melalui wabak yang berjaya dikawal, tetapi juga melalui wabak yang tidak sempat berlaku.

Kepada semua petugas epidemiologi lapangan dan pas**an kawalan penyakit, terima kasih kerana terus mengesan, menyiasat dan bertindak.

Di sebalik setiap data, ada manusia.
Di sebalik setiap tindakan yang tepat pada masanya, ada komuniti yang lebih terlindung.

๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป 7 September 2026 | 2.30 petangUTC Ipoh, PerakPetang ini, saya hadir selaku P...
07/09/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป

7 September 2026 | 2.30 petang
UTC Ipoh, Perak

Petang ini, saya hadir selaku Pengerusi Bersama Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyakit Zoonosis Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2026.

Mesyuarat ini diadakan setahun sekali, dengan penganjuran dan pengerusian secara bergilir antara JKN Perak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Tahun ini, mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Rohaiza binti Yahaya, Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Turut hadir ialah pas**an saya daripada Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan Pejabat Kesihatan Daerah, bersama wakil pelbagai agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MAQIS, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, PERHILITAN serta pihak berkuasa tempatan.

Kami mendengar empat pembentangan daripada JKN Perak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, PERHILITAN dan Jabatan Perikanan Negeri Perak.

Penyakit zoonosis berada pada persimpangan antara kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Sebab itulah pendekatan One Health sangat penting.

Setiap agensi mempunyai maklumat, kepakaran dan bidang kuasa yang berbeza. Namun, apabila ancaman berlaku, kita perlu berkongsi maklumat dengan pantas, menyelaraskan tindakan dan bertindak sebagai satu pas**an.

Mesyuarat mungkin hanya sekali setahun. Hubungan kerja dan kesiapsiagaan antara agensi p**a perlu dipelihara sepanjang masa.

Kita mungkin tidak tahu bila ancaman zoonosis seterusnya akan muncul. Namun, kita boleh memastikan bahawa apabila ia berlaku, semua agensi sudah saling mengenali, berkongsi maklumat dan bersedia untuk bertindak bersama-sama.

๐‘๐ฎ๐š๐ง๐  ๐˜๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค, ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š 7 September 2026 | 2.00 petangUTC Ipoh, PerakSebelum memulakan m...
07/09/2026

๐‘๐ฎ๐š๐ง๐  ๐˜๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค,
๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š

7 September 2026 | 2.00 petang
UTC Ipoh, Perak

Sebelum memulakan mesyuarat petang ini, saya sempat membuat lawatan di luar jadual ke Klinik Kesihatan UTC Ipoh.

Klinik ini baru sahaja selesai diubah suai dan diperluas ke ruang baharu.

Sebelum ini, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian berkongsi ruang yang agak sempit. Kini, suasananya jauh lebih lapang dan selesa, dengan beberapa ruang tambahan yang dapat menyokong penyampaian perkhidmatan dengan lebih baik.

Saya gembira melihat penambahbaikan ini. Ruang yang baik bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pesakit, tetapi turut membantu anggota bekerja dengan lebih teratur dan selesa.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pengubahsuaian ini. Semoga kemudahan baharu ini terus dijaga dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Penambahbaikan fasiliti bukan sekadar tentang ruang yang lebih cantik.

Ia adalah tentang menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk pesakit menerima rawatan, dan untuk anggota memberikan perkhidmatan dengan lebih selesa dan berkesan.

๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ 7 September 2026 | 12.00 tengah hariJabatan Kesihatan Negeri PerakTengah hari ini,...
07/09/2026

๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ

7 September 2026 | 12.00 tengah hari
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Tengah hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Profesor Dr Azizi bin Ayob, Ketua Pegawai Saintifik Cellmax Healthcare Sdn. Bhd., bersama pas**an beliau.

Pertemuan ini diperkenalkan oleh YB Howard Lee. Profesor Dr Azizi juga merupakan anak kelahiran Perak.

Beliau memperkenalkan Cellmax, inovasi tempatan bagi penjagaan luka yang baru didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Saya turut mengundang Pas**an Penjagaan Luka Negeri Perak supaya mereka dapat mendengar pembentangan, bertanya soalan serta memberikan pandangan berdasarkan pengalaman merawat pesakit.

Teknologi baharu sentiasa menarik.
Namun, pendaftaran adalah salah satu langkah daripada keseluruhan proses.

Sebelum sesuatu produk dapat digunakan secara lebih meluas, kita perlu menilai bukti keselamatan dan keberkesanannya dalam keadaan sebenar.

Pada akhirnya, kita tetap perlu melihat kos.

Kos bukan hanya harga seunit.
Jika sesuatu rawatan dapat mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan lawatan berulang, kemas**an ke hospital atau risiko amputasi, nilainya mungkin jauh lebih besar daripada harga awal.

Namun, manfaat tersebut perlu dibuktikan dan produknya mestilah mampu dibiayai jika mahu diperluaskan dalam sistem kesihatan awam.

Terima kasih kepada Profesor Dr. Azizi dan pas**an atas perkongsian, serta kepada YB Howard Lee yang memperkenalkan kami.

Inovasi itu penting, namun saya yakin; teknologi hanya memberikan nilai apabila terbukti berkesan, mampu dibiayai dan akhirnya membawa hasil yang lebih baik kepada pesakit.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ง๐˜€. ๐—”๐˜‡๐—ฟ๐—ผ๐—ผ๐—น๐˜’๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ 7 September 2026 | 11.00 pagiJabatan Kesihatan N...
07/09/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ง๐˜€. ๐—”๐˜‡๐—ฟ๐—ผ๐—ผ๐—น
๐˜’๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ

7 September 2026 | 11.00 pagi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Pagi ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Ts. Mohd Azrool Rizal bin Mohd Azahari, Pegawai Sains (Kaji Serangga) C13, yang baharu mengambil alih tanggungjawab sebagai Pegawai Entomologi Negeri Perak.

Beliau menggantikan Puan Mahani yang telah bersara beberapa bulan lalu. Turut bersama ialah Dr Husna Maizura, TPKN (Kesihatan Awam), dan Puan Nurul Izza binti Asaad, yang menanggung tugas selama ini.

Terima kasih kepada Puan Nurul Izza, yang telah menanggung tanggungjawab tersebut sepanjang tempoh peralihan dan memastikan tugas pas**an terus berjalan.

Ts. Azrool merupakan anak kelahiran Perak yang telah lama berkhidmat di Sabah.
Selamat kembali ke negeri sendiri.

Kami turut berbincang tentang cabaran yang dihadapi oleh pas**an serta pentingnya kepimpinan yang kukuh, akauntabiliti yang jelas dan kejujuran dalam melaksanakan tugas.

Kita perlu berani menyatakan keadaan sebenar, termasuk kekangan dan perkara yang belum berjalan dengan baik. Kita tidak boleh memperbaiki masalah yang tidak mahu kita akui.

Peranan entomologi mungkin tidak selalu kelihatan, tetapi amat penting dalam surveilans, kawalan vektor dan pencegahan penyakit seperti denggi serta malaria.

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’–๐’ˆ๐’‚๐’”, ๐‘ป๐’”. ๐‘จ๐’›๐’“๐’๐’๐’.

Pimpinlah dengan jelas, berlaku jujur kepada pas**an dan diri sendiri, serta pastikan setiap tanggungjawab disusuli tindakan.

Saya menantikan sumbangan anda bersama Team Perak.

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ 7 September 2026 | 9.00 pagiJabatan Kesihatan Negeri PerakPagi ini, saya mempengerus...
07/09/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€

7 September 2026 | 9.00 pagi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan Premis DEMIS JKN Perak Bil. 7/2026.

Pejam celik, pejam celik, sudah mesyuarat kali ketujuh bagi tahun ini. ๐Ÿ˜…

Seperti biasa, urus setia serta semua pihak hadir dengan dokumen, maklumat dan ulasan yang diperlukan. Persoalan dapat dijawab dengan jelas dan keputusan boleh dibuat dalam tempoh yang singkat.

Saya s**a kecekapan seperti ini.

Mesyuarat tidak semestinya perlu panjang untuk menunjukkan sesuatu perkara telah dipertimbangkan dengan serius. Apabila persediaan dibuat lebih awal dan semua pihak memahami keputusan yang diperlukan, perbincangan boleh kekal ringkas serta berfokus.

Terima kasih kepada urus setia dan semua ahli jawatankuasa atas persediaan yang baik.

Ukuran mesyuarat yang baik bukan berapa lama kita duduk berbincang, tetapi sama ada keputusan yang jelas dapat dibuat dan tindakan seterusnya dapat dilaksanakan.

๐ŸŒŸ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”3 September 2026 | 12.30 tengahariJabatan Kesihatan Negeri PerakHar...
05/09/2026

๐ŸŒŸ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

3 September 2026 | 12.30 tengahari
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Hari ini, saya sempat singgah menyantuni pas**an yang terlibat dalam Audit Penarafan Bintang Program Kesihatan Awam JKN Perak Tahun 2026.

Turut berkesempatan makan tengah hari bersama Dr Thava, Ketua Juruaudit dari JKN Pulau Pinang. Kami sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.

Gembira mendengar perkembangan beliau dan kerja yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang.

Terima kasih kepada pas**an juruaudit JKN Pulau Pinang atas masa, pandangan dan teguran yang diberikan. Terima kasih juga kepada Team Kesihatan Awam JKN Perak atas segala usaha serta persediaan.

Audit bukan untuk mencari kesalahan. Ia peluang untuk melihat semula cara kita bekerja, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan belajar daripada pas**an lain.

Matlamatnya bukan sekadar memperoleh penarafan yang baik, tetapi memastikan kita terus belajar, menambah baik dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Kesihatan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share