10/06/2026
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI DAN MEET & GREET DI KAWASAN PENTADBIRAN BALAI POLIS GELANG PATAH
Gelang Patah, 10 Jun 2026 - Sarjan Harmizi Bin Mat Nupeh, Sarjan Balai Polis Gelang Patah bersama 03 anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Gelang Patah telah menjalankan Program Kepolisan Komuniti dan Meet & Greet di Premis Perniagaan di bawah Pentadbiran Balai Polis Gelang Patah.
Program ini adalah bertujuan mendekati masyarakat dan lebih tertumpu kepada orang awam serta memberi tips keselamatan bagi tujuan pendedahan serta penerangan tentang ilmu keselamatan diri dan tips pencegahan jenayah serta scammer.
Memberi penerangan berkenaan tentang cara-cara untuk menyampaikan dan menyalurkan maklumat jenayah di persekitaran dan memastikan masyarakat sentiasa peka dengan taktik-taktik terbaru yang digunakan oleh penjenayah dan jenayah scammer. Risalah tips pencegahan jenayah & VSP turut diedarkan semasa program dijalankan.
Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan laman sosial Facebook "Ipd Iskandar Puteri" & "Polis Gelang Patah" kepada orang awam.