Perbadanan Usahawan Johor

Perbadanan Usahawan Johor PERBADANAN USAHAWAN JOHOR SDN. BHD. (199701039157)(454657-W)


(12)

(199701039157(454657-W)

Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) merupakan anak syarikat Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai penyedia program keusahawanan bagi memperkasakan dan meningkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk usahawan di negeri johor.

15/05/2026
Muhammad Hairul Bin Zainal membina Ziegers Printing Enterprise dengan asas yang kukuh – setiap perniagaan memerlukan per...
14/05/2026

Muhammad Hairul Bin Zainal membina Ziegers Printing Enterprise dengan asas yang kukuh – setiap perniagaan memerlukan periklanan, dan cetakan sentiasa jadi keperluan.
Episod keduabelas Jelajah Usahawan Johor 2025 menyingkap kisah seorang usahawan yang percaya bahawa kunci kelangsungan bisnes adalah menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran.
Lokasi: Ziegers Printing
NO 6 JALAN UNIVERSITI 3 TAMAN UNIVERSITI 86400 PARIT RAJA BATU PAHAT JOHOR
No. Telefon: 60199917657
Facebook: Ziegers_Printing
Instagram :
TikTok:
Tonton video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=K1IMj6txlgg&list=PLR-fRlaVjUQhQAvUOa2Gz-I43dSs6_owq&index=46
Video dibawakan oleh : Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB)

NAK BISNES LEBIH TERATUR & UNTUNG KONSISTEN?Jangan biarkan aliran tunai menjadi punca bisnes anda “tersangkut”. Sertai K...
14/05/2026

NAK BISNES LEBIH TERATUR & UNTUNG KONSISTEN?
Jangan biarkan aliran tunai menjadi punca bisnes anda “tersangkut”. Sertai Kursus Pengurusan Aliran Tunai anjuran YPKDT dan pelajari strategi kewangan yang praktikal untuk mengurus cashflow dengan lebih bijak!
Apa yang anda akan pelajari?
✅ Memahami konsep cashflow dengan mudah
✅ Mengenal pasti aset & liabiliti dalam bisnes
✅ Strategi keluar daripada “Rat Race” kewangan
✅ Penyediaan pelan tindakan (action plan) yang efektif
Tarikh : 23 – 24 Mei 2026 (Sabtu - Ahad)
Lokasi : Ama Farm & Resort Training Centre, Muar
PERCUMA (Terhad kepada 60 peserta sahaja)
Anda akan disediakan:
✔️ Ilmu praktikal
✔️ Pembelajaran melalui contoh sebenar
✔️ Bahan kursus
✔️ Sijil penyertaan
🚀 Tingkatkan ilmu pengurusan kewangan anda dan bina bisnes yang lebih produktif serta mampan.
Daftar segera sekarang melalui link dibawah dan rebut peluang ini!
https://bit.ly/kursusalirantunaiypkdt2026
Sumber : YPKDT

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Jo...
14/05/2026

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Johor pada 14 Mei 2026 (Khamis) di The Katerina Hotel, Batu Pahat Johor.
Program ini merupakan platform strategik bagi pihak industri mendapatkan maklumat terkini berkaitan hala tuju produktiviti negara, peluang penyertaan dalam program intervensi di bawah NIMP 2030. Seramai 40 peserta telah hadir ke program tersebut.
Sumber : MPC

Pagi tadi (14 Mei 2026), kami menerima kunjungan hormat oleh pejabat MATRADE Wilayah Selatan ke Perbadanan Usahawan Joho...
14/05/2026

Pagi tadi (14 Mei 2026), kami menerima kunjungan hormat oleh pejabat MATRADE Wilayah Selatan ke Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd . (PUJB) yang diketuai oleh Pengarah MATRADE Wilayah Selatan, Encik Mohamad Adris Abu Bakar. Pertemuan strategik ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama sedia ada serta menyelaras inisiatif pembangunan usahawan tempatan di Johor.
Berikut adalah fokus utama dan intipati perbincangan semasa kunjungan tersebut:
-Pemerkasaan Eksport PMKS Johor menerusi Akses pasaran global : Membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) tempatan menembusi pasaran antarabangsa melalui platform promosi MATRADE.
-Bimbingan eksport: Menyediakan program latihan khusus untuk meningkatkan daya saing produk usahawan Johor agar menepati piawaian global.
-Penyaluran maklumat: Berkongsi data dan trend perkembangan semasa perdagangan eksport antarabangsa yang relevan dengan industri tempatan.
-Digitalisasi dagangan: Menggalakkan usahawan menggunakan platform digital seperti Malaysia Digital Trade Platform (MDTP) untuk urusan pemadanan perniagaan antarabangsa.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan Kolaborasi Strategik bagi penganjuran
Hari Eksport Johor yang dijadual dianjurkan pada Oktober nanti. Program ini bertujuan mengukuhkan kesinambungan program tahunan seperti Hari Eksport Johor yang sebelum ini berjaya dianjurkan bersama oleh MATRADE dan PUJB pada tahun 2023.

[Ep.11] Podcast@Borak Niaga 2026 : Perkhidmatan SKM Negeri JohorBersama  Encik Mahzan bin Noordin, Pengarah SKM Negeri J...
14/05/2026

[Ep.11] Podcast@Borak Niaga 2026 : Perkhidmatan SKM Negeri Johor
Bersama Encik Mahzan bin Noordin, Pengarah SKM Negeri Johor pada 20 Mei 2026 (Rabu), jam 11 pagi secara langsung di facebook dan tiktok PUJB.

MARA Negeri Johor terus aktif menganjurkan Kursus BIZSTART: Permulaan Strategik Usahawan Kompeten (Kursus Asas Perniagaa...
14/05/2026

MARA Negeri Johor terus aktif menganjurkan Kursus BIZSTART: Permulaan Strategik Usahawan Kompeten (Kursus Asas Perniagaan) Siri pada 12 hingga 13 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat, GiatMARA Prima Ledang.
Seramai 23 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada usahawan-usahawan daerah Tangkak, Muar dan Segamat. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan asas keusahawanan, khususnya dalam aspek pengurusan perniagaan, perancangan strategik, kewangan asas serta pemantapan minda usahawan bagi memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan.
Sumber : MARA JDT

Pejabat MARA Negeri Johor telah melaksanakan Program Warehouse & Logistics 4.0 pada 12 dan 13 Mei 2026 bertempat di Trov...
14/05/2026

Pejabat MARA Negeri Johor telah melaksanakan Program Warehouse & Logistics 4.0 pada 12 dan 13 Mei 2026 bertempat di Trove Johor Bahru Hotel.
Program ini telah disertai oleh 45 orang usahawan Bumiputera dalam sektor logistik dan pengangkutan dan bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai pengurusan gudang dan inventori pintar serta penggunaan teknologi digital dalam operasi pergudangan yang lebih cekap dan sistematik.
Sumber : MARA JDT

14/05/2026
Iman Nur Ashraf Bin Zulkifli mengambil langkah berani menyambung perniagaan ibunya yang bermula dari sebuah warung kecil...
14/05/2026

Iman Nur Ashraf Bin Zulkifli mengambil langkah berani menyambung perniagaan ibunya yang bermula dari sebuah warung kecil. Kini, beliau telah mengembangkan Nabs Kitchen, terkenal dengan menu khas nasi gulai
ayam gepuk yang menyelerakan.
Episod ketigabelas Jelajah Usahawan Johor 2025 menyingkap kisah anak muda yang berjaya membawa warisan keluarga ke tahap yang lebih tinggi, dengan keunikan dan rasa yang sukar dilupakan.
Lokasi: Nabs Kitchen
no 13, jalan universiti 3, taman universiti, parit raja, batu pahat
No. Telefon: 011-19900180
TikTok: .taman.uni
Tonton video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=U878ds4X_b4&list=PLR-fRlaVjUQhQAvUOa2Gz-I43dSs6_owq&index=45
Video dibawakan oleh : Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB)

Jom sama-sama sertai
14/05/2026

Jom sama-sama sertai

Address

No. 24, Jalan Iskandar Puteri 1/3, Taman Nusantara Prima
Iskandar Puteri
79200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075102542

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Usahawan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share