Laman FB Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK)

  • Home
  • Laman FB Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK)

Laman FB Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) Memperkasakan Sistem Pengurusan Perburuhan dan Penguatkuasaan Perundangan Perburuhan Agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia

📌 LAWATAN KERJA YB TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT II KE PTK SIBUPada 11 Mei 2026, Pejabat Tenaga Kerja Sibu (PTK S...
12/05/2026

📌 LAWATAN KERJA YB TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT II KE PTK SIBU

Pada 11 Mei 2026, Pejabat Tenaga Kerja Sibu (PTK Sibu) telah menerima lawatan kerja daripada YB Puan Alice Lau Kiong Yieng.

Lawatan ini memberi fokus kepada perbincangan berkaitan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) serta usaha memperkukuh kerjasama strategik bersama pejabat YB dalam meningkatkan kesedaran dan pematuhan majikan terhadap peruntukan Ordinan Buruh Sarawak.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkasakan pematuhan undang-undang buruh demi kebajikan dan kesejahteraan pekerja di Sarawak.


11/05/2026

HEBAHAN: UCAPAN SELAMAT DATANG & TAHNIAH

Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Dedua Anak Taim @ Tiam di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JTK Negeri Pulau Pinang (Memangku Pegawai Perhubungan Perusahaan S14), berkuatkuasa mulai 11 Mei 2026.

Kami warga JTKSM mendoakan agar di bawah kepimpinan beliau, JTK Negeri Pulau Pinang akan terus cemerlang dalam memartabatkan urusan perburuhan dan keharmonian perusahaan di negeri tersebut.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya buat Encik Dedua!

Ikhlas daripada:
YBrs. Encik Kamal bin Pardi
Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja JTKSM





🏆✨ KESTASIS 2026 Melabuhkan Tirai dengan Penuh Gemilang! ✨🏆Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) 2026 secara ra...
11/05/2026

🏆✨ KESTASIS 2026 Melabuhkan Tirai dengan Penuh Gemilang! ✨🏆

Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) 2026 secara rasminya telah berakhir pada 10 Mei 2026, meninggalkan pelbagai kenangan, semangat kesukanan dan ukhwah yang cukup bermakna buat seluruh kontinjen. 💪🇲🇾

Tahniah kepada Zon Selatan atas kejayaan merangkul anugerah Perbarisan Terbaik, dengan penglibatan bersama warga JTK Sarawak yang turut memberikan komitmen dan semangat luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung. 🔥👏

Setiap langkah, sorakan dan perjuangan menjadi simbol kekuatan pasukan serta semangat kebersamaan warga KESUMA.

Jumpa lagi di KESTASIS seterusnya di Negeri Pahang! 🏅✨

🥉 Tahniah dan syabas kepada pasukan Futsal Zon Selatan yang turut disertai oleh wakil JTK Sarawak atas kejayaan meraih T...
10/05/2026

🥉 Tahniah dan syabas kepada pasukan Futsal Zon Selatan yang turut disertai oleh wakil JTK Sarawak atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) 2026 di Kuala Lumpur. ⚽🔥

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa usaha, disiplin dan semangat berpasukan mampu membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan melangkah lebih jauh dan kekalkan momentum kecemerlangan pada masa akan datang! 💪🇲🇾

KUCHING, 10 Mei 2026 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Ceria Jabatan Tenaga Kerja Sarawak atas kejayaan mera...
10/05/2026

KUCHING, 10 Mei 2026 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Ceria Jabatan Tenaga Kerja Sarawak atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Pasukan Paling Ceria sempena Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). 🏆✨

Pasukan JTK Sarawak berjaya menonjolkan semangat berpasukan, kreativiti dan sorakan penuh bertenaga sehingga berjaya menewaskan persaingan daripada 41 pasukan yang mengambil bahagian.

Kejayaan ini turut melayakkan pasukan membawa pulang hamper serta wang tunai kemenangan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pasukan atas komitmen, kerjasama dan semangat luar biasa yang dipamerkan.

Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk mengharumkan nama jabatan pada masa akan datang. 💪🎉




KUCHING, 10 Mei 2026 – Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah menyertai Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak s...
10/05/2026

KUCHING, 10 Mei 2026 – Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah menyertai Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak sebagai pempamer yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Sambutan ini menjadi platform penting dalam menghargai jasa dan sumbangan para pekerja serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan, majikan dan pekerja ke arah pembangunan tenaga kerja yang mampan.

Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke reruai pameran JTK Sarawak. Semoga sambutan ini terus menjadi pemangkin dalam memperkasakan kebajikan pekerja dan memajukan dunia pekerjaan di Sarawak. ✨



⚽ Pasukan Bola Sepak Zon Selatan yang disertai wakil JTK Sarawak telah mempamerkan semangat juang dan kerjasama berpasuk...
09/05/2026

⚽ Pasukan Bola Sepak Zon Selatan yang disertai wakil JTK Sarawak telah mempamerkan semangat juang dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang KESTASIS 2026 di Kuala Lumpur. 💪🔥

Walaupun belum berjaya kali ini, semangat perjuangan tetap utuh. Cuba lagi tahun hadapan, don’t give up & keep it up! 🏆🇲🇾

Syabas dan tahniah kepada semua pemain serta pengurusan pasukan atas komitmen dan usaha yang diberikan.

🏆 Tahniah dan syabas kepada kontinjen JTK Sarawak bersama Zon Selatan atas pencapaian cemerlang dalam acara Badminton da...
09/05/2026

🏆 Tahniah dan syabas kepada kontinjen JTK Sarawak bersama Zon Selatan atas pencapaian cemerlang dalam acara Badminton dan Bola Tampar sempena Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur. 💪🔥

Antara pencapaian yang berjaya diraih ialah:

🥉 Badminton Lelaki – Tempat Ketiga
🥈 Badminton Perempuan – Naib Johan
🥉 Bola Tampar Lelaki – Tempat Ketiga

Pencapaian ini membuktikan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi warga JTK Sarawak dalam mengharumkan nama Zon Selatan dan jabatan. Syabas kepada semua atlet dan pengurusan kontinjen! 🇲🇾🏅

🏅 Acara Dam, Catur, Dart, Ping Pong dan Mobile Legends yang disertai oleh wakil JTK Sarawak bersama kontinjen Zon Selata...
09/05/2026

🏅 Acara Dam, Catur, Dart, Ping Pong dan Mobile Legends yang disertai oleh wakil JTK Sarawak bersama kontinjen Zon Selatan telah berlangsung sempena Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, penyertaan ini mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi warga JTK Sarawak dalam mengharumkan nama jabatan serta Zon Selatan. 💪

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas usaha, semangat juang dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. 🔥

🏅 Kontinjen JTK Sarawak Wakili Zon Selatan di KESTASIS 2026JTK Sarawak telah menghantar kontinjen bagi mewakili Zon Sela...
09/05/2026

🏅 Kontinjen JTK Sarawak Wakili Zon Selatan di KESTASIS 2026

JTK Sarawak telah menghantar kontinjen bagi mewakili Zon Selatan dalam Kejohanan Sukan Perkhidmatan Skim S (KESTASIS) Edisi Ke-12 Tahun 2026 yang berlangsung pada 8 Mei 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kejohanan yang menghimpunkan lebih 900 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ini menjadi platform memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta kesejahteraan warga KESUMA selaras tema “Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa”. 💪🇲🇾

Semoga kontinjen JTK Sarawak terus bersemangat dan mengharumkan nama zon serta jabatan sepanjang kejohanan berlangsung. 🔥

Address

Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Tkt 13, Bangunan Sultan Iskandar

92532

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman FB Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman FB Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK):

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share