AADK Kuala Selangor

Call Website Contact the organization

AADK Kuala Selangor AADK DAERAH KUALA SELANGOR
AGENSI UTAMA MEMERANGI DADAH

09/10/2026

🧠 Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2026

Nampak sihat, belum tentu baik-baik sahaja.

Di sebalik senyuman, mungkin ada tekanan yang dipendam. Di sebalik ketenangan, mungkin ada perjuangan yang tidak diketahui orang lain.

Kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan. Tekanan hidup, masalah emosi dan persekitaran sosial boleh mempengaruhi kesejahteraan diri, termasuk meningkatkan kerentanan seseorang terhadap tingkah laku berisiko.

Melalui telemovie pendek β€œNAMPAK SIHAT”, marilah kita bersama-sama membuka mata, mendengar tanpa menghakimi dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

πŸ’š Jangan tunggu seseorang rebah untuk mula mengambil peduli.

Jika anda atau seseorang yang dikenali sedang bergelut, dapatkan sokongan daripada individu yang dipercayai atau bantuan profesional. Bagi mereka yang berdepan isu penyalahgunaan dadah, AADK sedia menjadi antara saluran untuk mendapatkan bantuan dan pemulihan.

AADK Daerah Kuala Selangor
Prihatin terhadap kesejahteraan mental, komited dalam usaha pencegahan dadah.




#10102026

09/10/2026

β€˜Bekas Penagih Pun Nak Kerja’

Apakah cabaran yang dihadapi bekas penagih dadah untuk kembali ke alam pekerjaan?

Ikuti kupasan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai realiti, stigma masyarakat dan peluang kedua buat bekas penagih untuk membina kehidupan baharu.

πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 malam
πŸŽ™οΈ Program: PODX MMTV
🎀 Hos: Roshihan Anuar & Maszureen Hadzman
πŸ“± Siaran: Utusan Malaysia & Kosmo Online

09/10/2026

SAKSIKAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027 MALAYSIA MADANI

Pembentangan Belanjawan 2027 merupakan agenda penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara, memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Ayuh, bersama-sama kita menyaksikan pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

πŸ“… 9 Oktober 2026 (Jumaat)
πŸ•ž 3.30 petang

Bertemakan β€˜Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, Belanjawan 2027 mencerminkan aspirasi pembangunan negara yang progresif, berpaksikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran bersama.




09/10/2026

πŸŽ‰ AKTIVITI MENARIK LAIN β€” JOM MERIAHKAN KARNIVAL!

Kemuncak kemeriahan Karnival Sukan Nostalgia Anak Kampung FELDA 2026 bukan hanya pada aktiviti sukan. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk pengunjung sepanjang karnival. 🌿

🎁 Cabutan Bertuah – Pelbagai hadiah menanti!

🎀 Persembahan Artis & Buskers

πŸ›οΈ Jualan Rahmah & Gerai Nostalgia

🀝 Penyampaian Perkhidmatan, Konsultasi & Rujukan Bantuan

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Permainan & Aktiviti Keluarga

🍴 Pelbagai Makanan & Minuman

πŸ›οΈ Pameran Agensi & Komuniti

πŸ“Έ Spot Foto & Pojok Nostalgia

❀️ Saringan Kesihatan & Aktiviti Kesihatan

πŸ“… 10 OKTOBER 2026 | SABTU

⏰ 7.00 PAGI – 2.00 PETANG

πŸ“ DEWAN KOMUNITI FELDA SOEHARTO, HULU SELANGOR

Bawa keluarga dan sahabat, nikmati pelbagai aktiviti serta luangkan masa bersama komuniti dalam suasana ceria, sihat dan penuh nostalgia. ❀️

Semua ini adalah sebahagian daripada Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) FELDA 2026, dengan aspirasi untuk memperkukuh komuniti dan membina generasi yang bebas daripada dadah.

🌱 Komuniti Berdaya, Generasi Bebas Dadah.







09/10/2026

Ada tak di antara kita yang rasa macam dah lama tak dapat tidur yang betul-betul lena dan berkualiti.

Dari sudut gambar ini, nampak sangat selesa, kan? Itulah perasaan bila kita berjaya bebaskan diri daripada segala gangguan luar dan fokus pada kesejahteraan diri. Tak ada yang lebih nikmat daripada dapat tidur yang lena dengan akal fikiran yang tenang.

Jadi, hargai diri kita. Pilih untuk hidup dengan lebih tenang, lebih sedar, dan lebih bahagia. Ketenangan sejati bermula daripada keputusan kecil yang kita buat setiap hari.

Kain satin lipat di peti,
Buat hantaran si anak dara;
Hargai waktu jaga peribadi,
Barulah hidup aman sejahtera.

Kalau anda ada masalah dadah, hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



08/10/2026
08/10/2026

🌸 ACARA KHAS WANITA β€” AYUH SERLAHKAN KREATIVITI! 🌸

Sempena Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) FELDA 2026, para wanita dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Acara Khas Wanita dengan pelbagai aktiviti kreatif dan santai. ❀️

🌺 Gubahan Bunga / Tuala
🌿 Anyaman Ketupat
🎨 Canting Batik – Kategori Dewasa

Bukan sekadar pertandingan, aktiviti ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi kemahiran dan mencipta pengalaman bermakna bersama komuniti. 🌷

πŸ“… 10 OKTOBER 2026 | SABTU

⏰ 7.00 PAGI – 2.00 PETANG

πŸ“ DEWAN KOMUNITI FELDA SOEHARTO, HULU SELANGOR

Jom luangkan masa bersama komuniti, serlahkan kreativiti dan sama-sama menyokong usaha membina keluarga sejahtera, komuniti berdaya dan generasi bebas dadah. πŸ’œ

πŸš«πŸ’Š Bersama kita perkukuhkan komuniti, bersama kita cegah dadah.







Address

KM 14. 5
Jalan Besar
45500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332691007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Kuala Selangor:

Shortcuts

Share