SWCorp Melaka

SWCorp Melaka Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka

17/08/2026
17/08/2026

⏳ 2 hari lagi, kita raikan mereka. 🧹✨

Ada insan yang mungkin tidak kita kenali namanya,
namun setiap hari, hasil kerja dan jasa mereka kita rasai.

Mereka hadir ketika kita belum memulakan hari,
bekerja ketika kita sedang sibuk dengan urusan sendiri,
dan terus memastikan persekitaran yang kita kongsi kekal bersih dan selesa.

Tidak semua jasa terlihat, tetapi setiap ruang yang bersih menjadi bukti kepada bakti mereka.

❤️ 2 hari lagi sebelum kita meraikan wira-wira kebersihan yang tidak pernah jemu berbakti.

Saksikan Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 secara langsung di Facebook SWCorp pada 18 Ogos 2026.

Kerana di sebalik setiap persekitaran yang bersih,
ada tangan yang bekerja dan insan yang berjasa.

15/08/2026
13/08/2026

Ini baja organik terbaik untuk pokok-pokok anda! Kalau anda ada tanam sayur atau pokok bunga di rumah, jangan lupa untuk buat baja kulit pisang ni.

Ia kaya dengan kalium, magnesium, fosforus dan kalsium, yang akan membuatkan tanaman anda hidup dengan lebih subur dan sihat.

Bukan sahaja anda menjimatkan duit, anda juga menjadikan sisa makanan anda tidak dibuang dengan sewenang-wenangnya untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Penting untuk kita kurangkan pembaziran makanan kerana ia bukan sahaja membazirkan duit, malah turut memenuhi tapak pelupusan sampah dan mereput sehingga menghasilkan gas rumah hijau seperti metana dan karbon dioksida yang mempercepatkan perubahan iklim global.

Jadi ingat, setiap kali anda ingin membuang sisa makanan, ingat kesannya kepada bumi kita. Perbuatannya nampak kecil, tetapi besar impaknya.

13/08/2026
13/08/2026

Jangan main-main dengan kesalahan membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan; silap hari bulan, anda mungkin akan didakwa di mahkamah dan berdepan hukuman berat!

Melalui Akta 672 yang diwartakan pada 2007, hukuman berat menanti pesalah yang memulakan tapak pelupusan sampah haram.

Hukuman ini termasuklah hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000, penjara tidak kurang dari 6 bulan sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jadi, jika ada tapak pelupusan sampah haram di kawasan anda, segera adukan kepada pihak kami untuk tindakan lanjut.

Ingat, kebersihan di kawasan kita bermula dengan sikap tanggung jawab dalam diri setiap penduduk. Setiap tindakan kecil kita mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar.

11 Ogos 2026 – SWCorp Negeri Melaka telah mengadakan Ceramah Pengurusan Sisa Pepejal dan Perintah Khidmat Masyarakat (PK...
12/08/2026

11 Ogos 2026 – SWCorp Negeri Melaka telah mengadakan Ceramah Pengurusan Sisa Pepejal dan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di SK Lesung Batu. Program turut melibatkan Bengkel Upcycling Pembuatan Lilin Wangi daripada Minyak Masak Terpakai bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap amalan pengurusan sisa yang lestari serta kepentingan kitar semula.

Program ini diharapkan dapat memupuk budaya penjagaan kebersihan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan generasi muda, selaras dengan usaha membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal.





11/08/2026

Address

Tingkat 7, Bangunan Graha Maju
Jalan Hang Tuah
75300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share