Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur

Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Persatuan Suri dan Pegawai Wanita Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur

🌸 Buat Anak-Anak PERISMA ABPM Wilayah Timur 🌸“Belajarlah dengan bersungguh-sungguh,jawab dengan tenang, berdoa dan berta...
16/08/2026

🌸 Buat Anak-Anak PERISMA ABPM Wilayah Timur 🌸

“Belajarlah dengan bersungguh-sungguh,
jawab dengan tenang, berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Usaha yang ikhlas pasti membuahkan hasil.
Percayalah pada diri sendiri dan jangan mudah berputus asa.
Semoga dipermudahkan setiap urusan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik.
Kalian hebat, kalian boleh! 💪🏻❤️”

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan KAFA.
Doa kami sentiasa mengiringi anak-anak. 🌷

Usaha • Doa • Tawakal • Berjaya ✨

02/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Takziah.

YAS Dato’ / YS Dato’ / YS Datu / YS Tuan / Tuan,

TARIKH: 2 Ogos 2026 (Ahad)

PERKARA: PEMAKLUMAN KEMATIAN BAPA

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Puan Wan Nur Zawahir binti Wan Abdul Wahab Pengerusi PERISMA Abpm Wilayah Timur, isteri kepada YBrs. Komandan, telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.47 pagi, 2 Ogos 2026 (Ahad).

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah..

ِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّالِّينَ

آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Sekian, untuk makluman.

🎳 LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN TENPIN BOLING PERISMA TERENGGANU 2026 🎳Alhamdulillah, pada 27 Jun 2026 (Sabtu), PERISM...
08/07/2026

🎳 LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN TENPIN BOLING PERISMA TERENGGANU 2026 🎳

Alhamdulillah, pada 27 Jun 2026 (Sabtu), PERISMA ABPM Wilayah Timur telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling PERISMA Terengganu 2026 yang berlangsung di Bowling Kijal, bermula pada jam 9.30 pagi.

Penyertaan daripada PERISMA ABPM Wilayah Timur terdiri daripada 3 orang pemain (trio), 2 orang pemain simpanan dan 2 orang penyokong. Kehadiran kontinjen ini bukan sahaja menyahut jemputan daripada PERISMA Terengganu, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta mengukuhkan kerjasama antara ahli-ahli PERISMA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penyokong serta pihak yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi pada masa akan datang.

“Sihat Itu Saya.” 💪🌸
&multimedia

24/06/2026
Perisma Abpm Sihat & Cergas..Bermula pada bulan Mei yang lepas telah diadakan aktiviti senamrobik setiap pagi Jumaat puk...
24/06/2026

Perisma Abpm Sihat & Cergas..
Bermula pada bulan Mei yang lepas telah diadakan aktiviti senamrobik setiap pagi Jumaat pukul 7:30 pagi bertempat di fover B khas untuk ahli perisma Abpm Wilayah Timur.Penyertaan yang memberangsangkan dan diharapkan akan lebih ramai lagi akan meluangkan masa.Diharapkan dengan aktiviti ini kita dapat lebih sihat & cergas disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Terima kasih
Biro Sukan,Rekreasi & Multimedia.

🌟 *KEMBARA INSPIRASI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) 2026* 🌟Seramai *41 orang peserta* telah menjayakan program ini dengan bimbi...
06/06/2026

🌟 *KEMBARA INSPIRASI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) 2026* 🌟

Seramai *41 orang peserta* telah menjayakan program ini dengan bimbingan *20 orang fasilitator* daripada Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial UniSZA (PMKS). Program anjuran *Biro Pendidikan dan Keagamaan PERISMA ABPM Wilayah Timur* ini bertujuan membuka minda dan menyuntik semangat pelajar untuk ke menara gading.

Sepanjang program, peserta berpeluang meneroka kampus UniSZA termasuk:
📍 Perpustakaan Al-Wathiqu Billah
📍 Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
📍 Balai Cerap KUSZA

Pengalaman berinteraksi dengan mahasiswa dan merasai sendiri suasana kampus ini diharapkan dapat memberi inspirasi serta motivasi kepada peserta untuk menetapkan matlamat dan mengejar cita-cita demi masa hadapan yang gemilang! 💪🎓

✨ *Membuka Minda, Mencetus Inspirasi, Melakar Masa Hadapan.*




PROGRAM LDK/KEM JATI DIRI AJK PERISMA ABPM WILAYAH TIMURPada Sabtu, 9 Mei 2026, telah berlangsung Program LDK/Kem Jati D...
30/05/2026

PROGRAM LDK/KEM JATI DIRI AJK PERISMA ABPM WILAYAH TIMUR

Pada Sabtu, 9 Mei 2026, telah berlangsung Program LDK/Kem Jati Diri AJK Perisma ABPM Wilayah Timur di bawah pengurusan Majlis Tertinggi Perisma.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh jati diri, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perisma ABPM Wilayah Timur bagi sesi 2026–2028.

Aktiviti pertama telah berlangsung di Foyer B bermula pada pukul 7.30 pagi. Para peserta mengikuti sesi senamrobik dan permainan berkump**an oleh Puan Azila Binti Abdul Wahab yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam kalangan peserta.

Seterusnya, selepas berehat seketika untuk sarapan pagi yang diuruskan oleh Puan Nurul Farhana Atila Binti Zulkipli selaku Biro Keusahawanan,Sajian dan Logistik program diteruskan di Perpustakaan ABPM Wilayah Timur. Pengerusi Perisma ABPM Wilayah Timur, Puan Wan Nur Zawahir binti Wan Abd Wahab, telah menyampaikan taklimat tadbir urus organisasi yang memberi penekanan kepada penyelarasan gerak kerja yang lebih sistematik, teratur dan profesional.

Selain itu, Setiausaha Perisma, Puan Norliza Binti Isa telah membentangkan penyediaan laporan aktiviti dan kertas kerja bagi setiap biro sebagai panduan dalam memastikan perancangan serta pelaksanaan program dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan terancang.

Turut diadakan ialah pembentangan belanjawan oleh Bendahari Perisma, Cik Intan Norhafiza Binti Wan Ibrahim, yang menerangkan aspek pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan organisasi.

Bagi melengkapkan program, Majlis Tertinggi Perisma telah menjemput seorang peguam dan pendakwah bertauliah, Encik Nizam bin Amin atau lebih dikenali sebagai PokJang, untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan Wanita Mencorak Komuniti Gemilang”. Ceramah tersebut telah memberikan inspirasi dan pendedahan kepada para peserta mengenai peranan penting wanita dalam membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdaya saing.

Program ini berakhir dengan jayanya pada pukul 1.00 tengah hari dan diakhiri dengan sesi makan tengah hari bersama-sama. Kehadiran peserta amat memberangsangkan dengan penglibatan penuh daripada barisan AJK Perisma ABPM Wilayah Timur sesi 2026–2028.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan barisan kepimpinan Perisma yang lebih berwibawa, berintegriti dan komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sur...
15/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua suri-suri yang sudi meluangkan masa dan hadir ke Majlis Bacaan Yassin anjuran Perisma ABPM Wilayah Timur untuk anak-anak menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada hari ini 15/5/2026 (Jumaat)jam 3 petang,bertempat di Surau Komuniti ABPM Wilayah Timur.

Kehadiran serta kerjasama yang diberikan amat bermakna dan sangat dihargai dalam memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Semoga segala doa, bacaan dan amal yang dikongsikan bersama mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua akan terus erat dan berkekalan. Terima kasih sekali lagi atas kehadiran dan sokongan yang diberikan 🤍

*Intipati tazkirah ustazah*

*Tajuk : Hikmah istighfar.*

Dua perkara pegang dlm hidup iaitu istighfar dan selawat.
Paling kurang istighfar 1000 kali.
Amalkan Istighfar dengan bahasa sendiri supaya lebih khusyuk dan terkesan ke dalam hati.
Cara nk istiqomah istighfar, ingat lah hidup selepas mati, bagaimana kita terpaksa tgu 500 ribu tahun di padang mahsyar dan menghadapi tanpa amalan istighfar.

Ibu2 bentuk anak2 dengan melazimi
1. tahajjud
2. baca Quran
3. amalan surah alam nasyrah sebelum keluar rumah. Seeloknya doa nabi Musa as. (robbi inni Iman anzalta fi khairin fakir) 5 kali,
4. jaga pemakanan anak2,
5. jaga anak2 dari gajet.

Sematkan dalam hati dalam-dalam..“Meninggi jangan sampai lupa diri, Merendah jangan sampai hilang maruah”Alhamdullilah,S...
05/04/2026

Sematkan dalam hati dalam-dalam..
“Meninggi jangan sampai lupa diri,
Merendah jangan sampai hilang maruah”

Alhamdullilah,Sedikit perkongsian dari dua panel forum bicara “Keluarga Bahagia dan Sejahtera”yang berlangsung pada 3 April 2026 (Jumaat) anjuran
IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-5 DAN HIMPUNAN ALAM MELAYU 2026.

Panel 1: Ustaz Mohd Syed Norshisyam
bin Tuan Padang Al Idrus (Malaysia)
Panel 2: Ustazah Lateefah Kasamasu
(Pattani, Thailand)

Diantara intipati bicara yang banyak menekankan tentang peranan seorang isteri dan ibu yang tidak bekerja.

Seorang isteri dan ibu walaupun tidak bekerja dan berpendidikan tinggi dapat membimbing dan melahirkan anak-anak yg berjaya.

Suami dan anak-anak haruslah menjaga perasaan serta emosi isteri dan ibu kerana isteri dan ibu
adalah tunjang emosi rumah tangga. Apabila isteri bahagia dan emosinya stabil, dia akan menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dengan lebih baik, sekali gus mewujudkan suasana keluarga yang harmoni,tenang dan ceria.

Walaupun dalam kesibukan seorang bapa harus dalam satu hari terapkan agar satu keluarga dapat makan bersama-sama,agar anak-anak dapat merasai kasih sayang dan sikap ambil berat seorang bapa.

Begitu juga dengan syurga,sejauh mana kita ingin kan syurga?Sedang kan ada hadis yang mengatakan bahawa semua dari kita akan dapat memasuki syurga kecuali pada mereka yang enggan.

-Cubalah dalam tempoh 24 jam apa yang berlaku dalam kehidupan kita seperti panas,hujan @ ada perkara yang kita rancang tak berjaya elakkan untuk tidak merengus @ merungut serta memaki hamun.

“Jadilah seperti lebah
Matanya hanya nampak bunga bunga yang cantik
untuk dihinggapi”
“JANGAN seperti mata lalat yang mata nya hanya
mencari benda benda yang kotor.”

Dikongsi juga doa dari surah Nabi Ibrahim AS ayat ke-40 agar keluarga menunaikan solat iaitu..

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
Rumi: Rabbij ‘alnii muqiimas Salaati wa min zurriyyatii Rabbanaa wa taqabbal du’aaa’

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Aamiin..Aamiin Ya Rabbal Alamin.

🕌Salam Nuzul Al Quran🕌Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.1. Al-Quran diturunkan k...
08/03/2026

🕌Salam Nuzul Al Quran🕌

Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.

1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.

3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.

4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.

5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.

6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.

7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.

8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
• Surah Al‑Baqarah (Lembu)
• Surah An‑Nahl (Lebah)
• Surah An‑Naml (Semut)
• Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
• Surah Al‑Fil (Gajah)

9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.

10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.

Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali.

Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.

11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
• Dunia = 115 kali
• Akhirat = 115 kali

• Malaikat = 88 kali
• Syaitan = 88 kali

• Hidup = 145 kali
• Mati = 145 kali

• Lelaki = 24 kali
• Wanita = 24 kali

Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.

12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.

13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.

14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.

15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
• langit
• gunung
• laut
• embriologi
• kitaran hujan

16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) p**a muncul 12 kali.

17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.

18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.

19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk.

20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.

21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.

22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.

23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"

24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.

25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)

---------------

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.

Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."

Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.

Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.

Semoga kita dikurniakan keberkatannya.

- 17 Ramadan 1447H

Address

KM 24
Jalan Kuala Berang
21040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share