SRA Al-Islamiah Jalan Kuchai Lama

SRA Al-Islamiah Jalan Kuchai Lama Maklumat Sekolah
Program/Aktiviti Sekolah
Isu-isu terkini berkenaan sekolah

31/05/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SESI 2027

Bahagian Pelajaran JAWI akan membuka Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi sesi 2027.

Tarikh Permohonan: 1 Jun hingga 30 Jun 2026

Cara Pendaftaran: Secara atas talian (Imbas Kod QR yang tertera bermula 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026).
- Laman Web JAWI
- Facebook JAWI
- Facebook Sekolah
- Kain Rentang (di sekolah)

Link pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebx2x60xH8o1WbqEGF8nyisMjKOGZlNU7Avt3EY9ielmqaZA/viewform

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 6 tahun (lahir pada 2 Jan 2021 - 1 Jan 2022) atau
- Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 - 1 Jan 2021)
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan

Tempat adalah terhad.
Harap maklum.





SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌹Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Hari Guru Peringkat ...
23/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌹

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2026 anjuran warga SRA Al-Islamiah pada 21 Mei 2026 bertempat di dewan sekolah.

Majlis dimulakan dengan ketibaan guru-guru ke dalam dewan dengan paluan kompang dan iringan muzik sebelum diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan Guru Besar, serta bacaan Ikrar Guru dan Lagu Guru Malaysia.

Pada tahun ini, sambutan bertambah meriah dengan tema pakaian guru iaitu “Pakaian Kampung” yang menampilkan suasana tradisional, santai dan penuh nostalgia kehidupan kampung. Barisan guru tampil segak dan anggun dengan pakaian bertemakan kampung yang menceriakan lagi sambutan Hari Guru pada kali ini.

Sambutan diteruskan dengan pelbagai persembahan menarik daripada wakil murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang berjaya menceriakan suasana majlis. Selain itu, aktiviti interaktif seperti “Teka Gambar Guru” dan “Kotak Misteri” turut mendapat sambutan yang sangat meriah daripada murid-murid dan guru-guru.

Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah khas buat guru-guru serta tayangan video penghargaan wakil murid setiap kelas sebagai tanda penghormatan atas jasa dan pengorbanan para pendidik.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan sambutan pada tahun ini.

“Guru Bitara Nadi Negara”




🎓 PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA CALON UPKK & UPSRA TAHUN 2026 🎓Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Per...
11/05/2026

🎓 PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA CALON UPKK & UPSRA TAHUN 2026 🎓

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Perjumpaan Ibu Bapa Calon UPKK & UPSRA Tahun 2026 bertempat di Dewan SRA Al-Islamiah pada 09 Mei 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak khususnya bagi menghadapi peperiksaan UPKK dan UPSRA Tahun 2026.

Terima kasih juga kepada barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

🤝 “Kerjasama Ibu Bapa Pemangkin Kejayaan Anak-Anak”




✨ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 ✨SRA Al-IslamiahAlhamdulillah, pada 07 April 2026 (Selasa) yang lalu, SRA Al-Islami...
08/04/2026

✨ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 ✨
SRA Al-Islamiah

Alhamdulillah, pada 07 April 2026 (Selasa) yang lalu, SRA Al-Islamiah telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah dan bermakna.

Program ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan hari raya, persembahan murid serta suasana ukhuwah yang dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid. Keceriaan jelas terpancar melalui senyuman dan kegembiraan semua warga sekolah yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, guru-guru serta murid-murid yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga sambutan ini dapat menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta mengukuhkan lagi silaturrahim dalam kalangan warga SRA Al-Islamiah.

📸 Berikut merupakan antara momen indah sepanjang program berlangsung.




Suasana sepanjang Program Hari Apresiasi Murid Dan Majlis Khatam Al-Quran 2024.
18/01/2025

Suasana sepanjang Program Hari Apresiasi Murid Dan Majlis Khatam Al-Quran 2024.

Tarikh : 14 Januari 2025Hari : SelasaTempat : Dewan SRA AL-ISLAMIAH  &MajlisKhatamAl-Quran2024Alhamdulillah selesai majl...
18/01/2025

Tarikh : 14 Januari 2025
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SRA AL-ISLAMIAH
&MajlisKhatamAl-Quran2024

Alhamdulillah selesai majlis terakhir sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2024/2025.
Terima kasih kepada Encik Syafiq Yap Chee Hoe Bin Abdullah, Penolong pengarah bahagian pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI sudi hadir merasmikan program Hari Apresiasi Murid Dan Majlis Khatam Al-Quran 2024 SRA Al-Islamiah Jalan Kuchai Lama

Tarikh : 14 Januari 2025Hari : SelasaTempat : Dewan SRA AL-ISLAMIAH  &MajlisKhatamAl-Quran2024Alhamdulillah selesai majl...
18/01/2025

Tarikh : 14 Januari 2025
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SRA AL-ISLAMIAH
&MajlisKhatamAl-Quran2024

Alhamdulillah selesai majlis terakhir sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2024/2025.
Terima kasih kepada Encik Syafiq Yap Chee Hoe Bin Abdullah, Penolong pengarah bahagian pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI sudi hadir merasmikan program di sekolah ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih juga kepada wakil ajk Surau Nurul Hidayah, Kuchai Lama iaitu Hj Ramli Dan Encik Jamil di atas kesudian hadir ke program ini.

Tahniah kepada murid-murid SRA Al-Islamiah Jalan Kuchai Lama yang telah berjaya menerima anugerah-anugerah..Tidak lupa juga kepada ibubapa/penjaga yang sudi hadir meraikan anak-anak pada hari penting ini..

Syabas kepada guru-guru Dan kakitangan SRA AL-ISLAMIAH di atas kerjasama Dan usahama dalam menjayakan program ini..

Address

Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park
Jalan Kuchai Lama
58200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Al-Islamiah Jalan Kuchai Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share