Pemuda PAS Malaysia

Pemuda PAS Malaysia Page rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Page rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
- https://www.facebook.com/paspusat

Page rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat
- https://www.facebook.com/dewanulamakpas

Page rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia
- https://www.facebook.com/DPPMalaysia

Page rasmi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
- https://www.facebook.com/dmppusat

Mendoakan agar pembedahan YB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, berjalan dengan sempurna...
03/08/2026

Mendoakan agar pembedahan YB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, berjalan dengan sempurna.

"Ya Allah, sembuhkanlah orang sakit di kalangan kami dan afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami."

Kredit gambar: Oh My Media

Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Haji Ismail Bin Haji Lasim atas pelantika...
02/08/2026

Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Haji Ismail Bin Haji Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga pelantikan ini menjadi titik permulaan kepada sebuah kepimpinan yang amanah, berintegriti dan berpaksikan kebajikan rakyat.

Kami turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB dalam memikul amanah yang besar ini serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

Selamat menjalankan amanah. Semoga Negeri Sembilan terus maju, sejahtera dan diberkati Allah SWT.

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN
01/08/2026

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya.

"KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Safar 1448 / 1 Ogos 2026

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahk...
01/08/2026

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahkan formula penyatuan ini menumbangkan dua gergasi utama PH.

Terima kasih Ayah Chik atas bimbingan ini. Insya-Allah kami barisan Pemuda PAS akan terus mengikat penyatuan ummah ini ke hadapan. Kita akan teruskan misi penyatuan ini sehingga kebenaran kembali tertegak, kuasa politik kembali diperteguh.

Misi ke hadapan adalah demi negara tercinta, insya-Allah. Terima kasih warga Nogori. Tahniah kepada wakil rakyat yang diberikan mandat. Ingatlah bahawa amanah ini akan dipersoalkan kelak, jangan sesekali dipersiakannya.

YB Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

01/08/2026

Bila wartawan tanya, apa punca kemenangan PN & BN.

Tan Sri Presiden PAS jawab ;
1. Kemenangan daripada Allah.
2. Kesatuan orang2 Melayu.
3. Penyatuan ini akan diteruskan sampai ke seluruh Negara.

Inilah yang diajar kepada kami, Menang tak megah, kalah tak rebah.

Kita akan terus berjuang, bersama rakyat di Negara ini, menolak DAP & PH. Membina semula Negara ini lebih baik hasil penyatuan orang-orang Melayu Islam.

Allahu Akbar!


Ketibaan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyemarakkan lagi suasana di KOMPAS Negeri Sembilan malam ini!Belia...
01/08/2026

Ketibaan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyemarakkan lagi suasana di KOMPAS Negeri Sembilan malam ini!

Beliau disambut dengan penuh semangat oleh pimpinan dan seluruh jentera, sekali gus menyuntik kekuatan kepada mereka yang telah berjuang tanpa mengenal penat sepanjang tempoh kempen.

Keputusan awal yang diterima ketika ini cukup memberangsangkan.

Teruskan berdoa.Insya-Allah, Negeri Sembilan sedang melangkah menuju masa depan yang lebih baik!

01/08/2026

“Kemenangan di Negeri Sembilan merupakan pencetus kemenangan di seluruh negara..”
- Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS

Ini adalah “Gelombang Rakyat”. Amanah yang harus dilunaskan.
01/08/2026

Ini adalah “Gelombang Rakyat”.

Amanah yang harus dilunaskan.


01/08/2026

26?

01/08/2026

Linggi dan Chennah. Kerusi tumpuan.
Kedua-duanya PH ketinggalan.

Address

No. 318-A
Jalan Raja Laut
50350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Malaysia:

Shortcuts

Share