Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri

Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Official page of Sarawak Regional Office, Ministry of Foreign Affairs Malaysia.

MENGERATKAN SILATURAHIM SERANTAU: MALAM HARMONI KEMERDEKAAN Pejabat Wilayah Sarawak (PWS) merakamkan setinggi-tinggi pen...
10/08/2026

MENGERATKAN SILATURAHIM SERANTAU: MALAM HARMONI KEMERDEKAAN

Pejabat Wilayah Sarawak (PWS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Kuching atas kesudian undangan ke Malam Harmoni Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-81 Kemerdekaan Republik Indonesia, baru-baru ini.
Kehadiran PWS telah diwakili oleh Ambassador Hendy Assan, Pengarah PWS ke majlis tersebut. Majlis sambutan tersebut membuktikan bahawa seni dan budaya mampu menjadi medium harmoni yang menyatukan masyarakat Nusantara merentas sempadan negara khususnya antara Republik Indonesia, Kerajaan Sarawak (Malaysia), dan Brunei Darussalam.

Kekayaan warisan yang diketengahkan, bermula daripada alunan Angklung dan kelembutan Tari Golek Widyaningtyas, hinggalah ke pertunjukan fesyen batik dan kebaya. Acara paling manis pastinya apabila semua hadirin bersatu suara menyanyikan lagu rakyat Sarawak, Bekikis Bulu Betis di penghujung acara dalam suasana yang penuh muhibah!

Semoga ikatan persahabatan dan semangat kesepakatan menerusi diplomasi budaya di rantau Borneo ini akan terus subur dan berkekalan.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-81 Kemerdekaan, Republik Indonesia! Dirgahayu Indonesia! ✨

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI REPUBLIK INDONESIA KE ASTANA NEGERI SARAWAK KUCHING, 3 Ogos 2026 – Pengarah Pejabat Wilayah Sa...
10/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI REPUBLIK INDONESIA KE ASTANA NEGERI SARAWAK

KUCHING, 3 Ogos 2026 – Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak (PWS), Ambassador Hendy Assan, turut hadir dalam satu kunjungan menghadap oleh delegasi Republik Indonesia yang diketuai oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (H.E.) Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo, ke atas Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Fauziah binti Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan muhibah itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama strategik antara Sarawak dan Republik Indonesia dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

Semoga hubungan erat serumpun ini terus membawa manfaat kepada rakyat di kedua-dua wilayah!

📸: Astana Sarawak

KUNJUNGAN MENGHADAP PENGARAH PEJABAT WILAYAH SARAWAK, KEMENTERIAN LUAR NEGERI KE ATAS TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKK...
10/08/2026

KUNJUNGAN MENGHADAP PENGARAH PEJABAT WILAYAH SARAWAK, KEMENTERIAN LUAR NEGERI KE ATAS TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

KUCHING, 3 Ogos 2026 – Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri yang baharu, Ambassador Hendy Assan, telah mengadakan satu kunjungan menghadap ke atas Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak.

Kunjungan rasmi tersebut bertujuan untuk memperkenalkan Ambassador Hendy Assan secara rasmi susulan pelantikan beliau untuk menerajui Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri.

Dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai peranan dan fungsi perwakilan Kementerian Luar Negeri di peringkat Wilayah. Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, terutamanya dalam aspek hal ehwal luar negeri serta pengukuhan hubungan diplomatik.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kementerian untuk menyokong agenda pembangunan Sarawak, di samping memperluaskan jaringan hubungan negeri ini dengan komuniti antarabangsa.

Pada akhir pertemuan, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri telah berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Hendy Assan atas pelantikan tersebut. Beliau turut menyatakan harapan agar sinergi dan hubungan kerjasama yang erat antara Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan Sarawak akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

Sumber dan Kredit Foto: Astana Sarawak

18/05/2026
27/01/2026

The Director of the Sarawak Regional Office, Ministry of Foreign Affairs Malaysia, was present at the farewell call by H.E. Ambassador Edgard D. Kagan, Ambassador of the United States of America to Malaysia, on TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Governor of Sarawak, and his wife, YBhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi on 26 January 2026 at Kesuma Resort, Kuching. The Ambassador commended TYT for his friendship and invaluable guidance, strengthening Sarawak-US ties.

Another assignment in the afternoon marked a full day of official engagements to kick off 2026. Following the morning au...
20/01/2026

Another assignment in the afternoon marked a full day of official engagements to kick off 2026. Following the morning audience with Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, H.E Ambassador Dato’ Fenny Nuli was present at the courtesy call on YAB Premier Sarawak by H.E High Commissioner of Singapore to Malaysia.

The meeting reflected the ongoing cordiality and constructive engagement between Sarawak and Singapore.

Kicking off 2026 on a meaningful note.Her Excellency Ambassador Dato Fenny Nuli, Director of the Sarawak Regional Office...
20/01/2026

Kicking off 2026 on a meaningful note.

Her Excellency Ambassador Dato Fenny Nuli, Director of the Sarawak Regional Office, Ministry of Foreign Affairs Malaysia, covered the audience graciously granted by Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, together with YAB Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, to His Excellency Vanu Gopala Menon, High Commissioner of Singapore to Malaysia.

The cordial exchange reaffirmed the strong spirit of friendship, mutual respect, and continued cooperation.

25/12/2025
25/12/2025

❄️ApaKhabar!
RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Wisma Putra, sama ada di tanah air mahupun di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia, mengucapkan Selamat Hari Krismas buat semua yang meraikannya. Semoga musim perayaan ini dirai dalam suasana kebersamaan, keterangkuman dan nilai sejagat yang terus menyatukan kita🌺

🇲🇾 🎄🌐
______________________________________

✓ From the Higher Management and the entire Wisma Putra family, both at home and across Malaysian Missions worldwide, we extend our warm Christmas greetings to all who celebrate. May this festive season be celebrated in the spirit of togetherness, inclusivity and shared values that bring us closer🌺

🇲🇾 🎄🌐

25/12/2025

Address

Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 11:30
14:15 - 16:00

Telephone

+6082236146

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri:

Shortcuts

Share