Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

MAJLIS PERASMIAN KAMPUNG ANGKAT SKUAD CAKNA UBAT: KAMPUNGKU CELIK UBAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2026๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)๐Ÿ•˜ ...
15/08/2026

MAJLIS PERASMIAN KAMPUNG ANGKAT SKUAD CAKNA UBAT: KAMPUNGKU CELIK UBAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2026

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 7.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Dataran Ayah Sor, Kampung Bukit Mentok

Anjuran: Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNT, Unit Farmasi PKD Kemaman, & Jabatan Farmasi Hospital Kemaman dengan kerjasama Komuniti Kg Bukit Mentok & Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Terengganu

Skuad Cakna Ubat terus melangkah ke hadapan dengan iltizam memberdayakan komuniti melalui inisiatif Kampungku Celik Ubat, apabila Daerah Kemaman menjadi daerah terbaharu yang mempunyai kampung model celik ubat. Kampung Bukit Mentok diangkat sebagai Kampung Angkat Skuad Cakna Ubat ke-7 di negeri ini ke arah menjayakan visi Terengganuku Celik Ubat.

Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, diiringi oleh Pn Ruzita binti Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Tuan Haji Ahmad Nazwawi Bin Harun, Pegawai Daerah Kemaman, Dr. Mohd Shafik Bin Abd Majid, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman dan En. Mohd Rushdi Bin Othman, Pengerusi JPKK Kg Bukit Mentok.

โœจ Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya:

๐Ÿ’ฌ Bual Bicara โ€œAnda Tanya, Farmasi Jawabโ€
๐Ÿฉบ Saringan Kesihatan
๐Ÿ’Š Pameran Farmasi
๐Ÿข Pameran Pelbagai Agensi
๐Ÿฆท Pameran Pergigian
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
๐ŸฅปBusana Kreatif Kemerdekaan
๐Ÿ’ŠTeka Bilangan Kapsul
๐ŸŽฏ Permainan Tradisional
๐ŸŒด Demonstrasi Anyaman Tikar & Atap Nipah
๐Ÿฅพ Hiking Santai โ€œIlmu Ubat Sampaiโ€
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
๐Ÿฅ— Pertandingan Gubahan Sayuran
โ™ป๏ธ Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
๐Ÿ›’ Gerai Jualan
๐Ÿ›’Jualan Rahmah

Program ini mendapat sambutan yang luar biasa apabila menerima kunjungan lebih 500 peserta yang mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Sokongan padu penduduk setempat serta pimpinan komuniti Kg Bukit Mentok bersama pasukan JK Penggerak Kampungku Celik Ubat dan Duta Kenali Ubat Anda turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik & penaja. Semoga usaha bersama ini dapat memberikan manfaat kepada semua penduduk Kg Bukit Mentok dan kampung sekitar.






๐Ÿ“ฃ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JOM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN KAMPUNG ANGKAT SKUAD CAKNA UBAT โ€“ KAMPUNGKU CELIK UBAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2026! ๐Ÿ’š๐ŸŽ‰ ...
13/08/2026

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JOM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN KAMPUNG ANGKAT SKUAD CAKNA UBAT โ€“ KAMPUNGKU CELIK UBAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2026! ๐Ÿ’š

๐ŸŽ‰ Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Perasmian Kampung Angkat Skuad Cakna Ubat โ€“ Kampungku Celik Ubat Daerah Kemaman Tahun 2026 anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu, Jabatan Farmasi Hospital Kemaman dan Unit Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Mentok serta Persatuan Farmasi Malaysia Terengganu yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 7.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Dataran Ayah Sor, Kg Bukit Mentok, Kemaman

โœจ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

๐Ÿ’ฌ Bual Bicara โ€œAnda Tanya, Farmasi Jawabโ€
๐Ÿฉบ Saringan Kesihatan
๐Ÿ’Š Pameran Farmasi
๐Ÿข Pameran Pelbagai Agensi
๐Ÿฆท Pameran Pergigian
๐ŸŽฏ Permainan Tradisional
๐ŸŒด Demonstrasi Anyaman Tikar & Atap Nipah
๐Ÿฅพ Hiking Santai โ€œIlmu Ubat Sampaiโ€
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
๐Ÿฅ— Pertandingan Gubahan Sayuran
โ™ป๏ธ Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
๐Ÿ›’ Jualan Rahmah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ANUGERAH PAKAIAN BERTEMAKAN KEMERDEKAAN PALING KREATIF!
๐Ÿ‘• Tampil dengan gaya paling kreatif dan bersemangat patriotik untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!

๐ŸŽ CABUTAN BERTUAH juga menanti para peserta dengan hadiah utama peti sejuk dua pintu, mesin basuh, freezer dan pelbagai lagi hadiah menarik!

๐Ÿ’š Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Datang beramai-ramai, sertai aktiviti yang disediakan dan sama-sama meriahkan program komuniti yang penuh dengan ilmu kesihatan, tradisi warisan dan kemeriahan!

๐Ÿ“ข Jumpa anda di Dataran Ayah Sor, Kg Bukit Mentok, Kemaman! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





11/08/2026

50 Tahun Penguatkuasaan Farmasi ๐Ÿ’Šโš–๏ธ

Lima dekad menabur bakti, menjaga amanah dan melindungi kesihatan rakyat. ๐Ÿค

Daripada langkah pertama hingga ke era digital, Penguatkuasaan Farmasi terus teguh melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan ubat, produk farmaseutikal dan kosmetik yang berada di pasaran adalah selamat, berkualiti dan mematuhi perundangan.

50 tahun bukan sekadar angka, tetapi sebuah perjalanan yang dipenuhi dedikasi, integriti, keberanian dan pengorbanan para warga penguatkuasaan farmasi.

Terima kasih kepada setiap insan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Dulu, kini dan selamanya โ€” demi kesihatan dan keselamatan rakyat.

Ubat suntikan kurus seperti Mounjaro merupakan ubat terkawal yang memerlukan konsultasi dan preskripsi daripada doktor b...
10/08/2026

Ubat suntikan kurus seperti Mounjaro merupakan ubat terkawal yang memerlukan konsultasi dan preskripsi daripada doktor bertauliah. Penggunaan tanpa pengawasan doktor merupakan salah guna yang boleh membawa padah kepada kesihatan, termasuk kematian.

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐‡๐€๐‘๐Œ๐€๐‚๐˜ ๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ (๐Œ๐ฒ๐๐ก๐ˆ๐’) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”4 Ogos 2026Bahagi...
04/08/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐‡๐€๐‘๐Œ๐€๐‚๐˜ ๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ (๐Œ๐ฒ๐๐ก๐ˆ๐’) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

4 Ogos 2026

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan Pasukan Projek Pharmacy Information System (MyPhIS) bagi mengadakan sesi libat urus bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ruzita binti Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Terengganu ini bertujuan mengukuhkan hubungan kolaborasi antara Pasukan Projek MyPhIS dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai pemegang taruh utama dalam memastikan pelaksanaan MyPhIS berjalan dengan lancar dan mampan.

Delegasi Pasukan Projek MyPhIS seramai 10 orang telah diketuai oleh:

โ€ข Puan Norazimah binti Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

โ€ข Encik Muhamad Azrul bin Ab Wahab, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM; dan

โ€ข Encik Mohd Zulkernain bin Mahmud, Pengurus, Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd.

Perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik, membincangkan isu serta cabaran pelaksanaan MyPhIS, dan mengenal pasti pendekatan penambahbaikan secara kolaboratif demi memastikan kelestarian sistem serta menyokong penyampaian perkhidmatan farmasi yang lebih cekap, berkualiti dan berteraskan pendigitalan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Projek MyPhIS atas kesudian mengadakan sesi libat urus ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan dalam merealisasikan transformasi digital perkhidmatan farmasi negara.

LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INSTITUT LATIHAN (KEJURURAWATAN) KKM (ILKKM) KUBANG KERIAN DA...
26/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INSTITUT LATIHAN (KEJURURAWATAN) KKM (ILKKM) KUBANG KERIAN DAN KUALA TERENGGANU KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI NEGERI TERENGGANU (BPFNT)

23 Julai 2026 - Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu telah menerima kunjungan daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kubang Kerian dan Kuala Terengganu bagi Lawatan Penanda Aras EKSA. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Puan Suhaida binti Hasan merangkap Jawatankuasa Pemandu EKSA ILKKM Kubang Kerian bersama-sama wakil anggota daripada ILKKM Kubang Kerian dan Kuala Terengganu seramai 17 orang.

Lawatan dimulai dengan sesi pembentangan Pelaksanaan EKSA DIY Zon Farmasi oleh Ketua Zon yang turut disertai oleh wakil Urus setia Induk EKSA DIY JKNT serta ahli jawatankuasa EKSA Zon Farmasi.

Seterusnya, lawatan diadakan ke ruang kerja Zon Farmasi yang melibatkan dua subzon untuk meninjau secara langsung pelaksanaan EKSA DIY di subzon tersebut.

Warga BPFNT mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil ILKKM Kubang Kerian dan Kuala Terengganu kerana sudi melawat Zon Farmasi JKNT. Diharapkan segala input yang disampaikan dapat dipraktikkan dengan sebaiknya di tempat masing-masing.

๐Ÿฅฃ *Program Jalinan Kasih BPFNT: Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura*25 Julai 2026Alhamdulillah, Program Jalinan Kasih Bah...
25/07/2026

๐Ÿฅฃ *Program Jalinan Kasih BPFNT: Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura*
25 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Jalinan Kasih Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu telah berjaya dilaksanakan di Homestay Raudhah, Kg. Banggol Binjai, Tepoh.

Program gotong-royong memasak Bubur Asyura yang berlangsung sejak semalam ini telah menghimpunkan lebih 30 anggota farmasi bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kemeriahan, semangat bekerjasama dan mengeratkan silaturahim.

Turut bersama sepanjang program ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Farmasi) yang berganding bahu bersama warga farmasi dalam setiap persiapan dan proses memasak Bubur Asyura. Kehadiran beliau mencerminkan semangat kebersamaan dan kepimpinan melalui teladan.

Terima kasih kepada semua anggota farmasi, ahli keluarga dan semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa serta komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti kebersamaan pada masa akan datang.

โœจ ๐€๐–๐€๐’! ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐Œ๐Š๐€๐!Beberapa produk kesihatan dan kosmetik telah dilarang jualan oleh Kementerian Kesihatan Malays...
30/06/2026

โœจ ๐€๐–๐€๐’! ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐Œ๐Š๐€๐!

Beberapa produk kesihatan dan kosmetik telah dilarang jualan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengandungi bahan berbahaya atau tidak berdaftar.

Produk ini telah dirampas di pasaran dan tidak dibenarkan dijual kepada orang ramai.

โœ… Sebelum membeli, semak status pendaftaran produk di laman rasmi NPRA untuk elak risiko kesihatan.

Senarai penuh produk yang diharamkan boleh dilihat di:

๐Ÿ‘‰ https://pharmacy.moh.gov.my/ms/apps/banned-product

๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐š๐ง๐๐š โ€” ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ!

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU๐Ÿ“… 28โ€“29 Jun 2026๐Ÿ“ Kompleks Ibu Tunggal Chendering...
29/06/2026

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

๐Ÿ“… 28โ€“29 Jun 2026
๐Ÿ“ Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu

Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada 28 hingga 29 Jun 2026 bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 orang anggota farmasi Negeri Terengganu dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan majlis rasmi, etika protokol, susunan keutamaan serta tatacara penganjuran majlis mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah memperoleh pelbagai ilmu dan pendedahan yang sangat bermanfaat melalui perkongsian oleh Puan Nurul Fatanah binti Kamarul Zahari, Penolong Pengarah Kanan M10, Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Penyampaian yang interaktif serta perkongsian pengalaman praktikal telah membantu peserta memahami aspek pengurusan majlis dan protokol dengan lebih jelas.

Selain sesi ceramah, para peserta turut terlibat dalam aktiviti simulasi pengurusan majlis rasmi dan protokol yang memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi sebenar. Aktiviti simulasi ini telah meningkatkan kefahaman peserta mengenai tatacara pengendalian majlis, susunan keutamaan serta peranan setiap jawatankuasa dalam memastikan kelancaran sesuatu majlis rasmi.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas serta menyumbang kepada peningkatan profesionalisme dan kualiti perkhidmatan.

Address

Tingkat 8, Menara Yayasan Islam
Jalan Sultan Omar
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share