APM Bintulu

APM Bintulu ANGKATAN PERTAHANAN AWAM BINTULU | Sebarang Kes Kecemasan Boleh Hubungi Terus Ke Talian-(086-318233)

11/11/2025

Kajang: Seramai 15,392 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedia digerakkan ke seluruh negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana Monsun Timur Laut (MTL) hingga 26 Mac 2026.

11/11/2025



KENYATAAN MEDIA : YAS TUAN MOHAMMAD ABIDDIN BIN ABD RAHMAN, KETUA PESURUHJAYA APM BAHARU

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menerima Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuatkuasa pada 03 November 2025. Pelantikan YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ke-18 bagi menggantikan YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed.

YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk Pembangunan dan Perolehan. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Dalam masa yang sama, APM juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed atas segala sumbangan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui APM.

Sebarang maklum balas berhubung dengan APM boleh disalurkan melalui emel [email protected] dan talian telefon 03-89206336.

Selamat menjalankan tugas YAS Tuan.

Jabatan Perdana Menteri














**

Tahniah
12/10/2025

Tahniah



🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎖️

YS PPj. (PA) Mohtar bin Samat, Pengarah APM Negeri Sarawak, menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mej. (PA) Zulfaituri bin Ramlee atas kenaikan pangkat daripada Kapten ke Mejar!

Majlis pemakaian pangkat dan penyerahan watikah telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, pada 10 Oktober 2025 bertempat di PUSPA, Sarawak.

Kenaikan pangkat ini mencerminkan dedikasi, komitmen, dan kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Semoga terus menjadi inspirasi, memperkukuh semangat “Sedia Pantas dan Berintegriti”, serta terus menyumbang ke arah kecemerlangan APM Negeri Sarawak dan APM Malaysia keseluruhannya! 💪🇲🇾

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Kuching

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM SARAWAK











11/10/2025
AHAD | 31 OGOS 2025SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 68 TAHUN DARIPADA ANGGOTA APM BINTULU.Kemerdekaan ini memperingatkan kita b...
31/08/2025

AHAD | 31 OGOS 2025

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 68 TAHUN DARIPADA ANGGOTA APM BINTULU.

Kemerdekaan ini memperingatkan kita bahawa kita bebas dari penjajahan. Kita telah melalui begitu banyak, semoga anak-anak kita sentiasa tahu kebebasan.

Kita juga bebas dari pemikiran dan tindakan. Marilah kita sama sama Menyambut Merdeka yang Meriah ini Bersama-sama dengan berbilang kaum.

Sekali lagi, Salam Kemerdekaan yang ke-68 dari saya Kapt(PA) Mohd Johari Bin Mohd Johari.






Address

PEJABAT PERTAHANAN AWAM DAERAH BINTULU, TINGKAT BAWAH, BANGUNAN WISMA PERSEKUTUAN BINTULU
Jalan Tun Razak
97000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share