04/06/2021
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini, mulai dari 1 Jun 2021, tugasan oleh kakitangan Jabatan telah pun dilaksanakan oleh sepenuhnya dari rumah.
Sehubungan dengan ini :-
1. Perkhidmatan di kaunter adalah DITUTUP.
2. Rundingan / perbincangan hanya melalui panggilan telefon atau persidangan video (video conference @ VC) sahaja.
3. Sebarang bentuk SERAHAN DOKUMEN FIZIKAL untuk tujuan pengesahan (endorse), kelulusan atau lain-lain yang berkaitan hendaklah melalui TEMUJANJI terlebih dahulu. Setiap serahan hendaklah disertakan di dalam sampul surat dan dikemukakan kepada kakitangan di jabatan hanya apabila temujanji telah dibuat.
Nombor pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti di pautan (link) berikut :-
https://idirektori.penang.gov.my/papar_pegawai3.php?idj=12&bhg=108
4. Individu yang hadir ke pejabat SETELAH TEMUJANJI DIBUAT wajib melakukan imbasan (scan) aplikasi MYSEJAHTERA dan mencatat SUHU BADAN yang telah diambil dalam buku yang disediakan.
Terima kasih.