JPKK Tembun/Binjai 2023-2025

JPKK Tembun/Binjai 2023-2025 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tembun/Binjai 2023-2025/2025-2027

Sesi Penyerahan Tunai Aspirasi Bantuan Warga Emas NS 2026Tarikh: 06 Mac 2026 (Jumaat)Masa : 3.30 petangTempat: Perkarang...
07/03/2026

Sesi Penyerahan Tunai Aspirasi Bantuan Warga Emas NS 2026

Tarikh: 06 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat: Perkarangan Masjid Bunga Tanjung, Kg. Tembun

Alhamdulillah! Allah izinkan hadirnya secebis kegembiraan buat warga emas Kg. Tembun/Binjai, dalam meraikan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. YB Dato' Ir Hj Bakri Sawir ADUN Klawang, telah menyempurnakan program di atas. Setiap warga emas menerima RM200.
Untuk 2026 ini, penyerahan dilakukan serentak untuk 3 JPKK iaitu JPKK Kemin, JPKK Tembun/Binjai dan JPKK Larong/Pianggu/Mengkan. Selain memudahkan pengurusan, para penerima dari 6 kampung ini turut beramah mesra dan mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.
Untuk Tembun/Binjai, seramai 34 warga emas tersenarai. Walau bagaimanapun, hanya 30 penerima dapat menikmati bantuan ini.
Al-Fatehah dibacakan buat 4 penerima yang telah kembali ke rahmatullah:
Allahyarham Adam bin Sulaiman
Allahyarhamah Che Bee binti Rahman
Allahyarhamah Rafiah binti Yussof
Allahyarhamah Zainon binti Bidin.
Moga roh mereka dicucuri rahmat.

Terima kasih kerajaan NSDK
Terima kasih YB Dato'
Terima kasih Pengerusi JPKK TB Omar Pak Tam , Pengerusi JPKK Kemin Razali Utoh Utoh dan Pengerusi JPKK L/P/M Samsudin Tohat
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi santai ini.

PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN : SARINGAN KESIHATANTarikh: 10 Januari 2026Lokasi: Perkarangan Rumah Ketua Kampung Temb...
14/01/2026

PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN : SARINGAN KESIHATAN

Tarikh: 10 Januari 2026
Lokasi: Perkarangan Rumah Ketua Kampung Tembun/Binjai

Anjuran: PERMANIS & FAKULTI PERUBATAN UKM DENGAN KERJASAMA JPKK TEMBUN/BINJAI

Program PERMANIS & Fakulti Perubatan UKM bersama penduduk kampung diteruskan lagi dengan aktiviti Saringan Kesihatan.

Penduduk kampung bertuah kerana berpeluang mendapat konsultansi daripada Doktor-doktor pakar dari Klinik Primer UKM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang mahir dalam bidang masing-masing.

Penduduk berpeluang membuat Saringan BMI, Tekanan Darah dan Glukos, Pemeriksaan Mata dan Pemeriksaan Mobiliti.

Seramai 4 orang penduduk kampung juga telah menerima kunjungan khas dari Klinik Primer UKM untuk mendapat Saringan Kesihatan di rumah.

Doktor juga turut menyediakan surat rujukan dan cadangan ubatan sesuai bagi penduduk yang memerlukan.

Selepas program tamat semua peserta dapat menikmati durian kampung yang disumbang khas oleh Tok Ketua Kampung Tembun/Binjai.

PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN : BRISK WALKAnjuran: PERMANIS dan FAKULTI PERUBATAN UKM dengan kerjasama JPKK TEMBUN/BI...
14/01/2026

PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN : BRISK WALK

Anjuran: PERMANIS dan FAKULTI PERUBATAN UKM dengan kerjasama JPKK TEMBUN/BINJAI

Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)
Lokasi: Kampung Binjai - Kampung Tembun - Kampung Kemin

Hari kedua anak angkat PERMANIS dimulakan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung. Seawal 7.00 pagi para peserta telah berkumpul untuk aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan aktiviti utama iaitu "Brisk Walk".

Aktiviti berjalan kaki sambil riadah ini bermula dari perkarangan rumah Ketua Kampung Tembun/Binjai seterusnya melalui jalan dalam tiga kampung iaitu Kampung Binjai, Kampung Tembun dan Kampung Kemin.

Anak-anak PERMANIS dan Warga UKM memperoleh pengalaman berharga beriadah sambil menikmati keindahan alam yang segar lagi nyaman.

Peserta menamatkan aktiviti dengan berborak santai beramah mesra sambil menikmati sarapan pagi.

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT SEMPENA PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN 2025Tarikh: 9 Januari 2026 (Jumaat)Tempat: Masjid...
11/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT SEMPENA PROGRAM KEMASYARAKATAN KESIHATAN 2025

Tarikh: 9 Januari 2026 (Jumaat)
Tempat: Masjid Bunga Tanjung
Anjuran: PERMANIS (Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM, JPKK Tembun/Binjai dan JPKK Kemin

Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu ke-16 telah berkenan mencemar kaus menyampaikan sabda dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Anak Angkat.

Yang Berhormat Dato Ir. Haji Bakri bin Sawir, ADUN Klawang turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan saguhati kepada semua keluarga angkat dan sesi bergambar bersama anak masing-masing.

Senarai Keluarga Angkat

1. Puan Norazlina binti Musa (Kampung Binjai)
2. Encik Azman bin Dollah (Kampung Kemin)
3. Puan Noraidah/Encik Abu Hassan (Kampung Binjai)
4. Puan Zailina binti Zainudin (Kampung Kemin)
5. Puan Mahimah Salleh (Kampung Tembun)
6. Puan Hasnaney Khalid (Kampung Kemin)
7. Encik Faiz Fadhli bin Hashim (Kampung Tembun)
8. Puan Basariah binti Sharip (Kampung Kemin)
9. Puan Erni Suraya Ain binti Rameli
(Kampung Binjai)

Program tamat dengan sesi minum petang dan beramah mesra bersama penduduk kampung dan Ahli kariah Masjid Bunga Tanjung.

*Kami kongsikan juga rakaman memori anak angkat di rumah keluarga angkat masing-masing

Address

Kampung Tembun
Jelebu
71600

Telephone

+60196886724

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Tembun/Binjai 2023-2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Tembun/Binjai 2023-2025:

Shortcuts

Share