Sparx Izz. Global Corporation (SGC)

  • Home
  • Sparx Izz. Global Corporation (SGC)

Sparx Izz. Global Corporation (SGC) SALAM.. The Officially page for Sparx Izz.

Top Stealth Airjet ✨By the way,As you can see 🙃Malaysia Stealth Airjet are really stealth!!Where we couldn’t see the pla...
31/03/2024

Top Stealth Airjet ✨

By the way,
As you can see 🙃

Malaysia Stealth Airjet are really stealth!!
Where we couldn’t see the plane 🫣

Ilmu ghaib ni geng.. Nusantara kan 😅
Jangan biarkan hidup anda dikelilingi misteri 🤭

Don't take it so seriously,
Just kidding.. "dunia permainan & senda gurau"
Why so serious"

Hamba memang s**a bergurau/usik-mengusik/bercanda..
Happy go lucky🤪

Alhamdulillahi Rabbil Alamin 🤲Upgrade ........65 > ...6666.  phase 99%
25/03/2024

Alhamdulillahi Rabbil Alamin 🤲

Upgrade ........65 > ...6666.
phase 99%

Dulu, Kini_    PenumbraSkrg ini bulan berada pada kedudukan yg paling jauh dgn Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km...
25/03/2024

Dulu, Kini_
Penumbra

Skrg ini bulan berada pada kedudukan yg paling jauh dgn Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km. Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan deep penumbral eclipse dgn magnitud penumbra pada kali ini ialah 0.9577 dan nilai Gamma adalah 1.0610 dgn tempoh gerhana penumbra adalah selama 279.9 minit. Fenomena ini dpt dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Lautan Pasifik. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di bahagian timur Eropah dan Afrika, kebanyakan Asia dan bahagian barat Australia.

Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini berlaku mulai jam 12:53 tengah hari td. Gerhana maksimum, iaitu 95.77% daripada Bulan akan melintasi bayang Penumbra Bumi p**a berlaku pada jam 03:12 petang dan berakhir pada jam 05:33 petang apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi.
Cuma Gerhana Bulan Penumbra yang kali ni, kita@Malaysia & ada banyak negera sekitar tak dapat menyaksikan fenomena tersebut kerana Bulan berada di bawah ufuk kita@ ketika fenomena sedang berlaku.

Gambar2 bawah ni adalah Gerhana Bulan Penumbra yg berjaya dirakam tahun lepas pd tarikh 5mei2023 jam2315 hingga 6Mei2023 jam0315 ; duration +-4hours.

MashaALLAH, ayah kepada member meninggal hampir awal Ramadan..baru meninggal petang tadi di Hospital Sungai Buluh,Selang...
11/03/2024

MashaALLAH, ayah kepada member meninggal hampir awal Ramadan..baru meninggal petang tadi di Hospital Sungai Buluh,Selangor;
Ni baru ja sampai tadi di Raja Alias Jempol,Negeri Sembilan.

“Maha Suci ALLAH, TUHAN Yang Maha Gagah, Tunggal dengan Kekuasaan dan Kekal Selama-Lamanya. ALLAH yang telah menggagahi hamba-hambaNYA dengan mati dan binasa untuk menilai kedudukan amal bakti.”

“Kalau-kalau siapakah di antara kamu yang telah berjasa, bahawa sesungguhnya amal usaha kamu itu kelak (pada Hari Akhirat) akan diperlihatkan segala sesuatu pastilah binasa dan tetap kekal hanyalah zat ALLAH, TUHAN Yang Maha Esa. Baginya segala macam hukuman dan kepadanya kamu sekalian akan berbicara.“

“Tiap-tiap yang bernyawa akan mati dan bahawa sesungguhnya akan disempurnakan balasan-balasan pahala kamu pada hari akhirat kelak. Maka barang siapa dielakkan daripada tercebur ke dalam neraka dan sebaliknya dimasukkan p**a ke dalam syurga, maka dialah orang yang benar-benar berjaya. Hidup di dunia ini hanyalah hidup s**a-s**a buat sementara waktu yang penuh dengan tipu daya”

”Daripada tanah kamu telah Kami jadikan, ke dalam tanah kamu akan Kami kembalikan, dan dari dalam tanah p**a kamu akan Kami keluarkan pada suatu hari ketika nanti. Daripada tanah kamu telah Kami jadikan iaitu untuk mencari ganjaran dan pahala, ke dalam tanah kamu Kami kembalikan iaitu untuk habuan ulat dan tanah juga”.

“Dengan nama ALLAH dan dengan keagungan ALLAH, berpunca daripada ALLAH dan berbalik kepada ALLAH, dan atas dia Qiamat iaitu sesuatu yang telah dijanjikan oleh ALLAH dan benar sungguhlah Rasul-rasul itu bahawa tiadalah Qiamat itu, melainkan Tempikan yang sekali sahaja, maka sekonyong-konyong manusia itu semuanya mati”.

“Wahai hamba ALLAH, anak daripada dua hamba ALLAH, semoga kamu dikurniakan rahmat oleh ALLAH, dunia ini telah pergi meninggalkan kamu dan kamu p**a telah meninggalkan segala perhiasan dunia, sekarang kamu telah berada di Alam Barzakh (iaitu satu daripada beberapa banyak lagi alam.”

“Kerana menunggu Akhirat, oleh yang demikian janganlah p**a kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju Alam Akhirat, iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Dengan Sebenar-Benarnya Melainkan ALLAH, Muhammad Itu Pesuruh ALLAH."

“Apabila tiba dua malaikat yang kedua-duanya sebagai Wakil daripada Allah untuk menyoal kamu dan orang-orang lain yang sudah mati seperti kamu, maka tiadalah kiranya kamu menjadi terkejut atau merasa gerun kerana kedua-dua malaikat itu sama seperti kamu sebagai makhluk Allah”.

“Apabila tiba kedua-dua malaikat itu dan dia bertanyakan kamu, Siapa Tuhan Kamu, Siapa Nabi Kamu, Apa Agama Kamu, Apa Kepercayaan Kamu, Apa Ikutan Kamu, Apa Kiblat Kamu, Siapakah Saudara Kamu?. Apa Keyakinan Kamu Semasa Mati Kamu, maka jawabkan :

“Allah Tuhanku dan apabila malaikat itu bertanya lagi maka jawabkan juga, Allah Tuhanku, dan apabila kedua-duanya bertanya untuk kali ketiganya, iaitu pertanyaan terakhir menentukan kebaikan, maka jawabkanlah : bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Ikutanku.”

“Orang-orang Islam Seluruhnya Saudara Kepada Aku, Aku Telah Hidup, Malah Telahpun Mati Tetapi Aku Tetap Dengan Pengakuanku Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Sebenar-Benarnya Melainkan Allah Dan Bahawasanya Muhammad Itu Sebenar-Benarnya Pesuruh Allah.”

“Peganglah wahai hamba Allah dengan keterangan ini dan ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di Alam Barzakh ini hingga ke suatu masa apabila sekelian penghuni kubur dibangkitkan kerana berbicara di hadapan Tuhan”.

“Maka apabila ditanyakan berkenaan seorang Lelaki yang telah dilantik untuk kamu dan makhluk-makhluk lain sekelian, maka katakan bahawa orang itu ialah Muhammad Rasulullah SAW. yang telah mengemukakan kepada kami penjelasan-penjelasan nyata dan benar daripada Tuhannya. Kami telah ikuti dan percaya akan dia. Malah kami akukan yang ia betul benar dengan Kerasulannya. Maka sebaik-baik sahaja selepas masing-masing berundur, katakanlah :-

yang bererti ”Cukuplah untukku hanya Allah, tiada tuhan yang disembah yang sebenar-benarnya melainkan Dia. Kepadanya aku berserah, Dialah Tuhan yang empunya pemerintahan yang maha besar”.

“Ketahujlah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya Mati itu adalah benar, masuk ke Liang Kubur itu adalah benar, Soalan-Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar, Bangkit Semula Dari Kubur itu adalah benar, Menghitung Amalan Baik Buruk Yang Telah Dilakukan itu adalah benar”

“Timbangan Menentukan Mana Yang Lebih Banyak Di Antara Kerja-Kerja Yang Buruk itu adalah juga benar, Meniti Siratulmustaqim Yang Menentukan Sama Ada Ke Syurga Atau Ke Neraka itu pun adalah benar dan Bahawa Sesungguhnya Allah Akan Menghidupkan Semula Sekelian Penghuni Kubur”.

“Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang tetap (diulangi sebanyak tiga kali,) ditetapkan oleh Allah orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap (kalimah tauhid di dunia dan akhirat)”

“Firman Allah yang bererti (wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai, masuklah kamu ke dalam golongan hamba hambaKu yang soleh dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu) .”

Marhaban ya Ramadhan 🤲✨Bunga mawar dibalik keris dijulang,Patahnya sayap rajawali tolong betulkan;Puasa Ramadhan kembali...
11/03/2024

Marhaban ya Ramadhan 🤲✨

Bunga mawar dibalik keris dijulang,
Patahnya sayap rajawali tolong betulkan;
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Selamat menunaikan Puasa Wajib serta amalan2 & ibadah2 di bulan Ramadhan 🤲☝️🙏

Perbanyakkanlah ZIKIRRULLAH serta Selawat keatas moyang hamba baginda Rasulullah SAW 💞

Testing2~System Of A Down!Haha~ mengelabah worldwide 🤣 dunia2Just only a few minutes@+-1hour>How about its will last for...
05/03/2024

Testing2~
System Of A Down!

Haha~ mengelabah worldwide 🤣 dunia2
Just only a few minutes@+-1hour>
How about its will last forever?

We must together preparing for the The Great Reset.. InSyaALLAH one day we will stand together & fight for al-HAQ dear my side _ the ✨

"feel the {Force} with you"

Salam Nisfu Syaaban 1445Hijrah 🤝🤲☝️🙏Semua gambar2 ni saya snap malam tadi time +-0000am @ Bulan Purnama @  Gambar2 tu ad...
24/02/2024

Salam Nisfu Syaaban 1445Hijrah 🤝🤲☝️🙏

Semua gambar2 ni saya snap malam tadi time +-0000am @ Bulan Purnama @

Gambar2 tu ada Yellow & Purple &

Bagi sesiapa tak sahabat yang tahu & boleh terangkan mengapa saya boleh dapat colour2 tu,
Sahabat saya sebelah saya try juga snap gambar2 tapi tak keluar p**a colour macam tu;
Boleh comment sharing2 sesama kita semua atau boleh direct pm me☝️🙏🤝🤲

10February-9 🐉daysSpecial for this day,Some of my jade  Apa yang kalian nampak di batu jade hamba ni?Nampak Motif apa2 k...
18/02/2024

10February-9 🐉days
Special for this day,
Some of my jade

Apa yang kalian nampak di batu jade hamba ni?
Nampak Motif apa2 ke atau nampak apa2 jelaa?
Boleh comment atau jika malu boleh PM 🤝🤲💞🙏

Batu jade pertama ☯️YinYang philosophy

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
{Qs. Yassin :36}

Batu jade kedua p**a?

ALLAH

Dengan Bismillah mula dikata,Mengingati kebesaran ALLAH yang mulia,Kerana wajib telah ternyata,Segala perbuatan haruslah...
18/02/2024

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran ALLAH yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan haruslah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Niatnya bersih baunya suci,
Berseru kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong bercantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

InSya ALLAH
Tiada daya dan tiada upaya melainkan Pertolongan dan IzinMU ya ALLAH ya TUHAN kami

Hinggap sebentar sebelum berangkat meneruskan perjalanan musafir pengajian duniawi
17/02/2024

Hinggap sebentar sebelum berangkat meneruskan perjalanan musafir pengajian duniawi

Otw balik ke rumah, alang2 dah lalu kulai,johor..singgah melawat sahabat Ayahanda yg sakit 🤲
11/02/2024

Otw balik ke rumah, alang2 dah lalu kulai,johor..singgah melawat sahabat Ayahanda yg sakit 🤲

..terlintas & teringat dimana bagi CNY tahun 2024 tahun nagaApa yang kawan2/sahabat2/saudarasaudari nampak dalam gambar ...
09/02/2024

..terlintas & teringat dimana bagi CNY tahun 2024 tahun naga
Apa yang kawan2/sahabat2/saudarasaudari nampak dalam gambar ni?
Mana tahu Saudara Saudari nampak lain ke kan?
Cuba sama2 kita sharing sikit pemerhatian/penglihatan yang diizinkan ALLAH 😍
Sharing is caring my friend 🙏🤝🤲

Antara yang dizahirkan nyata
berbentuk (keris+naga) terbentuk ALLAH
HakikatNYA af'alMU jua ya ALLAH 💞

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: “Ya RABB kami, tiadalah ENGKAU menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci ENGKAU, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
{Qs. Ali ‘Imran; 3:190-191}

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sparx Izz. Global Corporation (SGC) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share