Fenomena Kepala Air

Fenomena Kepala Air Kepala Air amat bahaya KEPALA AIR AMAT BAHAYA KERANA IA DATANG TANPA DI UNDANG

Tiga warga Yemen terperangkap kepala air di Sungai Kedondong04 Mei 2026 08:38amHULU SELANGOR - Tiga lelaki warga Yemen b...
04/05/2026

Tiga warga Yemen terperangkap kepala air di Sungai Kedondong

04 Mei 2026 08:38am

HULU SELANGOR - Tiga lelaki warga Yemen berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 petang.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai berkenaan.

“Setibanya di lokasi pada jam 4.40 petang, kita mendapati tiga lelaki warga Yemen terkandas akibat kepala air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan berada di tepi tebing berketinggian kira-kira tiga meter diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera kemudian berjaya dibawa keluar dan operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 petang.

"Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/778348/berita/semasa/tiga-warga-yemen-terperangkap-kepala-air-di-sungai-kedondong

HULU SELANGOR - Tiga lelaki warga Yemen berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong di sini...

Ingat² lah bermuhasabah lah semuaPelakon veteran Jalil Hamid baru meninggal dunia siang tadi. Mari kita ambil sedikit ma...
04/05/2026

Ingat² lah bermuhasabah lah semua

Pelakon veteran Jalil Hamid baru meninggal dunia siang tadi. Mari kita ambil sedikit masa merenung bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara dan bukan pentas untuk buat perkara lagho dan bersuka² melampaui batas

Kita semua akan mati dan sebelum mati, mari kita persiapkan diri dengan bekalan amal soleh kerana dengan bekalan amal soleh sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita bila berada seorang diri di dalam lubang kubur nanti.

Al Fatihah

4 Mei 2026

Address

Jerantut

Telephone

+60193859492

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fenomena Kepala Air posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share