AADK Daerah Jerantut

AADK Daerah Jerantut "Mencegah Lebih Baik, Daripada Merawat" 🕊️

18/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

📌 Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



18/08/2026
14/08/2026
11/08/2026



KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANCAMAN NYATA DADAH SINTETIK

Malaysia kini sedang berhadapan satu krisis kesihatan awam dan keselamatan sosial yang amat membimbangkan. Senario penyalahgunaan dadah di Malaysia mengalami evolusi radikal dan berbahaya. Jika dahulu kita bergelut dengan ancaman dadah tradisional, kini coraknya berubah drastik.

Laporan terkini menunjukkan antara 70 peratus sehingga 83 peratus daripada keseluruhan kes penyalahgunaan dadah di Malaysia kini didominasi oleh dadah jenis sintetik.

Malah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (KP AADK), Dato' Roslin Jusoh mendedahkan bahawa sindiket pengedaran dadah kini kian licik dengan menggunakan cecair rokok elektronik atau v**e sebagai medium terbaharu untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan menyebarkan racun ini ke dalam masyarakat.

Laporan media bertajuk ''V**e jadi medium baru dadah sintetik - KP AADK'' turut membuktikan isu ini adalah sebahagian daripada rentetan ancaman bersiri yang sedang melanda negara.

Bukan itu saja, Polis Diraja Malaysia sendiri merekodkan 402 kes yang melibatkan penemuan cecair v**e mengandungi pelbagai campuran dadah sintetik setakat April 2026. Antara bahan terlarang dicampurkan ke dalam peranti ini termasuk ''magic mushroom'', Ketamin, Fentanil, minyak G***a, Ekstasi, Methamphetamine, dan Nimetazepam.

Ikuti temubual bersama Pensyarah Fakulti Farmasi, Management and Science University, Profesor Madya Dr. Azyyati Mohd Suhaimi mengenai ancaman nyata dadah sintetik seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

11/08/2026
10/08/2026

Euforia dan Dadah
_______________________________________________________________________________________________________
Sebarang khidmat nasihat , kaunseling, aduan atau maklumat boleh hubungi talian hotline AADK
1-800-22-2235 @ 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my. Hubungi AADK Jerantut untuk khidmat nasihat atau aduan di talian 09-266 4906





07/08/2026

Address

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN LOT 7 TINGKAT 1 & 2 BANDAR INDERAPURA
Jerantut
27000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share