27/03/2026
17 Mac 2026 | MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PENEMPATAN SEMULA NELAYAN (PSN) BENTING LINTANG, BESUT
Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu bertempat di PSN Benting Lintang, Besut. En. Fikri dari MARDI Besut turut hadir mewakili Pengarah MARDI Terengganu bagi menyaksikan detik bersejarah buat komuniti nelayan tempatan.
Antara info utama projek PSN ini:
Penerima Manfaat: Seramai 100 keluarga nelayan di Terengganu (50 di Besut dan 50 di Kemaman) menerima kediaman baharu yang lebih selamat, selesa, dan terancang.
Kerjasama Strategik: Projek bernilai RM29.2 juta ini merupakan hasil sinergi antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pertanian melalui LKIM Negeri Terengganu.
Tahniah kepada semua penerima kunci! Semoga kediaman baharu ini membawa keberkatan dan keceriaan buat keluarga tersayang.
Sumber gambar: Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI