Balai Polis Jerteh

Balai Polis Jerteh Balai Polis Jerteh, Kampung Seberang Jerteh

🚨 AWAS! PENIPUAN TAWARAN KERJA SAMBILAN SEMAKIN BERLELUASA! 🚨​Adakah anda sedang mencari kerja sambilan atau pekerjaan d...
23/05/2026

🚨 AWAS! PENIPUAN TAWARAN KERJA SAMBILAN SEMAKIN BERLELUASA! 🚨​

Adakah anda sedang mencari kerja sambilan atau pekerjaan dari rumah? BERHATI-HATI! Statistik terkini menunjukkan 1,537 kes penipuan kerja dengan jumlah kerugian sebanyak RM31.8 juta hanya dalam 3 bulan pertama tahun 2026 sahaja! 😱​

Scammer semakin licik, terutama di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp & Telegram. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa! 🛑​

💡 Berikut adalah TIPS untuk melindungi diri anda daripada job scam:​

✅Jangan Bayar Wang Pendahuluan: Nak kerja kenapa perlu bayar?​
✅Waspada Tawaran Kerja Terlalu Lumayan: Hanya ’like & folllow’ tapi gaji tinggi?​
✅Semak Latar Belakang Syarikat di laman rasmi seperti SSM​
✅Jangan Kongsi Maklumat Peribadi seperti nombor akaun bank, salinan IC, atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali​
✅Komunikasi Tidak Profesional: Berhati-hati tawaran kerja melalui media sosial seperti WhatsApp/Telegram​
✅Gunakan Portal Kerja Dipercayai: Elakkan tawaran kerja dari laman yang tidak berdaftar.​
✅Berhati-hati Dengan Muslihat Pulangan Awal: Jangan terpedaya dengan tawaran “komisen awal”​
✅Semak Dengan Pihak Berkuasa​

👉 Gunakan SEMAKMULE oleh PDRM untuk memeriksa akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan:🔗 https://semakmule.rmp.gov.my​

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:​

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.





🚨⚠️ AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI PIHAK BERKUASA 👮‍♂️📞​Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap pan...
23/05/2026

🚨⚠️ AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI PIHAK BERKUASA 👮‍♂️📞​

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan atau mesej daripada individu yang mengaku sebagai pihak berkuasa bagi tujuan memperdaya mangsa.​

🛑 INGAT! Pihak berkuasa TIDAK akan: ​
❌ Meminta maklumat perbankan melalui telefon​
❌ Meminta pemindahan wang ke akaun pihak ketiga​
❌ Mendesak anda bertindak secara tergesa‑gesa​

✅ LINDUNGI DIRI ANDA DENGAN TINDAKAN BERIKUT: ​

🔍 Sahkan identiti – Semak nama dan nombor rasmi sebelum berhubung semula​
🔐 Jaga maklumat peribadi – Jangan dedahkan nombor akaun, PIN atau butiran bank​
🚫 Jangan panik – Hentikan perbualan jika terdapat unsur mencurigakan​
📞 Jika ragu‑ragu – Hubungi balai polis terdekat atau laporkan segera kepada pihak berwajib​

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.​
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. ​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

🚔 Jangan terpedaya. Lindungi diri dan kewangan anda.​


MO: PINJAMAN TIDAK WUJUD‼️‼️‼️Pinjaman mudah di hujung jari, wang lesap kemudian hari‼️‼️‼️Tanda-tanda Pinjaman Tidak Wu...
23/05/2026

MO: PINJAMAN TIDAK WUJUD‼️‼️‼️

Pinjaman mudah di hujung jari, wang lesap kemudian hari‼️‼️‼️

Tanda-tanda Pinjaman Tidak Wujud

✅ Kelulusan pinjaman terlalu mudah dan cepat.
✅ Meminta bayaran sebelum wang pinjaman dikeluarkan.
✅ Berurusan hanya melalui WhatsApp atau Telegram.
✅ Mendesak mangsa membuat pembayaran segera.
✅ Menggunakan akaun peribadi untuk menerima wang.

Nasihat Pencegahan

✅Pinjaman sah tidak pernah meminta bayaran pendahuluan.
✅Semak lesen syarikat kewangan dengan Bank Negara Malaysia.
✅Jangan kongsi maklumat perbankan atau TAC kepada sesiapa.
✅Semak maklumat syarikat melalui sumber rasmi.
✅Jika telah membuat pembayaran, segera hubungi NSRC 997 untuk tindakan pantas.


Gunakan media sosial dengan bijak sebagai platform untuk berkongsi perkara positif dan bermanfaat. 📱Sebarkan maklumat be...
19/05/2026

Gunakan media sosial dengan bijak sebagai platform untuk berkongsi perkara positif dan bermanfaat. 📱

Sebarkan maklumat berguna, elakkan perbalahan serta isu sensitif, dan pilih kata-kata yang membina. 💬✨




😟 Temuduga kerja… tapi kena bayar dulu?​Hati‑hati — itu tanda SCAM! Scam pekerjaan kini semakin kerap berlaku, terutaman...
19/05/2026

😟 Temuduga kerja… tapi kena bayar dulu?​
Hati‑hati — itu tanda SCAM! Scam pekerjaan kini semakin kerap berlaku, terutamanya melalui Telegram & mesej peribadi.​

📱 Biasanya bermula dengan: ​

💬 Tawaran kerja “mudah & gaji tinggi”​
💬 Katanya tak perlu pengalaman​
💬 Lepas itu… diminta bayar yuran / deposit / training​

🚫 STOP! Jangan teruskan.​

🚨 TANDA‑TANDA TAWARAN KERJA PALSU:​

⚠️ UMPAN JAWATAN: Mangsa dipelawa menyertai kumpulan Telegram​
yang menawarkan pekerjaan dengan gaji tinggi & masa kerja fleksibel.​
⚠️ “TRAINING” / LATIHAN PALSU: Mangsa diminta mengikuti latihan percubaan beberapa hari sebelum kononnya layak menerima tawaran kerja.​
⚠️ DIMINTA BAYARAN: Mangsa diminta membayar yuran pemprosesan / pendaftaran​ sebelum latihan atau kerja bermula.​

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:​

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

📌 Ingat: Majikan sebenar tak akan minta duit untuk temuduga atau tawaran kerja.​

Kena Tipu dengan Scammer‼️‼️‼️‼️🚨 JANGAN TUNGGU!Hubungi NSRC 997 dengan segera untuk tindakan pantas.☎️ Talian NSRC: 997...
19/05/2026

Kena Tipu dengan Scammer‼️‼️‼️‼️

🚨 JANGAN TUNGGU!
Hubungi NSRC 997 dengan segera untuk tindakan pantas.

☎️ Talian NSRC: 997
(24 Jam)

📌 Sediakan maklumat berikut sebelum menghubungi:
✔️ Resit / bukti pembayaran
✔️ Nombor akaun penerima
✔️ Nama bank
✔️ Masa & tarikh transaksi
✔️ Nombor telefon suspek
✔️ Screenshot perbualan / iklan

LAPOR • TINDAK • SELAMATKAN

Selesai Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Besut.  BPJertehJuara
19/05/2026

Selesai Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Besut.
BPJertehJuara

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada ...
17/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Buat para pensyarah, jurulatih dan tenaga pengajar di semua Maktab serta Pusat Latihan Polis, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala bimbingan, ketegasan, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk pegawai serta anggota polis yang berdisiplin, berintegriti dan teguh memikul amanah pasukan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berguna demi agama, bangsa dan negara.

'Guru Bitara Nadi Negara'






#16052026

credit Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

🚨 Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan...
11/05/2026

🚨 Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.

Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan daripada penipuan. 💸❌




 KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET UMPAN PERCUTIAN DAN GAJI LUMAYAN DI LUAR NEGARA PERDAYA JADI 'KELDAI DADAH'Kuala Lumpu...
11/05/2026



KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET UMPAN PERCUTIAN DAN GAJI LUMAYAN DI LUAR NEGARA PERDAYA JADI 'KELDAI DADAH'

Kuala Lumpur, 27 April 2026 - Tawaran percutian percuma, kerja bergaji lumayan dan jawatan menarik di luar negara menjadi umpan sindiket untuk memperdayakan individu menjadi ‘keldai dadah'.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, sindiket akan merekrut individu untuk dijadikan ‘keldai dadah' melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.

Beliau berkata, individu terbabit diumpan dengan dijanjikan pakej percutian percuma, tiket dan penginapan ditaja serta peluang pekerjaan sah seperti pengurus hotel atau ejen pemasaran dengan gaji lumayan dalam masa singkat.

"Mangsa dijanjikan upah antara RM1,000 hingga RM10,000 termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.

"Terdapat juga yang dijadikan kurier kononnya untuk membawa dokumen atau barangan peribadi apabila manipulasi bermula sebaik sahaja mangsa bersetuju membawa bungkusan tertentu yang sebenarnya mengandungi dadah," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Address

Jerteh
22000

Telephone

+6096971222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Jerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share