Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu, Kedah

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu, Kedah : Perkongsian maklumat penjagaan kesihatan pergigian kepada orang awam
: Hebahan aktiviti promosi pergigian di daerah Kubang Pasu, Kedah.

02/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, team Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah akan membuat kempen derma darah.

๐Ÿ“… Khamis, 3 September 2026
โฐ 10.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Klinik Kesihatan Kepala Batas

Proses pendermaan darah akan dijalankan di dalam bas derma darah. Beberapa lot parking dekat Unit Kecemasan akan digunakan untuk penempatan bas tersebut.

Mohon kerjasama semua untuk membantu membuat hebahan kepada pesakit dan orang awam.

Terima kasih semua ๐Ÿ˜Š

31/08/2026

Kemerdekaan bukan sahaja tentang bebasnya negara, tetapi juga peluang untuk kita membebaskan diri daripada masalah kesihatan yang boleh dicegah.

๐Ÿฆท Berus gigi dengan betul
๐Ÿฆท Kurangkan makanan dan minuman manis
๐Ÿฆท Gunakan flos gigi
๐Ÿฆท Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala

Gigi sihat, senyuman yakin, Malaysia MADANI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ


18/08/2026
๐Ÿ”ฐKEMPEN GAYA HIDUP SIHAT SEMPENA KEJOHANAN FUTSAL PERGIGIAN MALAYSIA (KFPM) EDISI KE-6 TAHUN 2026 NEGERI KEDAH๐Ÿ”ฐโšฝ Ayuh sa...
13/08/2026

๐Ÿ”ฐKEMPEN GAYA HIDUP SIHAT SEMPENA KEJOHANAN FUTSAL PERGIGIAN MALAYSIA (KFPM) EDISI KE-6 TAHUN 2026 NEGERI KEDAH๐Ÿ”ฐ

โšฝ Ayuh sahut cabaran dan buktikan pasukan pergigian anda adalah yang terbaik !

๐Ÿ“… Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ Masa : 8.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat : D'Futsal Centre, T**i Gajah, Alor Setar, Kedah

๐Ÿ† Hadiah Menarik Menanti !

*> KATEGORI LELAKI*
๐Ÿฅ‡ Johan : RM 1,000.00
๐Ÿฅˆ Naib Johan : RM 800.00
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga Bersama : RM 500.00

*> KATEGORI WANITA*
๐Ÿฅ‡ Johan : RM 800.00
๐Ÿฅˆ Naib Johan : RM 600.00
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga Bersama : RM 400.00

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan : RM 400.00 sahaja
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 24 pasukan pertama sahaja untuk setiap kategori !

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang sebelum slot penuh !

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan & pendaftaran :
012-5858337 (Dr Manveer)
017-8799690 (Shahril)
010-2836641 (Dr Farra)

Anjuran : Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu (PKPD Kubang Pasu)

Dengan Kerjasama :
โœ… Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia (Cawangan Negeri Kedah)

๐Ÿ”ฅ Kumpulkan pasukan pergigian anda, tunjukkan semangat kesukanan dan rebut gelaran juara KEJOHANAN FUTSAL PERGIGIAN MALAYSIA (KFPM) EDISI KE-6 TAHUN 2026 NEGERI KEDAH !




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Merdekakan Dirimu Dari Penyakit Pergigian!Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas dar...
13/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Merdekakan Dirimu Dari Penyakit Pergigian!

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada masalah kesihatan pergigian. ๐Ÿฆทโค๏ธ

Amalkan penjagaan gigi yang baik setiap hari untuk mengekalkan gigi sihat, senyuman yakin dan hidup lebih berkualiti.

๐Ÿ’™ Jaga gigi, jaga kesihatan, jaga senyuman!

Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



12/08/2026

๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐” : ๐๐”๐๐‚๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ

Bau mulut (halitosis) sebahagian besarnya berpunca daripada pengumpulan bakteria di dalam rongga mulut, namun ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.

๐Ÿ”ด๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ

โ–ถ๏ธKebersihan Mulut Kurang Memuaskan
Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi dan permukaan lidah diurai oleh bakteria.
Proses penguraian ini membebaskan sebatian sulfur yang berbau busuk.

โ–ถ๏ธLidah Kotor
Permukaan lidah yang kasar mudah memerangkap bakteria, sel mati, dan sisa makanan.

โ–ถ๏ธMasalah Gigi & Gusi
Kehadiran gigi berlubang, penyakit gusi (gingivitis/periodontitis), atau penggunaan gusi palsu yang tidak dibersihkan dengan betul.

โ–ถ๏ธMulut Kering (Xerostomia)
Kekurangan air liur (akibat kurang minum air, tabiat bernafas melalui mulut, atau kesan sampingan ubat-ubatan) mengurangkan keupayaan semula jadi mulut untuk membersihkan bakteria.

โ–ถ๏ธDiet & Tabiat Harian
Pengambilan makanan yang berbau tajam (seperti bawang, petai, jering).

Tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

โ–ถ๏ธFaktor Kesihatan Lain
Masalah sinus, jangkitan tekak, refluks asid (GERD), diabetes, serta penyakit hati atau buah pinggang.

๐ŸŸข ๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ

โœ…Bersihkan Lidah Setiap Hari

Gunakan pembersih lidah (tongue scraper) atau bahagian belakang berus gigi untuk membuang lapisan bakteria putih di atas lidah.

โœ…Penjagaan Gigi Berterusan
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Gunakan benang flos (dental floss) secara harian untuk membersihkan sisa makanan di celah gigi yang tidak dicapai oleh berus gigi.

โœ…Kekal Hidrasi
Minum air secukupnya sepanjang hari bagi merangsang pengeluaran air liur yang mencukupi.

โœ…Gunakan Ubat Kumur yang Sesuai
Pilih ubat kumur bebas alkohol yang mengandungi agen antiseptik untuk membunuh bakteria tanpa mengeringkan rongga mulut.

โœ…Hentikan Merokok dan V**e
Langkah penting untuk mengurangkan risiko bau mulut berlarutan dan mencegah penyakit gusi.

โœ…Pemeriksaan Gigi Berkala
Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan serta rawatan awal.

๐‚๐Ž๐”๐๐“๐ƒ๐Ž๐–๐ ๐‰๐Ž๐Œ ๐๐„๐‘๐”๐’ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ขKesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul? Jom pakat-pakat s...
20/07/2026

๐‚๐Ž๐”๐๐“๐ƒ๐Ž๐–๐ ๐‰๐Ž๐Œ ๐๐„๐‘๐”๐’ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ข

Kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul? Jom pakat-pakat sertai kami dalam acara memberus gigi secara siaran langsung serentak di seluruh Malaysia!

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kita cipta impak bersama. Tandakan kalendar korang siap-siap okay!

Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi

Jangan lupa formula mudah ni: 2 minit, 2 kali sehari! Jumpa korang di FB Live nanti!





18/07/2026

๐Ÿค” Gusi Berdarah? Bukan Petanda Baik!

Ketahui puncanya dan langkah-langkah untuk mengatasinya daripada pakar-pakar kesihatan pergigian kami.

Sertai Sembang Santai Bersama Pakar

๐ŸŽ™๏ธ Panelis : ๐ƒ๐ซ. ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ข๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ž๐ ๐˜๐ฎ๐ฌ๐จ๐Ÿ, Pakar Pergigian (Periodontik), Unit Pakar Periodontik Klinik Pergigian Bandar Sungai Petani

๐ŸŽ™๏ธ Moderator : ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐€๐ณ๐Ÿ๐š๐ซ ๐‘๐š๐ก๐ข๐ฆ๐ข, Pegawai Pergigian (Moderator), Klinik Pakar Kota Setar

Tajuk: ๐€๐ฐ๐š๐ญ ๐†๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ซ๐š๐ก? ๐‰๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ง๐ ๐ค๐š๐ซ ๐Œ๐ข๐ญ๐จ๐ฌ!

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Julai 2026
โฐ Masa: 10.30 Pagi - 11.00 Pagi

๐ŸŽฅ Lokasi: Siaran Langsung Facebook (Program Kesihatan Pergigian KKM & Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)

โœจ E-Sijil Disediakan!

Address

Jalan Ibrahim
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share