31/07/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semakin hampir hari mengundi, semakin saya terkenang setiap insan yang saya temui sepanjang kempen ini.
Daripada senyuman warga emas di kedai kopi, luahan hati ibu bapa, harapan anak-anak muda, hinggalah sambutan mesra pakcik, makcik dan seluruh warga Johol... setiap pertemuan meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya.
Terima kasih atas layanan, doa dan kasih sayang yang diberikan kepada saya.
Hari ini, dengan penuh rendah hati, saya menyusun sepuluh jari memohon sokongan dan doa daripada seluruh warga Johol.
Mandat yang saya pohon ini adalah kerana saya ingin menjadi penyambung suara rakyat, membela kebajikan keluarga kita dan berkhidmat sebaik mungkin demi Johol yang lebih maju, sejahtera dan terus diberkati.
Saya sedar saya bukan sempurna. Namun saya berjanji, jika diberi amanah, saya akan bekerja dengan jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh demi menjaga kebajikan rakyat serta masa depan anak-anak kita.
Oleh itu, saya mohon berilah sokongan dan kepercayaan kepada saya pada hari mengundi nanti.
Satu undi tuan-puan bukan sekadar menentukan seorang wakil rakyat, tetapi menentukan hala tuju Johol untuk lima tahun akan datang.
Ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang saya menyantuni tuan-puan.
Saya mungkin tidak mampu menjanjikan semua perkara, tetapi saya berjanji tidak akan berhenti mendengar, turun padang dan berjuang untuk rakyat Johol.
Insya-Allah, saya akan menjaga amanah ini sebaik-baiknya.
Jangan lupa, pilih Calon No. 1.
Zainal Munawar ✅
Calon HARAPAN N.19 DUN Johol
"Sey betul-betul ingin berkhidmat untuk Johol." 🤝