21/04/2026
ππ πππππ ππππ - ππππππ
ππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππ ππππ' πππ / πππππππ ππππππ ππππππ!
Syukur alhamdulillah walaupun Syawal telah melabuhkan tirainya, namun kemeriahan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri tetap berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat setempat dari pelbagai kaum.
Pada 19 April 2026, Ahad - Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Dato' Onn / Kangkar Tebrau merangkap Ketua Pergerakan Puteri U M N O Tebrau - Cik Siti Khairunnisa Binti Ruslan, telah menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor agar mengadakan majlis Raya Sekampung Bangsa Johor bagi Zon Dato' Onn / Kangkar Tebrau.
Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari tersebut telah menghadirkan tetamu yang melebihi 1,500 kehadiran dari masyarakat Melayu, Cina & India.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah tetamu VIP. Antaranya ialah YB Senator Dato' Hj Abdul Halim Suleiman - Ahli Dewan Negara merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor & Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Tn Hj Md Israk Bin Abdullah - Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Ybhg Saudara Rohsawal Nizam Abd Ghafar - Pengerusi JPKD Puteri Wangsa, Tn Hj Mohd Halim Bin Katan - Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Amanah Johor Bahru, AJK UMNO Bahagian serta AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau.
Syabas & tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis Zon Dato' Onn / Kangkar Tebrau yang telah berjaya mengadakan Raya Sekampung Bangsa Johor Zon Dato' Onn / Kangkar Tebrau.
Semoga ukhwah yang terjalin diantara pemimpin setempat dan masyarakat terus berkekalan demi kemakmuran & keharmonian bersama.