KIMIA Johor

KIMIA Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KIMIA Johor, Government Organization, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

*TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN*Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang war...
23/08/2026

*TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN*

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang warga *Bahagian Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor*:

1. *Dr. Aedrianee Reeza binti Alwi*
2. *Puan Siti Balkiah binti Ismail*
3. *Puan Wan Nur Zawani binti Wan Mohd Samsudin*

Pada *Jumaat, 21 Ogos 2026*, ketiga-tiga penerima telah menerima *Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Johor* atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam membantu urusan siasatan serta pelaksanaan tugas-tugas *Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor*.

Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh *YDH SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor*.

Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan profesionalisme warga KIMIA Johor, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Kimia Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia dalam menyokong kelancaran proses siasatan serta menjaga kepentingan awam.

Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KIMIA Johor untuk terus memberikan perkhidmatan yang kompeten, berintegriti dan berkualiti tinggi.

*Syabas dan tahniah kepada semua penerima!* 👏🏻🏆







**SESI PENGAUDITAN ANAB JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI JOHOR**Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor telah selesai menjalani...
23/08/2026

**SESI PENGAUDITAN ANAB JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI JOHOR**

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor telah selesai menjalani sesi pengauditan oleh **ANSI National Accreditation Board (ANAB)** pada **19 hingga 21 Ogos 2026**.

Penilaian ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memastikan sistem pengurusan kualiti, kompetensi teknikal serta perkhidmatan analisis makmal sentiasa memenuhi keperluan standard yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan penilai ANAB atas penilaian yang profesional, perkongsian pandangan serta maklum balas konstruktif yang diberikan.

Penghargaan khusus turut dirakamkan kepada seluruh warga Bahagian Analisis Sains Forensik atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan dalam membuat persediaan serta sepanjang sesi pengauditan berlangsung.Terima kasih juga kepada seluruh warga KIMIA Johor yang telah memberikan sokongan dan kerjasama bagi memastikan kelancaran sesi ini.

Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan analisis yang kompeten, tepat dan berintegriti.

**“Kompeten, Tepat dan Dipercayai”**







19 Ogos 2026 : KIMIA Johor telah menyertai Karnival Akademik SETA 2026 di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru seb...
20/08/2026

19 Ogos 2026 : KIMIA Johor telah menyertai Karnival Akademik SETA 2026 di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru sebagai pempamer.

Pelbagai info dan contoh-contoh sampel yang dianalisa di makmal dari Bahagian Forensik, Industri dan Sekitaran dipamerkan di karnival ini. Lebih menarik, pada karnival kali ini juga, KIMIA Johor membawakan serangga hidup di dalam makanan yang telah tercemar.

13/8/2026 : KIMIA Johor telah menganjurkan Program Gotong-Royong Memasang Bendera sempena sambutan bulan kemerdekaan yan...
14/08/2026

13/8/2026 : KIMIA Johor telah menganjurkan Program Gotong-Royong Memasang Bendera sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-69.

Bendera dikibarkan dengan megahnya di perkarangan jabatan sebagai tanda cinta dan kasih sayang anak Malaysia kepada tanah air yang tercinta.

Pada 3 - 4 Ogos 2026, KIMIA Johor telah turut serta sebagai pempamer di Program Rehlah Sains 2026 MOSTI (RS 2026) di Sek...
05/08/2026

Pada 3 - 4 Ogos 2026, KIMIA Johor telah turut serta sebagai pempamer di Program Rehlah Sains 2026 MOSTI (RS 2026) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor. Pameran KIMIA Johor membawakan info-info bertemakan Forensik DNA, KIMIA dan Cukai, Makanan Kita Selamat Ke? dan Jaga Bumi Kita.

Pameran yang berlangsung selama 2 hari ini telah berjaya menarik ramai pengunjung ke booth KIMIA Johor dan sekaligus membuka ruang bagi penyampaian dan perkongsian ilmu dan maklumat mengenai bidang kimia.

Audit IKM Laboratory Excellence Award telah berlangsung pada 4 Ogos 2026 di KIMIA Johor. Audit ini adalah bertujuan untu...
05/08/2026

Audit IKM Laboratory Excellence Award telah berlangsung pada 4 Ogos 2026 di KIMIA Johor. Audit ini adalah bertujuan untuk memastikan makmal di KIMIA Johor memenuhi keperluan undang-undang, menilai sistem pengurusan kualiti, menjamin kompetensi teknikal & ketepatan keputusan, memastikan keselamatan & kesihatan di tempat kerja dan mendorong penambahbaikan yang berterusan.

Penyertaan IKM Laboratory Excellence Award akan diteruskan lagi pada tahun akan datang dan KIMIA Johor sentiasa komited dalam usaha menambahbaik sistem pengurusan kualiti amnya dan tahap penyampaian perkhidmatan khususnya.

03/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT MAJU JAYA

Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruziah binti Haji Shafei atas segala dedikasi, komitmen serta jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tahniah dan selamat menggalas amanah baharu sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kecemerlangan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah baharu.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Jabatan Kimia Malaysia




Perlawanan Persahabatan Zon Selatan anjuran Kelab Kimia Melaka bersama kelab Jabatan Kimia Johor telah berlangsung pada ...
28/07/2026

Perlawanan Persahabatan Zon Selatan anjuran Kelab Kimia Melaka bersama kelab Jabatan Kimia Johor telah berlangsung pada 25 Julai 2026 di KIMIA Melaka melibatkan acara sukan ping pong dan bola tampar.

Warga KIMIA Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta dan wakil Kelab Jabatan Kimia Johor atas kejayaan merangkul juara keseluruhan bagi perlawanan persahabatan ini.

23/12/2025

SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI JOHOR 🙏

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor atas pemberian Bantuan Kasih Johor kepada seluruh warga KIMIA Johor.

Keprihatinan ini amat kami hargai dan akan dibalas dengan komitmen kerja yang lebih tinggi demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.

Johor tetap di hati! 🐯

10/12/2025

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Ahmad Tajudin bin Zakaria, Pegawai Sains, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) telah kembali ke Rahmatullah.

Mari lah kita sama-sama sedekahkan Alfatihah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali
kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.

Address

Jalan Abdul Samad
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072226366

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KIMIA Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KIMIA Johor:

Shortcuts

Share