FELDA Wilayah Johor Bahru

FELDA Wilayah Johor Bahru "Bakti Disemai, Budi Dituai"

FELDA HANYA 1 DI DUNIA
(1)

21 Julai 2026 / 6 Safar 1448HHari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sul...
21/07/2026

21 Julai 2026 / 6 Safar 1448H

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.




Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, industri asas tani  & Kemajuan Luar Ban...
19/07/2026

Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, industri asas tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YB sebagai Exco Pertanian, Industri asas tani dan kemajuan Luar Bandar.

Portfolio ini adalah nadi kepada kehidupan peneroka FELDA. Kami yakin di bawah pimpinan YB, sektor pertanian akan terus maju dan taraf hidup luar bandar akan terus terbela.

Kami sedia memberi kerjasama penuh kepada YB dalam menjayakan program-program untuk kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah YB Tuan Haji. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi,  Menteri Besar Johor.Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wila...
19/07/2026

Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi,
Menteri Besar Johor.

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YAB sebagai Menteri Besar Johor sekali lagi.

Kami yakin dengan pengalaman dan semangat "Bangsa Johor" yang ada pada YAB, negeri Johor akan terus maju dan makmur.

Warga FELDA sentiasa bersedia berganding bahu bersama Kerajaan Negeri untuk memartabatkan lagi kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah sekali lagi YAB. Semoga Allah permudahkan segala urusan kepimpinan YAB.


Kepada YB Dato' Zahari Sarip. yang dihormati,Dengan ingatan dan hati yang tulus, Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wil...
19/07/2026

Kepada
YB Dato' Zahari Sarip. yang dihormati,

Dengan ingatan dan hati yang tulus, Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti YB Dato' kepada kami.

Kehadiran YB Dato' bukan sekadar Pemimpin, tetapi juga Sahabat dan Keluarga kepada warga FELDA. Keperihatinan YB Dato’ dalam setiap permasalahan kami didengari, setiap rintihan kami diberi perhatian.

Kami amat menghargai sanjung bakti dan kepimpinan YB Dato' yang sentiasa mendahulukan rakyat. Semoga Allah SWT terus memberkati dan memelihara YB Dato' sekeluarga.

Jasamu tidak akan kami lupakan dan tetap dalam ingatan tulus.

"Berbakti Demi Rakyat"

Ikhlas Daripada
Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒊𝒍𝒂𝒉...
17/07/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒂𝒇𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂, 𝑨𝒎𝒑𝒖𝒏𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂, 𝒎𝒖𝒍𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂, 𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒃𝒖𝒓𝒏𝒚𝒂, 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂 𝒅𝒊𝒌𝒂𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈² 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉.

𝑷𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂𝒏𝒚𝒂.

Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru dan seluruh warga kerja mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Muhammad Nasrulhaq bin Kamaruzaman, cucu Peneroka FELDA Simpang Wa Ha atas pemergiannya. Semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga.

‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
𝑨𝒎𝒊𝒊𝒏𝒏 𝒀𝒂 𝑹𝒂𝒃𝒃𝒂𝒍𝒂𝒍𝒂𝒎𝒊𝒊𝒏𝒏…




7 Dekad FELDA, 7 Inisiatif Sempena Sambutan 70 Tahun FELDA, pengumuman 7 Inisiatif Utama mencerminkan komitmen berterusa...
16/07/2026

7 Dekad FELDA, 7 Inisiatif

Sempena Sambutan 70 Tahun FELDA, pengumuman 7 Inisiatif Utama mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh institusi FELDA serta meningkatkan kesejahteraan warga peneroka dan generasi FELDA.

Semoga inisiatif yang diperkenalkan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing demi manfaat seluruh komuniti FELDA.

Selamat Menyambut 70 Tahun FELDA.





Selamat Datang & Tahniah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Badri Bin Mohd Zahir​Syabas atas pelantikan sebagai Pengerusi FEL...
15/07/2026

Selamat Datang & Tahniah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Badri Bin Mohd Zahir

​Syabas atas pelantikan sebagai Pengerusi FELDA yang baharu. Semoga kepimpinan dan visi YBhg. Tan Sri menjadi pemangkin transformasi FELDA demi kemakmuran dan kesejahteraan seluruh warga peneroka.




Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung​Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek atas kepim...
15/07/2026

Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung

​Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek atas kepimpinan berwibawa sepanjang menerajui FELDA. ​Terima kasih atas segala sumbangan demi kegemilangan warga peneroka. Semoga sentiasa diberkati dan maju jaya dalam apa jua bidang mendatang.

​Ikhlas daripada Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru




#𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

15/07/2026

KENYATAAN MEDIA: PELANTIKAN PENGERUSI FELDA BAHARU

Tahniah diucapkan kepada Puan Raudah Abidin dan Easy Paint Global Sdn. Bhd. dari FELDA Adela atas kejayaan merangkul Anu...
08/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Puan Raudah Abidin dan Easy Paint Global Sdn. Bhd. dari FELDA Adela atas kejayaan merangkul Anugerah Usahawan FELDA (AUF) 2025 bagi Kategori Luar Rancangan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan FELDA untuk terus melakar kecemerlangan. Terus maju dan terus berjaya




Address

Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share