01/09/2026
"ππππππππππ π
ππ π
ππππππππππ" πππππππ ππππ ππππππππππ ππ-ππ
JOHOR BAHRU, 31 Ogos 2026 - Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara, AKPS Bangunan Sultan Iskandar bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Imigresen (KESUKIM) BSI telah mengedarkan lebih 500 paket sandwich beserta minuman kepada warga kerja AKPS BSI yang bertugas pada 31 Ogos.
Selain petugas di kaunter pemeriksaan, edaran turut dibuat terhadap petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), operator pembersihan bangunan termasuk pengembara-pengembara warganegara Malaysia yang melalui kaunter MyBorderPass di sini. Pelaksanaan program ini bukan sahaja bagi meraikan pengorbanan mereka yang bertugas pada cuti umum tetapi juga menyemarakkan lagi semangat menyambut kemerdekaan negara dan secara tidak langsung menggalakkan amalan pengambilan makanan sihat kepada semua.
Program yang bermula daripada penyediaan awal sehingga selesai diedarkan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Roszita Binti Dim, Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan BSI, YBrs. Tuan Mohd Faizal Bin Shamsudin, Timbalan Komander (Kawalan/Operasi), Puan Vimala A/P Ramalinggam, Penolong Komander (Kawalan) serta hampir 30 orang pegawai pelbagai seksyen, unit di sini.
Klik butang ππΆπ³π³πΆπΎ dan π³π°π²π¬ Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.
β
οΈ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi
β
TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi
β
οΈ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol