CCID - Johor

CCID - Johor Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor
(1)

07/09/2026

07/09/2026




KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM28.72 LESAP SETIAP SAAT

Kuala Lumpur, 7 September 2026 - Negara mencatat nisbah kerugian sebanyak RM2.48 juta sehari akibat jenayah sindiket penipuan pelaburan sejak tiga tahun lalu.

Bahkan, data merekodkan sebanyak RM103,383 sejam, RM1,722.45 seminit dan RM28.72 sesaat lesap akibat penipuan.

Nisbah ini berdasarkan statistik keseluruhan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia bagi tempoh 2023 hingga Julai lalu membabitkan 26,196 kes dengan kerugian RM3.24 bilion.

Berdasarkan taktik dikesan, sindiket penipuan pelaburan tidak wujud bukan sahaja menggunakan teknologi kecerdasan buatan dengan imej individu atau tokoh terkenal serta elemen islamik, bahkan dikenal pasti mempunyai jaringan dengan sindiket keldai akaun.

Ini terbukti dengan rekod 14,591 tangkapan serta 6,571 pertuduhan yang dilaksanakan JSJK.

Pengarah JSJK, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket secara lazimnya mempromosikan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat dengan risiko dikatakan rendah atau tiada risiko.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Address

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Johor Bahru
80990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CCID - Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share