AADK Johor Bahru

AADK Johor Bahru Agensi Peneraju Membanteras Penyalahgunaan Dadah Dan Substan

Talian Hotline AADK
☎1-800-22-2235
πŸ“±019-6262233

www.aadk.gov.my

23/08/2026
23/08/2026
Have a nice weekend ✌️
23/08/2026

Have a nice weekend ✌️

Hari Ahad adalah waktu terbaik untuk kita 'menyusun semula' diri sebelum bermulanya minggu yang baharu. 🌿

Tahukah anda? Penjagaan diri yang sempurna adalah salah satu bentuk kemerdekaan. Apabila tubuh badan bersih dan minda tenang, kita tidak lagi terbeban dengan tekanan yang tidak perlu.

Langkah Ringkas Penjagaan Diri Ahad Ini:

Kebersihan Diri: Mandi dengan tenang, rapikan diri. Tubuh yang segar akan membangkitkan semangat yang positif. 🚿

Detoks Minda: Jauhkan diri seketika daripada peranti digital. Beri ruang kepada otak untuk bernafas tanpa gangguan luar. πŸ“΅

Jiwa Merdeka: Buang jauh-jauh tabiat buruk yang 'menjajah' fikiran kita sepanjang minggu. Pilih untuk hidup bebas tanpa pengaruh yang membinasakan.

Ingat, kita tidak perlukan 'jalan pintas' untuk rasa tenang. Cukup dengan menghargai diri sendiri dan mensyukuri nikmat kesihatan yang ada. Sudahkah anda bersedia untuk hari Isnin yang lebih bermakna?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SKUAD ANTIDADAH BANTU KEMPEN KESEDARAN ANTIDADAH DI SMK PERMAS JAYA 21 Ogos 2026 - Penyalahgunaan dadah dan bahan terlar...
22/08/2026

SKUAD ANTIDADAH BANTU KEMPEN KESEDARAN ANTIDADAH DI SMK PERMAS JAYA

21 Ogos 2026 - Penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang terus menjadi fokus utama dalam usaha membentuk generasi muda yang bebas daripada sebarang gejala negatif. Bagi merealisasikan matlamat ini, SMK Permas Jaya telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan ceramah Antidadah peringkat sekolah.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Joraini binti Md Latopi, Ahli Jawatankuasa (AJK) SKUAD Antidadah Negeri Johor. Beliau telah berkongsi maklumat penting mengenai bahaya dadah dan penyalahgunaan bahan serta impak buruknya terhadap masa depan remaja.
Bagi menarik minat para pelajar, program diisi dengan sesi ceramah interaktif dan kuiz antidadah yang menyediakan hadiah menarik. Aktiviti ini berjaya menarik penyertaan seramai 500 orang pelajar yang melibatkan tingkatan 1 hingga 3. Kempen ini diharap dapat menyuntik kesedaran tinggi dalam kalangan pelajar untuk menjauhi dadah demi kesejahteraan bersama.
Tahniah dan terima kasih atas penganjuran program dalam usaha melahirkan generasi yang cakna dan menjauhi penyalahgunaan dadah serta bahan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/08/2026

Ancaman dadah kini semakin kompleks, khususnya peningkatan dadah sintetik serta penglibatan rangkaian jenayah terancang transnasional.

SEMARAK MERDEKA 69 JPKK KEMPAS PERMATANG DISAMBUT MERIAH22 Ogos 2026 - Program Semarak Merdeka 69 anjuran JPKK Kempas Pe...
22/08/2026

SEMARAK MERDEKA 69 JPKK KEMPAS PERMATANG DISAMBUT MERIAH

22 Ogos 2026 - Program Semarak Merdeka 69 anjuran JPKK Kempas Permatang (Mukkm Tebrau) yang berlangsung di Kabin Prenuer Hub PPR Kempas hari ini disambut meriah dan penuh semangat patriotik. Program bermula dengan aktiviti kecergasan serta beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, meroti, basikal berhias, busana patriotik. AADK Daerah Johor Bahru telah diundang untuk membuka reruai pameran dan pendaftaran SKUAD Antidadah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ramlee bin Bohani, ADUN Kempas dan turut dihadiri Ybrs Tuan Haji Mohd Faisal Bin Maksom, Pengarah AADK Negeri Johor.
Program seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat setempat, di samping menyemarakkan rasa cinta akan negara demi mempertahankan kedaulatan tanah air sempena sambutan bulan kebangsaan ke-69.
Tahniah atas penganjuran program.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



21/08/2026

Rasulullah SAW bersabda, β€œTidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.” β€” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ungkapan, tetapi perlu diterjemahkan melalui penghayatan sunnah, akhlak mulia dan kehidupan yang berlandaskan ajaran Baginda.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan meneladani sifat, akhlak dan perjuangan Baginda dalam membentuk masyarakat yang beriman, berakhlak dan saling menyayangi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





PESERTA KEM EKSPLORASI POTENSI MURID (EPM) 2026 IKRAR BEBAS DADAH20 Ogos 2026 - Seramai 59 peserta yang terdiri daripada...
20/08/2026

PESERTA KEM EKSPLORASI POTENSI MURID (EPM) 2026 IKRAR BEBAS DADAH

20 Ogos 2026 - Seramai 59 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (9 orang) , Pasir Gudang (10 orang), Pontian (20 orang) dan Kulai (20 orang) telah menghadiri Kem Eksplorasi Potensi Murid (EPM) yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos bertempat di D'Bemban Camp & Eco Resort Sedenak. Peserta telah didedahkan dengan pengisian yang padat , infomatif dan interaktif selama 3 hari 2 malam itu. Antara aktiviti utama adalah ceramah antidadah, perkongsian pengalaman, slot interaktif bersama LPPKN Negeri Johor dan sesi pembangunan adab.
Objektif kem ini adalah melahirkan generasi yang cakna dan bebas daripada dadah serta substans, menyuntik motivasi dalam meningkatkan potensi serta matlamat disamping membekalkan mereka dengan kemahiran daya tahan (resilien) untuk menepis pengaruh negatif dalam kehidupan mereka.
Kem ini diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Dadah oleh semua peserta sebagai simbolik komitmen padu mereka untuk menjauhi najis dadah demi masa depan yang lebih cemerlang. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Ybrs Encik Mohd Khatta bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan turut dihadiri Ybrs. Encik Jeffrey bin Angli @ Mohd Nazri bin Redwan, Penolong Pengarah Pencegahan (2) AADK Negeri Johor. Turut hadir wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai dan Pontian.
Tahniah dan terima kasih atas komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



20/08/2026

Ramai antara kita mencari ketenangan dengan cara yang salah. Bila tekanan rakan sebaya (peer pressure) memuncak, "jalan pintas" nampak macam penyelesaian paling mudah. Tapi hakikatnya... "shortcut" itu harganya sangat mahal.

Bukan sahaja kos wang ringgit, tapi kos kesihatan mental, maruah dan masa depan. Statistik rasmi Malaysia menunjukkan 1 daripada 6 kanak-kanak kini mengalami masalah mental.

Kebanyakannya berpunca daripada tekanan interaksi sosial.
Jangan Terperangkap: Ketenangan yang datang dari bahan terlarang atau aktiviti berisiko hanyalah pinjaman sementara yang perlu dibayar dengan bunga yang tinggi.

Ada Cara "Free" & Lebih Power:
🌿 Deep Breathing/Meditasi: Tenang tanpa modal.
πŸƒβ€β™‚οΈ Sukan/Hobi Ekstrem: Adrenaline rush yang menyihatkan.
πŸ—£οΈ Luahan Hati: Mencari pendengar yang betul adalah terapi terbaik.

Ketenangan sebenar tidak sepatutnya merosakkan hidup anda. Pilih jalan yang membina, bukan yang membinasa.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

JKR 202-C, Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share