Apm Kluang

Apm Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Apm Kluang, Government Organization, NO. 323-A WISMA BELIA, JALAN HOSPITAL 86000 KLUANG, Johor.

Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kluang,
No. 323-A, Jalan Hospital, Wisma Belia Kluang 86000 Kluang Johor
[email protected]
07-7731357 (PEJABAT APM KLUANG)
07-7731338 (PKOD APM KLUANG

APM KLUANG PAMERAN KARNIVAL TENTERA TURUN PADANG TAHUN 2026Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kluang telah m...
15/06/2026

APM KLUANG

PAMERAN KARNIVAL TENTERA TURUN PADANG TAHUN 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kluang telah menyertai Pameran Karnival Tentera Turun Padang yang berlangsung pada 13 hingga 14 Jun 2026 di Dataran Masyarakat, Simpang Renggam.

Sepanjang karnival berlangsung, APM telah mempamerkan pelbagai aset operasi kepada pengunjung sebagai pendedahan mengenai peranan dan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, kaunter pengambilan anggota turut dibuka bagi memberi peluang kepada masyarakat yang berminat untuk menyertai APM sebagai anggota sukarelawan.

Turut diadakan adalah sesi penerangan berkaitan pertahanan awam bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan persediaan menghadapi kecemasan serta peranan APM dalam membantu komuniti dan negara.

Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjemput kami bagi memeriahkan program tersebut. Pameran ini dapat mendedahkan kepada orang awam tugas-tugas yang dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terutamanya kepada Warga Kluang. Segala jenis kecemasan boleh terus hubungi talian kecemasan 999.

©️2026 Unit PRO APM Daerah KLUANG

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG UJIAN KECEKAPAN ANGGOTA BAGI PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI APM DAERAH KLUANGUjian kecekapan ini dilaksanakan...
12/06/2026

APM KLUANG

UJIAN KECEKAPAN ANGGOTA BAGI PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI APM DAERAH KLUANG

Ujian kecekapan ini dilaksanakan bagi menilai tahap kemahiran, pengetahuan serta keupayaan anggota dalam mengendalikan peralatan operasi secara selamat, cekap dan berkesan. Program ini turut bertujuan memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan serta mampu mengaplikasikan prosedur operasi yang ditetapkan ketika menjalankan tugas di lapangan.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG 11 JUN 2026 (KHAMIS) - KES KEMALANGAN JALAN RAYAPada jam 1400H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang te...
11/06/2026

APM KLUANG

11 JUN 2026 (KHAMIS)
- KES KEMALANGAN JALAN RAYA

Pada jam 1400H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang telah menerima satu panggilan daripada Orang Awam bahawa terdapat 01x Kes Kemalangan Jalan Raya di Plaza Bintang, Kluang. Kes telah diselesaikan pada jam 1412H seramai 04 x Anggota Lain-Lain Pangkat, 01 x Lelaki Dewasa Berbangsa Melayu diberikan rawatan awal dan dibawa ke Hospital Kluang.

Sebarang Kecemasan boleh hubungi talian 999.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG Latihan Pertolongan Cemas di Kolej Kemahiran Johor, Kluang. Para peserta didedahkan dengan ilmu teori dan pra...
11/06/2026

APM KLUANG

Latihan Pertolongan Cemas di Kolej Kemahiran Johor, Kluang. Para peserta didedahkan dengan ilmu teori dan pratikal latihan pertolongan cemas, dan CPR dengan kekuatan 03 x Pegawai dan 01 x Anggota Lain-Lain Pangkat.

©️2026 Unit PRO APM Daerah KLUANG

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Daerah Kluang Tahun 2026 yang diadakan...
10/06/2026

APM KLUANG

Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Daerah Kluang Tahun 2026 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong melibatkan 35 Pelajar KASPA daripada 09 buah sekolah di Daerah Kluang.

Majlis perasmian penutup Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Daerah Kluang telah dirasmikan oleh Kapt. (PA) Mohd Hairol bin Isahak, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kluang bersama 03 x Pegawai dan 05 x Anggota Lain-Lain Pangkat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kluang serta guru-guru KASPA Daerah Kluang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjaya ujian ini. Semoga ianya dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memberi satu pengalaman baru pada pelajar terutamanya Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) tampil berani dalam melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dan bermutu tinggi.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri
smkbelitong
RASMI SMK Seri Sembrong
Smk Taman Kluang Barat Official
SMK JALAN KOTA TINGGI
Smk Taman Seri Kluang
SMK Seri Intan Kluang Johor













APM KLUANG Latihan Pertolongan Cemas dan Latihan Kebakaran di Indah Water Konsortium Kluang. Para peserta didedahkan den...
09/06/2026

APM KLUANG

Latihan Pertolongan Cemas dan Latihan Kebakaran di Indah Water Konsortium Kluang. Para peserta didedahkan dengan ilmu teori dan pratikal latihan kebakaran, latihan pertolongan cemas, dan CPR dengan kekuatan 02 x Pegawai dan 02 x Anggota Lain-Lain Pangkat.

©️2026 Unit PRO APM Daerah KLUANG

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





JOM SEBARKAN KEPADA WARGA KLUANG 🥳PENGAMBILAN DAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 2/2026 SEBAGAI ANGGOTA SUKARELAWAN AN...
08/06/2026

JOM SEBARKAN KEPADA WARGA KLUANG 🥳

PENGAMBILAN DAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 2/2026 SEBAGAI ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG

TARIKH : 27 - 28 JUN 2026
MASA : 0800H - 1700H
TEMPAT : APM KLUANG

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN :-
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun sehingga 45 tahun
3. Sihat Tubuh Badan dan Tiada Kecacatan Fizikal.
4. Tidak Menyertai Mana - Mana Badan Uniform yang lain.
5. Tidak Mempunyai Rekod Jenayah
6 . Berminat dengan Aktiviti Lasak.
7. Tidak Mempunyai Kad OKU.

BORANG ONLINE :-
https://forms.gle/KAhi6rLk8kaiTW4n8

Sebarang Pertanyaan Boleh menghubungi :-
ALAMAT :-
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG 🏠
NO 323A, WISMA BELIA, JALAN HOSPITAL 86000 KLUANG.
NO TEL : - 07-7731357 📞☎️
BORANG JUGA BOLEH DI AMBIL SECARA WALK IN DI PEJABAT APM KLUANG

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri

APM KLUANG Bantuan Pertolongan Cemas bagi Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ...
06/06/2026

APM KLUANG

Bantuan Pertolongan Cemas bagi Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Tahun 2026 bagi Daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Dataran Tasik. Seramai 04 x anggota lain-lain pangkat ditugaskan.

©️2026 Unit PRO APM Daerah KLUANG

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULT...
06/06/2026

APM KLUANG

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR TAHUN 2026 BAGI DAERAH BATU PAHAT, KLUANG DAN MERSING

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





APM KLUANG 06 JUN 2026 (SABTU) - KES MENANGKAP ULARPada jam 0915H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang telah mene...
06/06/2026

APM KLUANG

06 JUN 2026 (SABTU)
- KES MENANGKAP ULAR

Pada jam 0915H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang telah menerima satu panggilan daripada RC bahawa terdapat 01x Kes Menangkap Ular di Taman Intan, Kluang. Kes telah diselesaikan pada jam 0950H seramai 04x Anggota Lain-Lain Pangkat, Ular berjaya ditangkap.

Sebarang Kecemasan boleh hubungi talian 999.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri





Address

NO. 323-A WISMA BELIA, JALAN HOSPITAL 86000 KLUANG
Johor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apm Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Apm Kluang:

Share