06/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 2 PGA KULIM KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI KEDAH
06 Ogos 2026 - Pada jam lebih kurang 1320 hrs, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, P/Supt. Aswadi Bin Seman selaku PP Medan MARTAK PGA Bukit Kayu Hitam bersama PP KOMTAK Sektor C dan Pegawai Gerakan Batalion 2 PGA membuat kunjungan hormat kepada YDH ACP Khairul Azhar Bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi, Kedah.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi. Di samping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat semasa berkaitan aspek keselamatan, khususnya melibatkan beberapa kawasan pesisiran pantai yang dikenal pasti sebagai titik panas pendaratan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform suai kenal serta pertukaran pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama, penyelarasan operasi dan perkongsian maklumat dalam menangani isu-isu keselamatan di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) masing-masing.
Sesi kunjungan hormat berakhir dalam suasana yang mesra dan penuh profesionalisme.
Sekian Terima Kasih