Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia

  • Home
  • Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia, Prison & Correctional Facility, Kompleks Penjara, .

Page Derma Khairat Kematian ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan kematian, mengurus sumbangan derma khairat serta membantu urusan kebajikan dan pengebumian bagi meringankan beban ahli keluarga waris.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah adik Zelmeera Qirani binti Mohd Azri, anak...
26/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah adik Zelmeera Qirani binti Mohd Azri, anak bongsu kepada Insp Mohd Azri bin Matahir, telah kembali ke rahmatullah pada 26 Jun 2026 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 11.10 pagi akibat Hepatoblastoma.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Kota Kinabalu, Sabah.

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah. Sumbangan ini telah diserahkan oleh KIP Mohd Dehya bin Arshad selaku Setiausaha Dkk.

Semoga sumbangan DKK ini dapat meringankan sedikit beban keluarga Allahyarhamah serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

MESYUARAT AGUNG DERMA KHAIRAT KEMATIAN KALI KE-49Mesyuarat Agung Derma Khairat Kematian Kali Ke-49 telah diadakan pada 1...
19/06/2026

MESYUARAT AGUNG DERMA KHAIRAT KEMATIAN KALI KE-49

Mesyuarat Agung Derma Khairat Kematian Kali Ke-49 telah diadakan pada 19 Jun 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, Maktab Penjara Malaysia pada jam 9.30 pagi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Pengerusi Derma Khairat Kematian (DKK) dan telah dilaksanakan secara bersemuka serta dalam talian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai Perwakilan atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah m...
13/06/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada KPL Hafiz bin Zulkhifli, kakitangan PPNSL (PRPT), susulan pemergian anak beliau yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu serta meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH DKK BIL. 2/2026Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah DKK Bil. 2/2026 telah dipengerusikan oleh...
12/06/2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH DKK BIL. 2/2026

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah DKK Bil. 2/2026 telah dipengerusikan oleh TKP Aminon bin Adnan. Mesyuarat membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju DKK dalam memperkukuh kebajikan dan manfaat kepada ahli.

Turut berlangsung sesi pembentangan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berkenaan peluang kerjasama strategik yang dapat memberi nilai tambah kepada DKK dan ahlinya.

💙 Bersama Kita Membantu 💙

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dukacita dimaklumkan Allahyarham SJN Helmyafzab bin Mohd Jani telah kembali ke rahma...
07/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan Allahyarham SJN Helmyafzab bin Mohd Jani telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2026.

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada balu Allahyarham yang telah disampaikan oleh YDH Tuan PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad bersama Timbalan Pengarah serta Pegawai Perwakilan DKK.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban keluarga Allahyarham.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Penyerahan sumbangan Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia telah disempurn...
02/05/2026

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Penyerahan sumbangan Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia telah disempurnakan oleh PKP Zool Fadli bin Ismail, mewakili Pengarah Penjara Pulau Pinang, kepada SM 9969 Hussin atas pemergian isterinya.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Sekian, terima kasih.

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Penyerahan sumbangan Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia telah disempurn...
09/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penyerahan sumbangan Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Teyun Thiam Eim, bersama Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, PKP Mohd Hamdhan bin Mat Noh, kepada SM Anim anak Siren atas pemergian suaminya, SM Micheal Minda Tunjang.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Sekian, terima kasih.

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada Wdr 25135 Siti Nurzihah Farhana...
26/03/2026

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada Wdr 25135 Siti Nurzihah Farhana binti Mohd Zukri yang sampaikan oleh PKK Kesumawati binti Ilas, Pengarah Penjara Wanita Kajang sebagai bantuan kepada waris Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu urusan keluarga Allahyarham.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dukacita dimaklumkan SM 13219 Mohd Fadzilah Bin Md Yusoff telah kembali ke rahmatull...
19/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan SM 13219 Mohd Fadzilah Bin Md Yusoff telah kembali ke rahmatullah.

Jenazah telah diuruskan di Masjid Al-Ehsan, Temoyong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Ehsan.

Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada waris Allahyarham yang disampaikan oleh TKP Lim Kim Mooi, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia kepada isteri Allahyarham di Masjid Al-Ehsan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa SM(B) Zarul Azni B. Ahmad (Ex Penjara Simpang Renggam/Pe...
19/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa SM(B) Zarul Azni B. Ahmad (Ex Penjara Simpang Renggam/Penjara Kluang) telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2026 akibat kanser.

Sehubungan itu, Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah menyalurkan sumbangan kepada waris Allahyarham bagi membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Jamek Kajang dan seterusnya akan dibawa ke Simpang Renggam, Johor untuk dikebumikan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Al-Fatihah. 🤲

🤍 Bersama Kita Membantu 🤍

Address

Kompleks Penjara

43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Khairat Kematian Jabatan Penjara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share