Kompleks RAKAN MUDA Kampar

Kompleks RAKAN MUDA Kampar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kompleks RAKAN MUDA Kampar, Public & Government Service, Jalan KAMPUNG TERSUSUN BATU PUTIH, Kampar.

To All Our Indian friends wishing you  Happy Deepavali
29/10/2024

To All Our Indian friends wishing you Happy Deepavali

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA DAN PENGHARGAAN PROGRAM RAKAN MUZIK: RENTAK SENI PERINGKAT DAERAH KAMPAR 20245 OKTOBER ...
05/10/2024

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA DAN PENGHARGAAN PROGRAM RAKAN MUZIK: RENTAK SENI PERINGKAT DAERAH KAMPAR 2024

5 OKTOBER 2024, KAMPAR PERAK: Program Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Daerah Kampar melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian sijil kepada tiga puluh peserta. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Fairuz Ismail, PK Kokurikulum SMK Seri Kampar. Program yg dijalankan sebanyak tiga siri ini, telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang tarian tradisional. Peserta mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar yg berpengalaman iaitu En Amir Shah dan juga Encik Mohd Fuad. Turut hadir En Amer Izuddin Pegawai Belia Dan Sukan yg turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pengajar

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH KAMPAR25 September 2024, Kampar: Majlis p...
25/09/2024

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH KAMPAR

25 September 2024, Kampar: Majlis penyerahan sumbangan khairat kematian kepada kakitangan Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar saudara Adi diatas kematian bapanya pada 21 september 2024 dan sumbangan kebajikan kepada saudara Zul berikutan ribut angin serta hujan yang lebat mengakibatkan rumah keluarga beliau rosak. Majlis disampaikan oleh En Amer Izuddin bin Zainuddin selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dalam apa jua urusan yang berkaitan perkara yang berlaku. Salam Takziah diucapkan kepada keluarga saudara Adi. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.




MAJLIS PENYERAHAN BAJU KONTINJEN PASUKAN DAERAH KAMPAR SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHU...
14/09/2024

MAJLIS PENYERAHAN BAJU KONTINJEN PASUKAN DAERAH KAMPAR SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

12 September 2024,Kampar : Majlis penyerahan baju Kontinjen Pasukan Daerah Kampar sempena Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Perak 2024 diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB Shasha Veraiah ADUN malim Nawar di iringi En Amer Izuddin bin zainuddin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar. Kejohanan Liga sukan Komuniti Peringkat Negeri Perak 2024 yang berlangsung pada 14 september 2024 bertempat di Sport @ Grand Kampar Complex bagi acara Bola tampar wanita, sepak Talraw di KOMBES Ipoh dan Ping Pong Berpasukan d AEON Big Falim. Terima Kasih diucapkan kepada Pusat Khidmat ADUN Malim Nawar atas atas tajaan baju kontinjen bagi Pasukan Daerah Kampar bagi kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2024. Semoga berjaya bagi Pasukan Daerah Kampar.



PENGAMBILAN PELATIH KURSUS KEMAHIRAN DIBAWAH PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF MAIPk 2024TAJAAN SEPENUHNYA OLEH MAJLIS AGA...
27/08/2024

PENGAMBILAN PELATIH KURSUS KEMAHIRAN DIBAWAH PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF MAIPk 2024

TAJAAN SEPENUHNYA OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM & ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

KEMASUKAN SESI NOVEMBER 2024

KURSUS YANG DITAWARKAN

▶️ PERKHIDMATAN PEMBAIKAN - KENDERAAN RINGAN (G452-002-2:2018)

TEMPOH KURSUS

▶️ 12 BULAN

Pelatih akan memperolehi ;
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
(SKM TAHAP 2) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

SYARAT KELAYAKAN

▶️ Beragama Islam
▶️ Berumur 18-35 tahun
▶️ Lelaki sahaja
▶️ Boleh Menulis, Membaca,
Mengira & Minat (4M)
▶️ Pelatih dari Negeri Perak
sahaja
▶️ Golongan asnaf, fakir & miskin
(B40)
▶️ Tidak terlibat dgn dadah & kes
jenayah

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

✅ Yuran kursus PERCUMA
✅ Elaun sara hidup RM600.00/Bulan
✅ Asrama disediakan
✅ Uniform Kolej
✅ Insuran Kelompok

PELUANG PEKERJAAN AKAN DISEDIAKAN OLEH PUSAT LATIHAN SELEPAS TAMAT KURSUS

ALAMAT PUSAT LATIHAN

KOLEJ TEKNIKAL SRI AYU
Lot 79 Jalan Perdana 3,
Taman Kampar Perdana,
31900 Kampar Perak.

https://www.facebook.com/Kolej-Teknikal-Sri-AyuKTSA-109835690849698/

Berminat untuk memohon Telefon/ Whatsapp dan isi maklumat didalam link yang disediakan dibawah ;

017-5702577
ws
www.wasap.my/60175702577

https://forms.gle/9XYSPqxk8QV7CDqTA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
21 OKTOBER 2024

Mohon untuk menghebahkan peluang ini, bersama membantu belia kearah masa depan yang cerah & cemerlang..

Terima Kasih..


MESYUARAT AGUNG TAHUNANKELAB RAKAN MUDA KAMPAR24 Ogos2024, Kampar: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Muda Kampar kali ...
24/08/2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB RAKAN MUDA KAMPAR

24 Ogos2024, Kampar: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Muda Kampar kali Pertama setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Belia. Bagi meneruskan agenda Kelab satu mesyuarat kali pertama di adakan bagi pemilihan AJK untuk sesi tahun 2024 hingga 2026. Mesyuarat yang dihadiri ahli dan jawatankuasa penaja sebelum ini dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar En Amer Izuddin bin Zainuddin bersama Puan Kamariah Bt Md Tufandi yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Kampar. Semoga Kelab Rakan Muda Kampar terus bergerak dalam memperkasakan program- program gaya hidup Rakan Muda di daerah Kampar.



Mohon sebarkan makluman ini]KAMI MEMOHON DAN MERAYU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DERMAWAN SERTA DIRAHMATI ALLAH, ...
16/08/2024

Mohon sebarkan makluman ini]

KAMI MEMOHON DAN MERAYU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DERMAWAN SERTA DIRAHMATI ALLAH, UNTUK MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENAMPUNG KOS PENGURUSAN BULANAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM DARUL MUTTAQIN MALIM NAWAR

▶️ TABUNG INFAQ INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA BAGI BIL UTILITI AIR DAN ELEKTRIK SERTA KOS PENGAJIAN KULIAH DHUHA SETIAP HARI AHAD YANG DITAWARKAN PERCUMA KEPADA MASYARAKAT DAN WARGA KAMPAR KHUSUSNYA DI MALIM NAWAR

▶️ DI KOMPLEKS INI JUGA, PASTI,SRITI DAN SMITI DARUL MUTTAQIN, MALIM NAWAR BEROPERASI YANG PELAJARNYA SEKITAR 100 ORANG.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - BIMB
08059010019986
(RAUDATUL MUTTAQIN MANAGEMENT)

🍃 Maklumat lanjut, sila hubungi :

En Hady : wasap.my/601115114200/infaqKIDAM

En Saiful : wasap.my/60194342458/infaqKIDAM

En. Azman : wasap.my/60135231455/infaqKIDAM

En. Shahrizan : wasap.my/60195534433/infaqKIDAM

Ust Mohd Haffis : wasap.my/60135073238/infaqKIDAM

Ustzh Azizah :wasap.my/60195524546/infaqKIDAM

🍃 Semoga dengan sumbangan dan infak tuan/puan ini dapat membantu kelangsungan institusi pendidikan umat Islam dan diberkati rezeki dan kehidupan tuan/puan oleh Allah SWT.

" Memberikan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan keusahawanan sosial daripada aspek pematuhan perniagaa...
30/07/2024

" Memberikan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan keusahawanan sosial daripada aspek pematuhan perniagaan"

" Meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah keusahawanan sosial aspek perundangan perniagaan "

"Memberi bimbingan dan konsultansi melalui aktiviti keusahawanan sosial"

✒️ Untuk menjana pendapatan perniagaan yang lebih sistematik.
✒️Menjadikan keusahawanan sosial dalam lingkungan yang boleh memberikan impak sosial kepada masyarakat

📣📣📣📣📣
Jadi, kami cuma mohon masa anda sekejap sahaja...jommmm kita berkongsi maklumat. Mungkin selepas ini perniagaan anda lebih sukses dengan sokongan masyarakat...

Kami bawakan penceramah yang berpengalaman Ketua Pegawai Impak Noble Ventures (Noble Management & Consultancy) untuk berkongsi informasi berkenaan Pembudayaan Keusahawanan Sosial

JOM DAFTAR SEKARANG!!!
Sertai program Webinar Keusahawanan Batu Gajah, Perak.

TAJUK: WEBINAR KEUSAHAWANAN @ APBMBG: PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL
TARIKH: 15 OGOS 2024 (KHAMIS)
MASA: 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : ZOOM ONLINE

✒️Penyertaan adalah PERCUMA
✒️Secara DALAM TALIAN
✒️SIJIL PENYERTAAN disediakan...
✒️Kuota tempat adalah TERHAD...

🏃‍♀️🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♀️🏃‍♂️🏃‍♀️
JOM DAFTAR SEKARANG di sini sebelum terlambat dan terlepas peluang..👇👇👇
https://forms.gle/UcAyzMBFLRLTKQWn8
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / whatsapp di talian 👇

Puan Wan Dzalen Razhima
📱: www.wasap.my/60122775350/S24

Cik Zurina
📱: www.wasap.my/60125824786/S24



"

TAKLIMAT PALPORAN DAN PEREKODAN AKTIVITI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)28 JULAI 2024, GOPENG PERAK : Taklima...
28/07/2024

TAKLIMAT PALPORAN DAN PEREKODAN AKTIVITI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

28 JULAI 2024, GOPENG PERAK : Taklimat pelaporan dan perekodan aktiviti Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah diadakan di Dewan SMK Idris Shah. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Kampar. Beliau turut memberi penerangan berkaitan perekodan melalui Sistem E-ARPRM yang telahpun dilaksanakan. Taklimat ini telah dianjurkan oleh KBBT Cawangan Gopeng sebagai projek rintis kelab yang melibatkan 30 ahli remaja kelab yang juga merupakan pelajar-pelajar SMK Idris Shah dan SMK Teja.



26 JULAI 2024 GOPENG PERAK : Kejohanan Olahraga Kali ke 20, Tahun 2024, Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gopeng, telah...
26/07/2024

26 JULAI 2024 GOPENG PERAK : Kejohanan Olahraga Kali ke 20, Tahun 2024, Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gopeng, telah dirasmi sempurna oleh Encik Amer Izuddin Bin Zainuddin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kampar. Kejohanan yang disertai oleh seramai 500 orang pelajar ini dimulai dengan perarakan masuk semua kontijen rumah sukan dan unit beruniform. Dalam ucapan perasmian tersebut, Encik Amer turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan mengambil bahagian dalam temasya sukan itu nanti.

23 JULAI 2024, KAMPAR PERAK - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Kampar bersama Kolej Menara Jaya dan Kelab Be...
23/07/2024

23 JULAI 2024, KAMPAR PERAK - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Kampar bersama Kolej Menara Jaya dan Kelab Belia Menara telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid As Syuhada Taman Bandar Baru Kampar. Kursus ini telah disertai seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Menara Jaya. Kursus ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Pejabat Tadbir Agama Daerah Kampar, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kampar, dan Masjid As-Syuhada, selaku rakan stategik. ursus dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit dan cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak, yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Abd Latiff. Peserta juga diberi latihan praktikal pengurusan jenazah dan kewajipan orang hidup terhadap orang mati meliputi tatacara mandi, kafan dan solat jenazah dengan dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang berpengalaman. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil.

PROGRAM SUKAN BAHARU PICKLEBALL PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024Assalammualaikum dan salam sejahtera..Program Pembangun...
23/07/2024

PROGRAM SUKAN BAHARU PICKLEBALL PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Program Pembangunan Sukan Baharu Pickleball Peringkat Negeri Perak 2024
akan dilaksanakan pada:
- 17 Ogos 2024 (Sabtu) - Siri 1
- 18 Ogos 2024 (Ahad) - Siri 2
bertempat di KOMBES Ipoh
jam 8.30 pagi - 4.00 ptg* bagi kedua-dua siri..
*Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang terawal bagi setiap siri dan berumur 15-40 tahun*..
Untuk pendaftaran boleh imbas di QR Code yg disertakan dlm poster tersebut.. Sebarang pertanyaan atau soalan boleh menghubungi En. Nor Azam bin Mohd Noh di talian 019-4745252..

Address

Jalan KAMPUNG TERSUSUN BATU PUTIH
Kampar
31900

Telephone

+6054664634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks RAKAN MUDA Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kompleks RAKAN MUDA Kampar:

Share