Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar Membujur Lalu, Melintang Patah
KeADILan Rakyat Malaysia

CERAMAH KELOMPOK | BIRO PENERANGAN NEGERI PERAKBiro Penerangan Negeri Perak akan mengadakan Ceramah Kelompok buat julung...
03/09/2026

CERAMAH KELOMPOK | BIRO PENERANGAN NEGERI PERAK

Biro Penerangan Negeri Perak akan mengadakan Ceramah Kelompok buat julung kalinya pada Jumaat, 4 September 2026, melibatkan empat lokasi di sekitar Perak.

Mengangkat tema “Sedar: Selamatkan Dana Rakyat”, program ini menjadi ruang untuk masyarakat mendapatkan penerangan dan memahami isu-isu berkaitan kepentingan serta pengurusan dana rakyat.

📍 Padang Rengas | 5.00 petang
📍 Bagan Datuk | 5.00 petang
📍 Tambun | 8.30 malam
📍 Pasir Salak | 8.30 malam

Warga setempat dijemput hadir dan bersama-sama mendengar perkongsian yang akan disampaikan.

Sedar. Selamatkan Dana Rakyat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026Malaysia MADANI, Rakyat disantuni.
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026
Malaysia MADANI,
Rakyat disantuni.

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 69

Amir Sabri
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Negeri Perak

Enam (6) pengumuman utama Perdana Menteri yang memberi tumpuan kepada kos sara hidup, kemudahan awam, pembangunan belia ...
30/08/2026

Enam (6) pengumuman utama Perdana Menteri yang memberi tumpuan kepada kos sara hidup, kemudahan awam, pembangunan belia dan sokongan kepada perniagaan kecil.

1. Kelayakan BUDI MADANI ditambah

Had BUDI95 dinaikkan daripada 200 kepada 300 liter, manakala BUDI Diesel daripada 300 kepada 400 liter. Langkah ini dijangka memanfaatkan kira-kira 16 juta pengguna BUDI95 dan lebih 500,000 pengguna diesel, khususnya pemilik pikap dan jip. Pelaksanaannya bermula seawal 1 September 2026.

2. Tambahan RM500 juta untuk sekolah

Peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bagi 2027 dinaikkan daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion. Ia meliputi semua jenis sekolah, termasuk sekolah kebangsaan, SJK Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta sekolah pendidikan khas. KPM akan mula meneliti permohonan pembaikan pada 1 September 2026, manakala kerja dijadual bermula seawal Januari 2027.

3. Langganan AI percuma untuk belia

Program AI untuk Rakyat menyasarkan 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun. Peserta yang melengkapkan modul pembelajaran AI melalui Rakyat Digital akan menerima langganan AI percuma selama tiga bulan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemahiran digital dan pendedahan belia kepada teknologi kecerdasan buatan.

4. RM1 bilion untuk mendigitalkan kesihatan awam

Peruntukan RM1 bilion disediakan bagi mempercepatkan rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu melalui sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) serta peningkatan sambungan WiFi. Pelaksanaannya melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.

5. Lebih banyak perniagaan dikecualikan daripada e-Invois

Ambang jualan tahunan bagi pengecualian e-Invois dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta. Dianggarkan sekitar 1.1 juta perniagaan mendapat manfaat, sekali gus mengurangkan beban pematuhan kepada perusahaan kecil.

6. Bantuan tambahan kepada peniaga kecil

Kerajaan memperuntukkan RM200 juta melalui Geran Sejahtera MADANI untuk membantu pembelian kelengkapan perniagaan. Bantuan merangkumi ibu yang berniaga dari rumah, penjaja dan peniaga pasar malam. Dana pinjaman perniagaan mikro 2026 turut ditambah RM1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion.

Bendera bukan sekadar kain yang perlu dikibar. Bendera membawa maruah dan identiti negeri serta negara.Hormati Bendera P...
28/08/2026

Bendera bukan sekadar kain yang perlu dikibar.

Bendera membawa maruah dan identiti negeri serta negara.

Hormati Bendera Perak. Hormati Jalur Gemilang.

Lokasi : Bangunan Ibu Pejabat MCA Perak

26/08/2026

Selesai Audit Kesiapsiagaan Pilihan Raya di DUN Tualang Sekah oleh JPRN PERAK.


24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL

Prestasi kerajaan sekarang ok ke?Ini 4 perkara penting yang kita boleh tengok bersama. Penerangan, contoh dan sumber ras...
23/08/2026

Prestasi kerajaan sekarang ok ke?

Ini 4 perkara penting yang kita boleh tengok bersama. Penerangan, contoh dan sumber rasmi turut disertakan supaya kita boleh semak sendiri.

PERTUMBUHAN EKONOMI

Pada tahun 2020, ekonomi negara menguncup 5.5% sebelum kembali tumbuh 3.3% pada 2021. Di bawah Kerajaan PMX, ekonomi berkembang sebanyak 3.6% pada 2023, 5.1% pada 2024 dan 5.2% pada 2025.

Apa kesannya kepada rakyat? Apabila ekonomi berkembang, aktiviti perniagaan biasanya menjadi lebih rancak, peluang pekerjaan bertambah dan pendapatan rakyat berpotensi meningkat.

Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa pertumbuhan pada 2025 disokong oleh keadaan pekerjaan yang semakin baik, kenaikan gaji dan perbelanjaan rakyat.

Kenaikan gaji minimum, pelarasan gaji penjawat awam serta bantuan STR dan SARA turut membantu menyokong perbelanjaan isi rumah.

Sumber:

DOSM
https://open.dosm.gov.my/data-catalogue/gdp_gni_annual_real?series=growth-yoy&visual=gdp

Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/publications/ar2025/ch1a

PELUANG PEKERJAAN

Pada Ogos 2021, kadar pengangguran negara ialah 4.6%, melibatkan hampir 749,000 orang. Pada Jun 2026, kadarnya turun kepada 3.0%, melibatkan sekitar 518,000 orang.

Kenapa pengangguran berkurang? Bukan disebabkan pembukaan kilang sahaja.

Menurut DOSM, pekerjaan turut bertambah dalam sektor peruncitan, hotel dan makanan, pengangkutan, teknologi maklumat, pembuatan serta pembinaan.

Pada suku pertama 2025 sahaja, jumlah pekerjaan meningkat kepada 9.06 juta, dengan kira-kira 194,000 kekosongan jawatan.

Sumber:

DOSM – Ogos 2021
https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/key-statistics-of-labour-force-in-malaysia-august-2021

DOSM – Jun 2026
https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/labour-force-statistics-june-2026

Semakan Pasaran Kerja DOSM
https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/labour-market-review-lmr-first-quarter-2025

PELABURAN DILULUSKAN

Pada 2021, Malaysia mencatat RM306.5 bilion pelaburan yang diluluskan. Di bawah Kerajaan PMX, jumlah itu meningkat kepada RM329.5 bilion pada 2023, RM378.5 bilion pada 2024 dan RM426.7 bilion pada 2025.

Peningkatan ini didorong oleh beberapa faktor. Antaranya dasar perindustrian seperti NIMP 2030, Strategi Semikonduktor Nasional, urusan pelaburan yang dipermudah serta permintaan dunia terhadap pusat data dan teknologi tinggi.

Pencapaian ini bukan hasil usaha kerajaan semata-mata. Kedudukan Malaysia yang strategik, tenaga kerja, kemudahan sedia ada dan kestabilan negara turut memainkan peranan.

Apa yang rakyat dapat? Pelaburan yang diluluskan pada 2024 melibatkan 6,700 projek dan dijangka menyediakan lebih 207,000 peluang pekerjaan.

Pelaburan ini juga membuka ruang kepada syarikat serta peniaga tempatan untuk menjadi pembekal, selain mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dan bergaji lebih baik.

MIDA turut melaporkan bahawa lebih 90% projek pembuatan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2024 telah dilaksanakan. Projek yang diluluskan pada 2025 p**a masih melalui proses pelaksanaan kerana projek pembuatan biasanya mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan.

Sumber:

MIDA 2021
https://www.mida.gov.my/malaysia-records-highest-approved-investments-of-rm306-5-billion-in-2021/

MIDA 2024
https://www.mida.gov.my/media-release/malaysia-records-historic-high-rm378-5-billion-in-investments-with-14-9-y-o-y-growth-generating-more-than-207000-jobs-in-2024/

MIDA 2025
https://www.mida.gov.my/media-release/malaysia-breaks-investment-record-with-rm426-7-billion-in-2025-up-11-year-on-year-creating-over-240000-new-jobs/

PENGURUSAN KEWANGAN SEMAKIN TERKAWAL

Defisit kerajaan berada pada 6.4% pada 2021. Di bawah Kerajaan PMX, ia turun kepada 5.0% pada 2023, 4.1% pada 2024 dan 3.7% pada 2025.

Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih banyak daripada hasil yang diterima. Contohnya, jika kerajaan menerima RM100 tetapi membelanjakan RM106, kekurangan RM6 itu biasanya perlu ditampung melalui pinjaman.

Penurunan defisit berlaku apabila kerajaan mengawal perbelanjaan, melaksanakan subsidi secara lebih bersasar dan menambah baik kutipan hasil negara.

Maksud mudahnya, jurang antara duit masuk dengan duit keluar semakin kecil. Ini menunjukkan pengurusan kewangan negara semakin berdisiplin, walaupun jumlah hutang keseluruhan masih tinggi dan perlu terus dikawal.

Sumber:

Kementerian Kewangan
https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-release/pre-budget-statement-2027

Berdasarkan angka rasmi, ekonomi semakin berkembang, pengangguran berkurang, pelaburan yang diluluskan meningkat dan pengurusan kewangan negara semakin terkawal.

Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan bukan semua masalah rakyat sudah selesai. Namun, pencapaian yang telah direkodkan juga perlu dinilai secara adil berdasarkan fakta, bukan sekadar persepsi

Siaran akhbar oleh Saudara Baldip Singh, Ketua Cabang, berhubung isu perobohan Kuil Veerakaliamman di Bukit Lagi, Kangar...
21/08/2026

Siaran akhbar oleh Saudara Baldip Singh, Ketua Cabang, berhubung isu perobohan Kuil Veerakaliamman di Bukit Lagi, Kangar, Perlis.

Address

Kampar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share